Sirr salikin
Bismilllahirahmanirahim.
Membaca dan menulis adalah kunci ilmu pengetahuan.
Menyingkap kembali sirah perjalanan kehidupan Baginda RasulAllah saw sejak kecil hingga dewasa dan di angkat menjadi Rasul serta penghulu segala nabi-nabi yang mempunyai visi universal, menjadi pemimpin yang agung. Beliau terkenal sebagai seorang yang jujur, berbudi luhur dan mempunyai akhlak serta kesempurnaan keperibadian yang tinggi ( insan kamil mukamil ).
Begitulah Allah memeliharanya sehinggakan tiada sesuatupun hasil perbuatan dan tingkah lakunya yang tercela yang dapat di tuduhkan kepadanya, kerana demikian jujurnya dalam perbuatan mahupun perkataan, maka beliau di beri gelaran “ Al Amin “ ertinya orang yang buleh di percayai.
Sebagai seorang manusia biasa yang bakal menjadi pembimbing umat manusia akhir zaman, Nabi Muhammad saw memiliki bakat-bakat istimewa, kemampuan jiwa besar dalam kesederhanaan hidupnya, kecerdasan fikiran, kehalusan perasaan, kekuatan ingatan serta keikhlasan perjuangannya dalam merialisasikan amanah dari Rabbnya menyampaikan risalah-risalahnya.
Nabi Muhammad saw juga mengetahui babak-babak sejarah negerinya, kesedihan masyarakat jahiliyah, keruntuhan akhlak, agama bangsanya, perihal ini tidak dapat hilang dari fikirannya, dan sentiasa mencari kaedah penyelesaiannya.
Beliau mulai “menyiapkan dirinya” ( bertahannuts ) berkhalwat untuk mendapatkan pemusatan jiwa yang lebih sempurna. Untuk bertahannuts ini dipilhnya tempatnya di sebuag gua kecil yang bernama “ Hira’ ” yang terletak pada sebuah bukit bernama “ Jabal Nur “ ( Bukit bercahaya ), terletaknya tidak jauh sebelah utara Kota Mekah.
Begitupun Nabi Muhammad saw dengan daya fikirannya yang jernih ini berusaha merenungkan tentang pencipta jagat alam raya ini, dan ketika menginjak usianya empat puluh tahun, lebih banyak beliau mengerjakan aktiviti bertahannuts dari waktu-waktu sebelumnya. Dalam melakukan tahannuts kadang-kadang beliau bermimpi ( Arru’ yaa ashshaadiqah ) mimpi yang benar.
Pada malam 17 Ramadhan, bertepatan 6 Augustus tahun 610 masehi, di waktu Nabi Muhammad saw sedang bertahannuts di gua Hira’, tiba-tiba datanglah utusan Allah swt iaini Malaikat Jibrail as membawa wahyu dan menyuruh Nabi Muhammad saw untuk membacanya, katanya “ Iqra’ “ (bacalah). Dengan perasaan terperanjat dan jujur Nabi Muhammad saw menjawab “ Aku tidak tahu membaca “ ..maka beliau lalu di rengkuh beberapa kali oleh Malaikat Jibrail as hinggakan nafasnya sesak, lalu di lepaskan olehnya seraya di suruhkannya membaca sekali lagi “ Iqra’ ’”, tetapi Nabi Muhammad saw masih tetap menjawab “ Aku tidak tahu membaca “, begitulah keadaan yang sama berulang sampai tiga kali, dan akhirnya Nabi Muhammad saw berkata “ Apa yang hendak ku baca “, kata Malaikat Jibrail as seperti Firman Allah swt “ Bacalah dengan ( menyebut ) nama Tuhanmu Yang Menciptakan . Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar ( manusia ) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak di ketahuinya” ( QS Al ‘Alaq : 1-5 ).
Inilah wahyu yang pertama di turunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw dan hasil dari peritiwa bersejarah inilah menjadikan saat penobatan beliau sebagai RasulAllah saw. Pada saat kurniaan Allah swt memilih beliau menjadi Rasul ini, umur beliau mencapai 40 tahun 6 bulan 8 hari menurut tahun bulan ( qamariah ) atau 39 tahun 3 bulan 8 hari menurut tahun matahari ( syamsiah ).
Begitulah serba sedikit satu peristiwa amat bersejarah bagi kita umat manusia perlu mengamati ( Intizhar ), menentukan bersaksi ( syahid ) di atas kebenaran Al Quran dan RasulAllah saw.
Meneruskan kepada tajuk pertama didalam bicara ini, “ membaca dan menulis adalah kunci ilmu pengetahuan”. Kita di ajak untuk merenung sejenak rentetan peristiwa bersejarah ini, agar dengan IzinNya serta RahmatNya Allah swt memberi PertunjukNya serta HidayahNya.
Gagasan utama di dalam agama Islam ialah Ilmu, begitu juga dalam semua fahaman dan aliran teologi berkehendakan pada satu pencapaian ilmu, nilai yang tinggi jesteru ianya begitu penting dan berharga pada setiap manusia bagi menjalani aspek kehidupan yang serba mencabar, malah mendapat pujian dan sanjung yang tinggi pada orang-orang yang berilmu berbanding dengan tidak berilmu.
Apakah landasan, panduan serta pedoman buat kita jadikan satu garisan yakin dalam mencari, mempelajari ilmu, yang tidak di nafikan ada jenis-jenis ilmu yang di ajarkan bisa membawa dalam kesesatan dan tidak berada di atas kebenaran. Sabda RasulAllah saw, ertinya “ Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara ( pusaka ), tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu Kitabullah ( Al Quran ) dan Sunah RasulNya. “ ( HR: Muslim ).
Firman Allah swt “ Dan kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab ( yang di turunkan sebelumnya ) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu: ..“ ( QS Al Maa-idah : 48 ).
Ilmu terbahagi kepada tiga tingkatan;
Ilmu Qalam
Ilmu Ghaib
Ilmu Syahadah ( Nyata ).
Dari tingkatan ilmu-ilmu tersebut terjadinya cabang rangkaian, pelbagai jenis ilmu yang di guna pakai oleh makhluk bernama manusia dari suatu waktu dahulu hingga kini dan sehingga qiamat nanti.
Ilmu Qalam.
Allah swt Maha Mengetahui, Dia yang Mencipta manusia dari segumpal darah, jadi Dia tahu yang manusia itu begitu jahil, bodoh dan tidak berilmu, maka benarlah FirmanNya pada ” Al ‘Alaq : 3 – 5 ”. “Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam, Dia telah mengajarkan kepada manusia apa yang tidak di ketahuinya”...dan “Allah mengajarmu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu “ ( QS Al Baqarah : 282 ).
Di dalam ilmu qalam ini terbahagi beberapa kandungan cabang ilmu di antaranya:
a)Ilmu Bahasa mengandungi Ilmu Nahu, sharaf, balaghah dan lain-lain lagi.
b)Ilmu Syari’at pula terdiri dari beberapa cabang ilmu pengetahuan termasuklah Ilmu tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh dan lain-lain lagi.
c)Ilmu Sejarah merangkumi perihal asal bangsa/kaum,sejarah peperangan, berpolitik dan lain-lain lagi.
d)Ilmu Al Hikmah dan Filsafah ( ilmu-ilmu selain bahasa dan agama ),pada pokoknya mengandungi empat macam ilmu, iaitu ilmu manthiq, ilmu alam, ilmu pasti dan lain-lain lagi, termasuk ilmu alam itu ilmu kimia, sains, kedoktoran, perubatan, haiwan dan pertanian. Bagi ilmu pasti terkandung beberapa ilmu termasuk ilmu matematik, ukur, mekanikal, falaq dan geografi dan lain-lain lagi.
Menyedari betapa dalam dan luasnya ilmu-ilmu dari Allah swt ini, ibarat setitik air di tengah lautan. Firman Allah swt , Katakanlah: “ Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk ( menulis ) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ( ditulis ) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datang tambahan sebanyak itu (pula).” ( QS Al Kahfi : 109 ).
Pada dasarnya menuntut ilmu itu wajib hukumnya dan kita manusia di motivasikan oleh RasulAllah saw agar menuntutnya walaupun sampai ke negeri Cina dan Tiap-tiap muslim yang mukhallaf itu wajib baginya menuntut ilmu.. Firman Allah swt, “ Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” ( QS An Nahl : 43 ).
Kebanyakan intipati ilmu qalam ini membawa kepada perhubungan habluminannas Perhubungan sesama manusia, secara logik penerimaan bagi tingkatan ilmu qalam cukup hanya dengan pemikiran yang waras, bijak menilai, membuat kajian, menyampai pada seterusnya, maka bertambahlah ilmu-ilmu itu dari semasa ke semasa. Contoh? Debu dll tak siap lagi
Ilmu Ghaib.
Mengenai ilmu ketuhanan ialah metafisika, pembahasan mengenai pencipta, jiwa,malaikat, jin dan sebagainya. Persoalan, pengkajian, jawapan pada dasar memahami atas ilmu ini berhubung kait dengan Keimanan serta Aqal , ia menjangkau ke suatu alam samada alam Saghir mahupun alam Kabir, alam Kebatinan (Spiritual), ilmu laduni dan perjalanan Kerohanian.
Banyak FirmanNya, dalil serta bukti yang tercatat di dalam Al Quran termasuk satunya dalam sirah Nabi Musa as di perintah untuk mempelajari ilmu kepada seorang Nabi itulah Khidir as ( ikuti peristiwa yang di gambarkan di dalam Al Quran Surah Al Kahfi : 60 – 82 ).
Ada beberapa kejadian pelik tapi benar yang kita ambil contoh untuk bertemu dengan Nabi Khidir as pun sudah membuktikan tempat, keadaan yang spiritual, bekalan ikan yang sudah di masak itu hidup semula, begitulah gambaran jenis ghaib ( spiritual ) yang Allah swt tunjukan, dan sekiranya kita memerhatikan atas Mu’jizat-mu’jizat para Rasul dan Nabi, kita akan menjadi terpegun memandang Kekuasaan Ilahi.
Pencapaian ilmu ghaib ini perlu kesabaran , dengan IzinNya boleh tahu dan menjangkau sesuatu kejadian yang akan datang, melewati sesuatu kejadian yang akan berlaku jadi di buat persediaan, fenomena ini sebenarnya menunjukan demi Kekuasaan Dzat (Allah) yang Maha Menciptakan segala sesuatu.
Firman Allah swt “ Kitab Al Quran ini tidak ada keraguan padanya; pertunjuk bagi mereka yang bertaqwa. ( Iaitu ) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka.”( QS Al Baqarah: 2 – 3 ).
Ilmu Syahadah ( Nyata ).
Tingkatan ilmu yang tertinggi yang ertinya wahyu hanya di anugerahi Ilahi pada para Rasul dan Nabi juga dengan IzinNya ilham dapat juga kepada para-para Sahabat, waliyullah contohnya peristiwa Isra’ dan Mi’raj oleh Baginda RasulAllah saw, munajatnya Nabi Allah Musa as. dengan RabbNya di Bukit Thursinna dan banyak lagi peristiwa yang nyata oleh itu semuanya dari Kebesaran serta RahmatNya Allah Azza Wajalla..wallahu'alam.
AL-QURAN
Nasehatnya...
About Me
Ahad, 6 Disember 2009
di karang oleh intizhar at 2:24 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan