AL-QURAN

AL-QURAN
bukan sekadar bacaan berpahala,..

Nasehatnya...

Nasehatnya...
Mudahan mendapat Keredhaan Ilahi...

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .
seumpama setitik air di tengah lautan

Sabtu, 12 Disember 2009

sedikit sirah sahabat dan isteri Baginda RasulAllah saw........

Di atas IzinNya dan RahmatNya..

Saidina Abu Bakar assiddiq ra..

Pernah suatu ketika dahulu, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq ra. menahan kesakitan akibat di patuk seekor ular apabila beliau telah bersama-sama Baginda RasulAllah saw menyembunyikan diri di gua Thur..beliau begitu sayang dan taat kpa Baginda RasulAllah saw dan tidak mahu ganggu semasa itu RasulAllah saw sedang tidur dan keletihan di atas ribanya..

Rasa panas dan ngeri yang amat sangat di atas bisa ular itu membuatkan beliau tidak dapat menahan lagi kesakitan sehinggakan tanpa di sedarinya menitis airmata beliau, namun untuk membangunkan RasulAllah saw tidak sama sekali, biarlah kesakitan itu di rasainya dan redha akan ujian dari Ilahi..betapa mulianya Abu Bakar...

Masa berlalu, dan akhirnya titisan mula airmata beliau telah jatuh di pipi Baginda RasulAllah saw, dan RasulAllah saw pun terjaga dan lantas bertanya " mengapa engkau menangis wahai Abu Bakar " ?, beliau tidak dapat menyembunyikan lagi di atas kesakitan bisa ular yang di alaminya dan terus memberitahu RasulAllah saw, yang kakinya telah di patuk ular....

Baginda RasulAllah saw terus memeriksa kakinya, dan lalu meludahi di atas telapak kaki Abu Bakar, dan di atas IzinNya dan RahmatNya..kesakitan itu tadi mula sembuh...

Saidina Omar Al-Khattab ra..

Saidina Umar Al-Khattab r.a, sendiri pernah memohon do'a agar beliau mendapat syahid, menghembuskan nafas yg terakhir di tanah Madinah dengan berdo'a " Ya Allah, kurniakanlah daku kesyahidan di jalan-Mu, dan jadikanlah kematian menimpaku tatkala aku berada di Kota Rasul-Mu "..

zahirnya Saidina Umar Al-Khattab r.a pernah memohon suatu perkara yg sukar di perolehi secara serentak, kerana beliau tinggal di Madinah, jauh dari golongan penyembah berhala dan musuh-musuh Islam, demikian juga jauh dari medan peperangan malah di tempat syaitan tidak dpt memerintah, dengan keadaan sebegitu rupa.. di kala itu utk berhajat mati sebagai syahid amatlah tipis sekali...

Begitu Ketentuan serta Kebesaran Ilahi inginkan sesuatu utk berlaku, Allah jadikan dan menyediakan jalan baginya, di tengah-tengah para Sahabat yg sdg mendirikan solat di dlm masjid, tiba-tiba di kejutkan dgn satu keadaan yg begitu trajis, maka di atas izinNya dan RahmatNya, Saidina Umar r.a telah menjadi serta mendapat syahid, beliau telah dibunuh dgn kejamnya oleh seorang kafir bernama Abu Lukluk..

Terkabul juga hajat serta permohonan ikhlas darinya kepada Allah swt Maha Pencipta segala-galanya..

Saidina Umar Al-Khattab r.a merupakan salah satu sahabat Nabi yang di Atas IzinNya dan RahmatNya memiliki kemampuan spiritual, sebagaimana sabda Beliau yang diriwayatkan secara muttafaq-alaih: " Di antara umat-umat sebelum kalian telah ada Muhaddatsun. Kalaupun ada seorang di antara ummatku yang seperti itu maka dialah Umar Al-Khattab"..

Muhaddatsun bermaksud orang yang memiliki kekuatan batin dan mampu membaca rahsia ghaib, atau di dalam bahasa tesawuf di sebut mukasyafah ( waskita )...

Al-Qamah..

Al-Qamah adalah salah seorang dari sahabat Baginda RasulAllah saw, dan dia menghadapi kepayahan yg menyiksa ketika menjelang ajalnya dalam mengalami sakaratul maut, mulutnya tidak mampu mengucapkan kalimatul Haq ( La ilaha illallah )..RasulAllah saw cuba berdoa dan mengajarnya untuk menyebut kalimatul Haq, namun Allah swt tidak izin dan terus menolak seluruh amalnya walaupun Al-Qamah adalah seorang ahli ibadat, kesalahannya ialah menyakiti hati si ibunya dan ibunya tidak redha dan tidak mahu memaafkan si anaknya walaupun di rayu beberapa kali oleh Baginda RasulAllah saw....

Atas kebijaksanaan Baginda RasulAllah saw, beliau cuba mengalih pandangan si ibu dengan mengambil keputusan untuk membakar sahaja hidup-hidup..mendengar keputusan itu, lalu tak kesampaian si ibu tadi melihat akan kejadian tersebut, dan naluri keibuannya tidak tega lalu memohon kepada Baginda RasulAllah saw agar mengurung niat untuk membakar puteranya dan seterusnya memaafkan kesalahan anaknya, di saat itulah di atas IzinNya dan RahmatNya, ia terbebas dari siksa sakaratul maut dan pada akhir kalamnya mengucapkan kalimatul haq..

salah satu pengajaran serta pengertian di sini ialah si ibu memiliki kedudukan spritual yang tinggi yang wajib di taati dan hormati selagi tidak mengajar kemaksiatan, redhanya memuluskan perjalanan ruhani untuk mendapatkan kedudukan di sisi Allah swt yang tinggi.. Wallahu a'lam..

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita ke hadratNya dan sembah selawat pada Baginda RasulAllah saw serta ahli keluarganya...

Siti Khadijah..

iho..topik yang menarik dan memberi pengajaran keinsafan pada semua yang bergelar srikandi dalam mencernakan sebuah kehidupan khususnya alam rumahtangga...

dan peranannya Siti Khadijah sebagai isteri solehah dan wanita pilihan yg memang telah di tetapkan oleh Allah swt dalam qadarNya.

Di antara salah satu peranannya, Siti Khadijah sentiasa memberi kesempatan dan kebebasan yang mutlak untuk memasuki kehidupan berfikir dan alam nafsani, untuk mencari hakikat yang benar, malah ia sentiasa memberi dorongan semangat, agar terus mencari hakikat yg benar dan mutlak itu tanpa di bebani dgn persoalan rumahtangganya...dan ketika suaminya bertafakur atau bertahannuts di Gua Hira' di sediakannya perbekalan untuk tinggal selama beberapa hari dalam melakukan tahannuts mencari hakikat yang benar..

Dan jadi di antara isteri-isteri Baginda RasulAllah saw, Siti Khadijah inilah yang paling dekat nasabnya dengan Beliau yang bertemu pada keturunan "Qushai ".. dan Siti Khadijah juga selain dari Taat, bijaksana, pribadi luhur, akhlak yang mulia ia juga mempunyai cita-cita yang tinggi sehingga pada waktu itu penduduk Mekah memberi gelaran " Ar Thahirah "...

Ketika Nabi Muhammad saw masih lagi dalam kegelisahan dan trauma setelah menerima wahyu yang pertama, Siti Khadijah tetap menambah keyakinan suaminya yang sebenarnya telah di nobatkan menjadi Nabi akhir zaman dan Rasul pilihan berdasarkan apa yang telah termaktub di dalam Kitab Injil dan di sampaikan oleh pamannya Waraqah bin Naufal seorang pendita tua lagi buta dan telah lama memeluk agama Nasrani...

..namun haqiqat kejadian ini juga berupa perumpamaan yg Allah swt jadikan buat kita ummat akhir zaman untuk menilai dan memikirkannya..mudahan semua kita mendapat pertunjuk dan HidayahNya..

Kita sudah tidak berada bersama-sama RasulAllah saw saat ini, namun utk menandingi di atas rasa sayang dan taat kepada Baginda saw sepertimana para-para Sahabat dahulu, tidak terdaya kita, walaubagaimanapun Allah swt Maha Tahu, akan ada setengah golongan manusia itu terlalu rindu dan sayang teramat sayang kepada Junjungan Besar Baginda RasulAllah saw..jadi kita,.. Allah perintahkan sentiasa " Berselawat kepada RasulAllah saw dan berada di atas landasan Sunnahnya...

wallahu'alam..

0 comments: