AL-QURAN

AL-QURAN
bukan sekadar bacaan berpahala,..

Nasehatnya...

Nasehatnya...
Mudahan mendapat Keredhaan Ilahi...

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .
seumpama setitik air di tengah lautan

Sabtu, 19 Disember 2009

termasuk dlm erti dari Perkhabaran Ilahi

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala kurniaanNya..

Pujian hanya bagi Allah Dzat Yang Maha Mengetahui segala-galaNya..


ا رَسُولَ اللَّهِ رأيت في الْمَنَامِ كَأَنَّ رَأْسِي قُطِعَ قال فَضَحِكَ النبي وقال إذا لَعِبَ الشَّيْطَانُ بِأَحَدِكُمْ في مَنَامِهِ فلا يُحَدِّثْ بِهِ الناس

Ertinya : "Wahai Rasulullah aku telah nampak dalam mimpiku seolah-olah kepalaku dipenggal. Maka Nabi SAW tertawa mendengarnya lalu berkata : Apabila Syaitan mempermainkan seseorang darimu ( dengan mimpi-mimpi begini) dalam tidurmu, maka janganlah kamu menceritakannya kepada orang lain" ( Riwayat Al-Bukhari)


Baginda RasulAllah saw pernah juga menyebut :


الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ من اللَّهِ وَالْحُلْمُ من الشَّيْطَانِ فَمَنْ رَأَى شيئا يَكْرَهُهُ فَلْيَنْفِثْ عن شِمَالِهِ ثَلَاثًا وَلْيَتَعَوَّذْ من الشَّيْطَانِ فَإِنَّهَا لَا تَضُرُّهُ

Ertinya : Mimpi yang baik ( dari orang soleh) adalah dari Allah SWT dan mimpi (buruk) adalah dari Syaitan, barangsiapa yang telah melihat sesuatu (mimpi) yang tidak disukainya, hendaklah ia meniup ke kirinya 3 kali dan beristi'azah (meminta perlindungan dari gangguan syaitan), kemudian mimpi itu tidak akan memudaratkannya" ( Riwayat Al-Bukhari,)


Banyak sudah peristiwa mimpi terjadi hatta dari zaman dahulu hingga ke saat ini..contohnya mimpi ( perkhabaran Ilahi ) pada para-para Rasul dan NabiNya seperti Yusof, Ibrahim dan Baginda RasulAllah saw sendiri tatkala Beliau sedang mengerjakan tahannuts ( berkhalwat ) di Gua Hira, kekadang Beliau bermimipi, mimpi yang benar ( Arru' yaa ashaadiqah ).. Firman Allah swt " Dan Dia dapati kamu dalam kebingungan, lalu Dia di beri hidayah ( kenabian )." ( QS Adh Dhuha : 7 )..

Manusia tidak ada kemampuan untuk menciptakan mahupun mereka-reka keadaan dan situasi mimpi, cuma menerima mimpi sahaja.. ada yang benar, ada yang tidak..

Mimpi -mimpi ini di kategorikan dalam Ilmu sebagai Perkhabaran Ilahi jadinya..walau bagaimanapun pada yang telah mendapat anugerah ataupun bertuah menerima mimpi seperti bertemu langsung dengan Junjungan Besar Baginda RasulAllah saw..adalah lebih baik merujuk kepada yang lebih berilmu mengenainya...

pada pandangan peribadi saya mengenai apa jenis mimpi sekali pun, ianya tidak boleh di jadikan sebagai hujah....

Banyak manusia yang mudah tergelincir dari ujian, mahupun perkhabaran dari Ilahi, tambah lagi soal aqidah dan agama, mungkin terjerumus ke dlm lingkaran dan lembah syahwat lagi dgn keinginannya sehingga hanyut dlm kesesatan...

Firman Allah swt " Dan di antara manusia ada yang berkata: " Kami beriman kepada Allah ", Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap ganguan ( fitnah ) itu seakan-akan siksaan dari Allah. Dan jika datang pertolongan dari Allah, mereka pasti berkata: Sesungguhnya kami beserta kalian ( kaum Mukmin )". Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia ? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang munafik". ( QS Al Ankabut : 10 - 11 )...wallahu a'lam..

Sabtu, 12 Disember 2009

sedikit bicara.. dan rumusan dunia spiritual..emm

Di atas IzinNya dan Rahmatnya...Alhamdulillah syukur kita dengan segala anugerah kurniaanNya...

Panduan utama... Baginda RasulAllah saw telah wafat, di tinggalkan ummatnya dua perkara berupa wasiat dan garis panduan penting agar kita semua tidak tersesat selama-lamanya iaitulah KitabAllah ( Al Quran ) dan Sunnah..

Apakah semudah itu namanya memahami ilmu ma'rifat, haqiqat..??..samada berguru atau tidak..??

Banyak kekeliruan informasi mengenai Allah swt, sehingga mahu belajar Ketuhanan, mahu berjalan menuju Ketuhanan terkesan sulit dan sangat membingungkan dan mengelirukan..

Kesederhanaan Firman-Firman Allah dalam mengungkapkan keberadaan diri-Nya sering di salah tafsirkan, sehingga bertambah jauhlah Dia dari pengertian yang seharusnya...Pada hal kita sedang berada di dekatNya, bahkan sangat dekat..

Di atas IzinNya dan RahmatNya...sentiasa mohon kita pada PertunjukNya dan HidayahNya dari Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui...agar kita tidak termasuk di dalam golongan munafik dan musyrik yang mereka (golongan) ini juga berbicara dan menyebut Allah, beribadah kepada Allah dan berzikir mengulang-ngulang kalimat " Allah ", tetapi hanya sampai pangkal tenggorok, menyebut nama Allah, walaupun ia harus mempercayai kekuatan selain Allah.. rujukan ( QS An Nisa : 142 )

Sememangnya wajib kita berguru bila mahu menuntut ilmu, tambah lagi ilmu Ketuhanan, kerohanian, kebatinan dan banyak juga orang mengajar ilmu, namun ia tidak mampu memberi kefahaman, banyak soalan yang tidak terjawab dalam menuju kerohanian, mahu mencari Ketuhanan, sepertinya.. banyak sudah yg mengajar solat dan rukunnya, namun ia masih tidak mampu memberikan kekhusyu'an..malah belum tentu lagi si pengajar itu sendiri bersolat dengan khusyuk..

" Tidak dapat memuat Dzat-Ku bumi dan langit-Ku, kecuali ' hati ' hamba-Ku yang mukmin lunak dan tenang " ( HR. Abu Dawud )..

Istilah qalb di dalam Al Quran di sebut sebanyak 132 kali..Ia berbolak balik di antara dua jari, Iman tumbuh dan bersemayam di dalam hati..maka dalam genggamanNya lah setiap hati kita...

Tetapi, dalam hati juga terbitnya kemunafikan, kemungkaran mahupun kemaksiatan..banyak Firman Allah swt dan Hadith mengenainya di nyatakan di antaranya " Apakah mereka tidak merenungkan isi Al Quran ? atau adakah hati mereka yang terkunci ? " ( QS. Muhammad : 24 )..dan lagi,

Dunia Tesawuf bukannya dunia sempit mengikut fikiran kita yang dikelompok kecil kadang kala sombong dan riak seperti ciri-ciri munafik dan musyrik..Ingat si Iblis juga menyebut nama Allah namun tidak mematuhi perintah Allah, walaupun ia berkomunikasi dan memohon kekuatan untuk kepentingan nafsunya, serta di kabulkan permintaannya ( QS As Shaad : 71 - 88 )..

Iblis dan juga kuncu-kuncunya juga sdg berkhidmat kpd Allah, tetapi khidmatnya mereka ini hanya untuk satu tujuan iaitu menyesatkan kita umat manusia yang sebaik-baik kejadian tetapi kita punyai satu peluang yang di atas IzinNya dan RahmatNya iaitu " kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka" ( Al Shaad : 83 )

Iblis laknatullah itu mampu meresap ke dlm fikiran, melalui aliran urat saraf dan darah, menembusi ruang dan waktu..mereka tidak pernah jemu menghasut, menyesatkan kita meskipun kita juga tidak pernah putus asa dan tetap berusaha menangkis, melawan tetap melawan, namun gagal dan kecundang jua akhirnya..kesedaran telah di perakui yang makhluk ini bukanlah tandingan kita..makhluk ini juga berpegang pada awal, akhir, dzahir dan batin..tapi lain tujuannya...

Pernahkah kita merenung, memerhati hati kita yg sdg terbaring tidak berdaya..masuk lagi kedalamnya..wah di situ juga ada hembusan iblis dan bisikan syaitan yg sangat-sangat halus, ghaib.. sdg memberi pandangan kononnya nasehat dan jalan menuju kemungkaran, apatah lagi bersekongkol dgn nafsu menuju kehancuran tatkala semasa kita bertaharah, berwuduk, solat, dzikir dll...

Diri kita tetap sedar dan sedar utk melawannya habis-habisan, namun kekuatan yg di anugerahkan Allah swt pada makhluk itu tak dapat kita tandinginya walaupun bergelarnya sebaik-baik kejadian...

Oleh itu maka berserahlah diri pada yg Esa, yg akhir tujuan rasa... jadilah diri itu binasa..

Maka Allah swt jua menjadi Maha Pembimbing bagi diri kita, petunjukNya melebihi segala,..kerana dalam keadaan tidak terdaya itu, kita telah di peringatkan Allah swt dalam FirmanNya.." dan ( juga ) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan ? " ( QS Adz Dzaariyaat : 21 )..

" Siapa ( aku ) " itu yang menjadi permulaan perjalanan mencari dan mengenal Allah swt Dzat wajibal wujud tidak di kerana dgn satu kerana, susulan dari itu banyak persoalan yang timbul dan tidak terjawab ? dan ini banyak terjadi kepada pencinta-pencinta Ketuhanan!

Carilah " aku " yang tidak tidur di kala diri kita tidur, tidak lalai di kala diri kita sdg lalai, " aku " ini jujur dan mengetahui kebohongan hati,.. khusyu', tawadhu', tidak pernah sama sekali berkompromi dgn makhluk iblis, jin dan syaitan..kedudukannya tinggi melewati Iblis, Jin mahupun syaitan, sehingga mereka tidak dapat menembusinya, jauh sekali menggodanya..

Demikian jadilah NURANI..iblis tidak ada disini, kerana nurani adalah utusan yang di tiupkan oleh Ilahi, yang dilindungi oleh sinarNya.Itu sebabnya mengapa Allah BerFirman bahawa Ruh adalah RahsiaNya.. ( QS Al Isra': 85 )..

Dan pada Syeikh, guru, murabbi, ustadz dan Tuan-tuan yg saya hormati,...

Apabila Tuhan membukakan bagimu suatu jalan untuk makrifat ( mengenal padaNya ), maka jangan menghiraukan soal amalmu yang masih sedikit, sebab Tuhan tidak membukakan bagimu, melainkan Ia akan memperkenalkan kepadamu.Tidakkah kau ketahui bahawa makrifat itu semata-mata pemberian KurniaNya kepadamu, sedangkan amal perbuatanmu hanya hadiah dpdmu, maka di manakah letaknya perbandingannya antara hadiahmu dgn Kurniaan Allah kepadamu..

Tujuan dari agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu tujuan iaitu menuju mendekati Kebenaran yang haq / mutlaq..Ilmu hakikatnya untuk mengetahui dan agama sudah tentu untuk merasainya...

Firman Allah swt " Iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ) ; Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. " ( QS Ali Imran : 191 )..dan yakinlah sepenuh hati...

Allah swt tidak akan menyesatkan hamba-hambanya yang menyerah diri padaNya...jangan terjebak pada sebarang alasan yang mengelirukan..dan iblis di anggap berjaya andainya dapat dan berhasil manupulasikan alasan takut tersesat, sehingga kita lupa yg kita telah dan sdg sesat, bila tidak berdzikir pada Allah.. sila perhatikan pada FirmanNya( Az Zumar : 22 )

Ingatlah wahai sahabat dan saudaraku, Tiang,dinding lantai, bumbung dll. saling bersepadu untuk di jadikan sebuah rumah yang cantik dan selamat..

Manakala dzikir zihar,qalbi, sunyi mahu pun sirr, di atas IzinNya dan RahmatNya, semestinya berdzikirlah ( merasai ) di antara tujuh anggota dzahir dan pancaindera kita barulah bersepadu jadinya..bukan setakat jadi sebuah rumah yang cantik dan selamat, malah pengisian dlm rumah pun sedia ada..InsyAllah.. Allah Hu Allah Hu...carilah " aku "..

dan berkaitan meraga sukma, ia adalah salah satu kalimat istimewa buat pencinta-pencinta alam Kerohanian..( dunia spiritual )

Pada tahapan tertinggi meraga sukma di atas IzinNya dan RahmatNya, kita mampu melihat fenomena- fenomena alam bawah kita, spt intiusi yg di timbulkan oleh halusinasi, pikiran perasaan serta gelombang-gelombang pendek..yg dihembuskan syaitan dan jin, sebab jiwa yg telah melampaui tahapan -tahapan dari ikatan seluruh alam semesta menuju yg bukan alam tetapi Dzat Mutlak ( QS As Shaffaat : 38 )..dan lagi ( QS Al A'raaf : 201 ).

Apa pun bicara saya senada iaitu merupakan dan bersifat penghayatan berpandukan pada dua wasiat tersebut,dan ini adalah pandangan peribadi saya..tidak dapat di nafikan ada juga beberapa jenis tariqat ( pernah di lakukan oleh sesetengah pengamal-pengamal agama tertua dengan fahaman kuno yg kaedahnya menyerupai dan objeknya saja yang berlainan ) yg mewajibkan muridnya untuk mengamalkan wirid-wirid tertentu, uzlah, muraqabah, rabitah dan apa-apa lagi entah..dan ini adalah pandangan peribadi... saya tidak pernah memandang rendah pada orang-orang yang di pilih Allah sesuai dgn jiwanya untuk menuju kepadaNya...

Didalam kaedah yoga, ada juga disebut cakra, moksa dan sebagai mantra Krishna dan mesti diterima dari seorang guru kerohanian yang dapat memberi tunjuk ajar dalam garis panduan dari turun temurun dari sri Krishna sendiri agar mantra itu manjur ( dlm istilah tareqat sebagai guru Mursyid dan memiliki sanad atau silsilah langsung dari Rasul) Hanya dari dan kurnia dari seorang guru kerohanian yg memiliki kualiti spt itu...seseorang dpt bebas dari peredaran dan kelahiran dan juga kematian.. rujukan " sri srimad ac bhaktivedanta swami prabhupada".

Metode yang se akan sama juga yang di gunakan oleh ajaran Taoisme, Buddha dan sehinggakan bukan sedikit orang-orang atheis sekarang ini mampu melakukan latihan konsentrasi kpd benda, titik, pembayangan wajah guru, mantra-mantra khusus yang luar biasa tanpa harus beragamapun..kaedah sama keberangkalian tak serupa...

Alhamdulillah syukur yang di atas limpah kurniaNya Ilmu dari Engkau Ya Allah memberi pengertian iaitu bermulanya dari satu titik lalu mencorakkan huruf dan huruf-huruf itu adalah rumus yang pada asal dan mulanya tidak memiliki erti dan maksudnya apa-apa, sehingga kemudian dengan izinMu tersusun menjadi sebuah kata dan lagi susunan kata di olah menjadi pula sebuah kalimat (Ilmu) dan dari sebuah kalimat itu terkandungnya sebuah pengertian (mesti faham) ...dan seterusnya pengertian itu sebenarnya bukanlah sebuah kalimatpun ( mesti nampak ), dan untuk (merasa) jangan lagi pandang dan tilik pada titik tersebut tapi teruskan pada di sebalik titik itu.. Luasnya dan dalamnya Ilmu di dalam Ilmu dari Allah tidak terhingga..Ya Allah, Ya Allah, Allah, Allah Muhammad RasulAllah.....

seperti FirmanNya " Katakanlah " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (di tulis ) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). Katakanlah "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang di wahyukan kepadaku; " Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya." ( QS Al Kahfi : 109-110 ).

Mereka yang yang berpegang dan menjalani amalan dalam Ilmu Tasawwuf telah dididik dan diajar agar sesuatu perbuatan itu yang dilakukan hanyalah dinisbah kepada mengharap keredhaan Allah semata-mata , tidak yang lain, di dalam apa keadaan , dalam apa jua masa. “ Ya Allah , Engkau yang ku maksud dan hanyalah keredhaanMu yang ku harap ”..

Ilmu di dalam Ilmu dan Ikhlas di dalam Ikhlas..hanya Allah yg Maha Mengetahui..Amin.

untuk di ketahui, bahawa orang yg sampai kepada Allah adalah org yg mampu menangkap Ilham-IlhamNya dan itu tidaklah yg bertentangan sama sekali dgn perintah dalam Al Quran dan Sunnah.. wallahu'alam

guru,..jgn taksub..je.

Di atas IzinNya dan RahmatNya....

Di dalam hidupnya manusia di nilai! Atau akan melakukan sesuatu kerana nilai! Nilai mana yang akan di tuju tergantung kepada tingkat pengertian terhadap nilai tersebut..Pengertian yang di maksud adalah bahawa manusia memahami apa yang baik dan buruk serta ia dapat membezakan keduanya dan selanjutnya mengamalkannya.Pengertian yang baik dan buruk tidak di lalui oleh pengalaman akan tetapi telah ada sejak pertama kali " Ruh " di tiupkan Firman Allah " Dan jiwa serta penyempurnaan ( ciptaanNya ), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu ( jalan ) kefasikan dan ketaqwaan " ( QS Asy Syams : 7-8 )..

Pengertian ( memahami ) baik dan buruk merupakan asasi manusia yang harus di ungkap lebih jelas, " atas dasar apa kita melakukan sesuatu amalan "?...

Imam Ghazali dalam menamakan pengertian ini sebagai pengertian " awwali ". Dari mana pengertian-pengertian tersebut di perolehi, sebagaimana ucapan beliau " Fikiran menjadi sehat dan berkeseimbangan kembali dgn aman serta yakin dapat menerima kembali segala pengertian-pengertian awwali dari aqal itu. Semua itu terjadi tidak dengan mengatur alasan atau menyusun keterangan, melainkan dengan Nur ( cahaya ) yang di pancarkan Allah swt ke dalam batin dari Ilmu ma'rifat " ( dalam buku Pembebasan dari kesesatan, halaman 10)..

Pada dasarnya menuntut ilmu itu wajib hukumnya dan kita di motivasi oleh Baginda RasulAllah saw untuk mencari ilmu sampai ke negeri Cina dan banyak lagi dalil yang menyuruh kita mencari / mempelajari ilmu..

apabila kita membicara mengenai Guru dan murid sudah semestinya ada satu tanda pengertian rasa yang saling berkait rapat di antara dua kalimat tersebut itulah Ilmu....ada persoalan dan ada jawapannya..tetapi dalam dunia kerohanian ( spiritual Islam ) adakalanya banyak persoalan tak terjawab, maka itulah kita wajib berguru,... dan tidak mentaksubkannya itupun di atas IzinNya dan RahmatNya...

dan lagi sebenarnya fitrah manusia itu suci, akan tetapi proses penerimaan ilham tersebut, terkadang menjadi tidak murni di sebabkan kekotoran jiwa yang diliputi nafsu syahwat..dalam hal ini Allah berfirman " Sesungguhnya beruntunglah yang mensucikan jiwa itu. Dan merugilah orang yang mengotorinya " ( QS Asy Syams : 9-10 )...

Baik dan buruk berasal dari intuisi, tidak melalui fikiran dan rekaan. Alat penerimanya adalah hati ( rasa ). Dari Allah turun ke dalam jiwa manusia berupa intuisi, baik kepada jiwa yang kotor atau kpd jiwa yang telah mendapat kebersihan..dan dari jiwa pula turun menjadi perbuatan..Ketika jiwa manusia kotor, maka intuisi kebaikan mendapat sebutan hati kecil atau hati Nurani..hati yang paling dalam dan tersembunyi..iho sebaliknya apabila rasa iman telah memenuhi ruang jiwanya, maka rasa kejahatan itu akan menjadi hati yang kecil menggantikan rasa keimanan yang tenggelam, sehingga untuk bersubahat dengan sifat-sifat mazmumah akan terasa sulit dan payah sekali, kerana jiwanya di dominasikan oleh rasa keimanan yang besar.. ( Amantu billahi tumastaqhim ) aku percaya pada Allah dan berpegang teguh pengertian dan pendirian itu.....

Di dalam bicara Guru dan Murid sebenarnya ada Ilmu di dalam Ilmu..dan dunia Tesawuf sebenarnya sudah robak dan berpecah sayugia di ingatkan sesama kita Ilmu dari Allah sebenarnya luas lagi dalam seperti firmanNya ( QS Al Kahfi : 109 )....

" Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang berumur pendek ( muda ) dan berpikiran picik ( bodoh ). Mereka mengucapkan sabda-sabda Nabi dan membaca Al Quran, namun imannya tidak melampaui pisau besarnya.." ( bicara kosong ( lagho) ). ( HR. Buqhari, Muslim, Abu Dawud dan Nasai ).

..Keyakinan seseorang itu akan mudah lepas dan selalu dalam keraguan apabila selama ini kita seolah-olah dipaksa untuk terus bersetuju ataupun percaya terhadap sesuatu keyakinan, tanpa pernah memikirkan dan memahami mengapa kita harus meyakininya...

Orang yang bijak di lihat dari soalannya ?, orang yang cerdik di lihat pada jawapannya ? dan orang yang tak tahu dan buat-buat tahu adalah seperti saya..dan pohon maaf andainya bicara kali ini bisa menyinggung wahai sahabat dan saudaraku..

dan lagi mendapat serta memahami pengertian ( ilmu faham, nampak dan rasa ) ini di Atas IzinNya dan RahmatNya sedarlah kita bila berkata " aku yang fana menuju AKU Yang Baqo " ...

Imam Malik ra, di tanya mengapa kita tidak dapat melihat Allah swt..Dengan halus dan mudah Imam Malik ra menjawab bermaksud " Yang fana tidak dapat melihat yang Baqo'..hanya yang Baqo' dapat melihat yang Baqo'..Wallahu 'alam..Wassalam..

sedikit sirah sahabat dan isteri Baginda RasulAllah saw........

Di atas IzinNya dan RahmatNya..

Saidina Abu Bakar assiddiq ra..

Pernah suatu ketika dahulu, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq ra. menahan kesakitan akibat di patuk seekor ular apabila beliau telah bersama-sama Baginda RasulAllah saw menyembunyikan diri di gua Thur..beliau begitu sayang dan taat kpa Baginda RasulAllah saw dan tidak mahu ganggu semasa itu RasulAllah saw sedang tidur dan keletihan di atas ribanya..

Rasa panas dan ngeri yang amat sangat di atas bisa ular itu membuatkan beliau tidak dapat menahan lagi kesakitan sehinggakan tanpa di sedarinya menitis airmata beliau, namun untuk membangunkan RasulAllah saw tidak sama sekali, biarlah kesakitan itu di rasainya dan redha akan ujian dari Ilahi..betapa mulianya Abu Bakar...

Masa berlalu, dan akhirnya titisan mula airmata beliau telah jatuh di pipi Baginda RasulAllah saw, dan RasulAllah saw pun terjaga dan lantas bertanya " mengapa engkau menangis wahai Abu Bakar " ?, beliau tidak dapat menyembunyikan lagi di atas kesakitan bisa ular yang di alaminya dan terus memberitahu RasulAllah saw, yang kakinya telah di patuk ular....

Baginda RasulAllah saw terus memeriksa kakinya, dan lalu meludahi di atas telapak kaki Abu Bakar, dan di atas IzinNya dan RahmatNya..kesakitan itu tadi mula sembuh...

Saidina Omar Al-Khattab ra..

Saidina Umar Al-Khattab r.a, sendiri pernah memohon do'a agar beliau mendapat syahid, menghembuskan nafas yg terakhir di tanah Madinah dengan berdo'a " Ya Allah, kurniakanlah daku kesyahidan di jalan-Mu, dan jadikanlah kematian menimpaku tatkala aku berada di Kota Rasul-Mu "..

zahirnya Saidina Umar Al-Khattab r.a pernah memohon suatu perkara yg sukar di perolehi secara serentak, kerana beliau tinggal di Madinah, jauh dari golongan penyembah berhala dan musuh-musuh Islam, demikian juga jauh dari medan peperangan malah di tempat syaitan tidak dpt memerintah, dengan keadaan sebegitu rupa.. di kala itu utk berhajat mati sebagai syahid amatlah tipis sekali...

Begitu Ketentuan serta Kebesaran Ilahi inginkan sesuatu utk berlaku, Allah jadikan dan menyediakan jalan baginya, di tengah-tengah para Sahabat yg sdg mendirikan solat di dlm masjid, tiba-tiba di kejutkan dgn satu keadaan yg begitu trajis, maka di atas izinNya dan RahmatNya, Saidina Umar r.a telah menjadi serta mendapat syahid, beliau telah dibunuh dgn kejamnya oleh seorang kafir bernama Abu Lukluk..

Terkabul juga hajat serta permohonan ikhlas darinya kepada Allah swt Maha Pencipta segala-galanya..

Saidina Umar Al-Khattab r.a merupakan salah satu sahabat Nabi yang di Atas IzinNya dan RahmatNya memiliki kemampuan spiritual, sebagaimana sabda Beliau yang diriwayatkan secara muttafaq-alaih: " Di antara umat-umat sebelum kalian telah ada Muhaddatsun. Kalaupun ada seorang di antara ummatku yang seperti itu maka dialah Umar Al-Khattab"..

Muhaddatsun bermaksud orang yang memiliki kekuatan batin dan mampu membaca rahsia ghaib, atau di dalam bahasa tesawuf di sebut mukasyafah ( waskita )...

Al-Qamah..

Al-Qamah adalah salah seorang dari sahabat Baginda RasulAllah saw, dan dia menghadapi kepayahan yg menyiksa ketika menjelang ajalnya dalam mengalami sakaratul maut, mulutnya tidak mampu mengucapkan kalimatul Haq ( La ilaha illallah )..RasulAllah saw cuba berdoa dan mengajarnya untuk menyebut kalimatul Haq, namun Allah swt tidak izin dan terus menolak seluruh amalnya walaupun Al-Qamah adalah seorang ahli ibadat, kesalahannya ialah menyakiti hati si ibunya dan ibunya tidak redha dan tidak mahu memaafkan si anaknya walaupun di rayu beberapa kali oleh Baginda RasulAllah saw....

Atas kebijaksanaan Baginda RasulAllah saw, beliau cuba mengalih pandangan si ibu dengan mengambil keputusan untuk membakar sahaja hidup-hidup..mendengar keputusan itu, lalu tak kesampaian si ibu tadi melihat akan kejadian tersebut, dan naluri keibuannya tidak tega lalu memohon kepada Baginda RasulAllah saw agar mengurung niat untuk membakar puteranya dan seterusnya memaafkan kesalahan anaknya, di saat itulah di atas IzinNya dan RahmatNya, ia terbebas dari siksa sakaratul maut dan pada akhir kalamnya mengucapkan kalimatul haq..

salah satu pengajaran serta pengertian di sini ialah si ibu memiliki kedudukan spritual yang tinggi yang wajib di taati dan hormati selagi tidak mengajar kemaksiatan, redhanya memuluskan perjalanan ruhani untuk mendapatkan kedudukan di sisi Allah swt yang tinggi.. Wallahu a'lam..

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita ke hadratNya dan sembah selawat pada Baginda RasulAllah saw serta ahli keluarganya...

Siti Khadijah..

iho..topik yang menarik dan memberi pengajaran keinsafan pada semua yang bergelar srikandi dalam mencernakan sebuah kehidupan khususnya alam rumahtangga...

dan peranannya Siti Khadijah sebagai isteri solehah dan wanita pilihan yg memang telah di tetapkan oleh Allah swt dalam qadarNya.

Di antara salah satu peranannya, Siti Khadijah sentiasa memberi kesempatan dan kebebasan yang mutlak untuk memasuki kehidupan berfikir dan alam nafsani, untuk mencari hakikat yang benar, malah ia sentiasa memberi dorongan semangat, agar terus mencari hakikat yg benar dan mutlak itu tanpa di bebani dgn persoalan rumahtangganya...dan ketika suaminya bertafakur atau bertahannuts di Gua Hira' di sediakannya perbekalan untuk tinggal selama beberapa hari dalam melakukan tahannuts mencari hakikat yang benar..

Dan jadi di antara isteri-isteri Baginda RasulAllah saw, Siti Khadijah inilah yang paling dekat nasabnya dengan Beliau yang bertemu pada keturunan "Qushai ".. dan Siti Khadijah juga selain dari Taat, bijaksana, pribadi luhur, akhlak yang mulia ia juga mempunyai cita-cita yang tinggi sehingga pada waktu itu penduduk Mekah memberi gelaran " Ar Thahirah "...

Ketika Nabi Muhammad saw masih lagi dalam kegelisahan dan trauma setelah menerima wahyu yang pertama, Siti Khadijah tetap menambah keyakinan suaminya yang sebenarnya telah di nobatkan menjadi Nabi akhir zaman dan Rasul pilihan berdasarkan apa yang telah termaktub di dalam Kitab Injil dan di sampaikan oleh pamannya Waraqah bin Naufal seorang pendita tua lagi buta dan telah lama memeluk agama Nasrani...

..namun haqiqat kejadian ini juga berupa perumpamaan yg Allah swt jadikan buat kita ummat akhir zaman untuk menilai dan memikirkannya..mudahan semua kita mendapat pertunjuk dan HidayahNya..

Kita sudah tidak berada bersama-sama RasulAllah saw saat ini, namun utk menandingi di atas rasa sayang dan taat kepada Baginda saw sepertimana para-para Sahabat dahulu, tidak terdaya kita, walaubagaimanapun Allah swt Maha Tahu, akan ada setengah golongan manusia itu terlalu rindu dan sayang teramat sayang kepada Junjungan Besar Baginda RasulAllah saw..jadi kita,.. Allah perintahkan sentiasa " Berselawat kepada RasulAllah saw dan berada di atas landasan Sunnahnya...

wallahu'alam..

niat

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur di atas segala kurniaanNya..

Apa pun perkara yang hendak, sedang dan kita lakukan, pastinya dimulai dengan niat. Niat itu adalah do'a dan setiap perbuatan itu hendaklah disertai dengan niat. Islam juga mengajar kita untuk tidak melupakan niat dalam apa jua kerja yang kita lakukan.

Sabda Baginda Rasulullah saw. bermaksud:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

(Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih)

“Imam Nawawi pula mengatakan, bahawa niat itu bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati.”

Al-Baidhawi berkata,
“Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan,
baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat,
sedangkan syari’at adalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredai Allah
dan mengamalkan segala perintah-Nya.”

Di dalam istilah ( fiqh ) adapun niat di ertikan qashdu syai muqtarinan bi fi'lihi..melakukan perbuatan dgn kesedaran ( consiousnes ), kerana dari niatlah yg akan menentukan nilai baik mahupun buruk, di terima atau tidaknya sesuatu perbuatan berdasar dalil seperti yg tersebut / yg telah di paparkan..

Sebenarnya niat bukanlah sebuah lafadz bacaan mahupun mantra, akan tetapi suatu perbuatan yang di dalamnya terdapat kesedaran penuh mengalir dari awal hingga akhir, maka itu lah ia tanpa huruf tanpa suara..

" Illahi maqsudi wa ridhoka matlubi " Tuhan, Engkaulah yang ku maksud dan kerelaanMu lah yang aku tuntut " Amin.

"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” ( HR Muslim )

wallahu'alam..

Jumaat, 11 Disember 2009

Tuduhan-tuduhan palsu...

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita di atas segala PenciptaanNya serta KurniaanNya buat kita semua...

Tuduhan-tuduhan palsu dari puak kufar terhadap Al Quran..mereka juga telah membuat dusta dan menuduh Baginda RasulAllah saw dgn sangat hina dan menyakitkan, dgn alasan ini semua adalah dongengan orang-orang terdahulu dan Nabi Muhammad saw yg membacanya..Hal ini di bantah terus oleh Allah dalam FirmanNya ( Al Furqan : 4-6 ).

Kita mungkin terpengaruh dan terperangkap dengan hasutan, racun minda dari puak kufar dgn meyakini Baginda RasulAllah saw mampu serta tahu menulis dan membaca huruf berupa rangkaian hijaiyyah, puak orientalis kafirin ini dari dahulu, kini, dan selamanya akan memesongkan keimanan ummat Islam dgn keyakinan tersebut, jesteru Allah Maha Mengetahui dan sebenarnya Dia memelihara serta menjaga kekasihNya Nabi Muhammad saw dari pendustaan dan tuduhan tersebut dengan di takdirkan Ummi ( tidak tahu membaca dan menulis ), sebagaimana Firman Allah swt di dalam Surah ( Al Ankabut : 48 )..

Semasa peristiwa bersejarah turunnya Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad saw melalui Malaikat Jibril..Beliau mengatakan tidak tahu membaca hampir tiga kali apabila di peluk / rengkuh oleh sang Utusan ( Jibril ) lantas menyampaikan Wahyu dari Ilahi yang di susupkan kedalam hatinya, menyerap masuk ke dalam sukmanya yang bukan berupa suara mahupun huruf ( laa shatun wa laa harfun ), seperti di tegaskan Allah di dalam FirmanNya " Sanuqriuqa falaa tansaa " Kami akan membaca ( Al Quran ) kepadamu ( Muhammad ) maka kamu tidak akan lupa... ( Al A'laa : 6 )

Jadi mengerti kita sekarang, bagaimana Allah swt mengilhamkan kepada lebah, semut, alam maya ini..dan mengajar Nabi Muhammad saw apa-apa yang tidak di ketahuinya ( allamal insaana ma lam ya'lam ).

Ternyata bahasa Allah tidak berupa tulisan mahu pun suara ( " laisa kamistlihi syaiun ", tidak serupa dengan makhlukNya ). Allah swt menghimpun pengertian itu ke dalam hati sanubari Nabi dengan sangat cepat ( erti Wahyu dalam kamus bahasa Arab ), bukan proses berfikir dan proses belajar. Inilah Kehehatan, Kekuasaan Allah swt dan hikmahnya keadaan Baginda RasulAllah saw.

Seorang yang ummi bukan bererti bodoh atau jahil, sebab selama ini banyak orang terjebak dengan kata membaca melalui pengertian yang sempit iaitu sekadar membaca huruf-huruf padahal banyak sekali pengertian membaca dengan makna yang lebih luas dan dalam. Contohnya membaca aura, situasi, arah angin, bintang, alam semesta dan diri sendiri. Hal tersebut dinyatakan dalam Al-Quran dengan tegas bahawa Allah-lah yang mengajar manusia ( Muhammad ) membaca dalam bentuk ( laa shatun wa laa harfun ) ayat-ayat kauniyah
seperti firmanNya ( Al Jaatsiyah: 3-6 )...

Mungkin kebanyakkan ummat Islam menyangka Al Quran itu sekadar bacaan yang berpahala, kemudian untuk tilawah, taddarrus, musabaqah sehingga terlena dan ternganga dengan lagu / taranum yang indah. Akhirnya melupakan pesanan mutiara di dalamnya.

Semoga Allah menuntun hati kita. Amin.

Khamis, 10 Disember 2009

tariqat..oh tariqat...

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan nikmat kurniaanNya..

Alhamdulillah syukur..ada juga Kebenarannya ..

Sekiranya kita tidak mengenali Ilmu Tauhid ini, maka sudah tentunya kita tidak akan tahu sampai di mana perjalanan dalam menuju Tarekat, Hakikat seterusnya ma'rifat.

Rentetan inilah, jalan mahupun pejalan kerohanian akan terhalang, terdepedaya, terjebak jika kita tidak mengetahui keadaan Allah secara Ilmu.

Jadi bekalan sewajib dan sebaiknya ialah mempersiapkan Ilmu, kerana kita akan kecundang di pertengahan mahupun persimpangan jalan.. andainya kita memasuki dunia Ketuhanan bukan secara total..

Mari lita perhatikan pada FirmanNya " Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi; " Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa. " Keduanya menjawab; " Kami datang dengan suka hati. Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. " ( QS Fushshilat : 11 - 12 ).

Kita juga sdg berjalan, mudahan dalam perjalanan itu kita akan ditemukan pada satu pengertian yang haqiqi..untuk sentiasa Bersyukur dan redha apa sahaja yang di beri dan datangi..Maha suci Allah..Maha AgungMu Ya Allah..

Dengan hanya berserah diri kepada Allah sahaja, dan di atas IzinNya dan RahmatNya maka kita akan perolehi Pertunjuk dan HidayahNya..yang selama ini kita hanya menyangka ( zhan ), bahawa kasih sayang dan Kehebatan Allah itu mampu kita rasakan..sebenarnya itu hanya anggapan dan perasaan kita,bukan keadaan sebenar-benarnya, kerana rasa manusia itu terlalu kerdil untuk menggambarkan kenyataan kasih sayang Allah..FirmanNya " Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu tidak mengetahui apa-apa, kemudian Allah memberi kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta fikiran (perasaan), supaya kamu bersyukur" ( QS An Nahl:78)..Amin.

Tariqat ada dua kategori..

cara Kenabian dan cara kewalian...keduanya mesti berpandu pada dua ( kitab Allah ( Al - Quran ) dan Sunnah Nabi...wallahu'alam..

martabat-martabad qasad...

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur dengan segala kurniaanNya..

Banyak orang mengajar ilmu kpd muridnya, namun ia tidak mampu memberikan kefahaman, begitu juga banyaknya majlis pembersihan jiwa, namun ia tidak mampu membersihkan jwanya..

- Haditsun nafs iaitu lintasan-lintasan bathin..

- Hajis iaitu suara sukma yg lebih menonjol dan lebih kuat dari lintasan bathin...

- Khatir iaitu hajis yg sering menonjol dalam hati...

- Alhammu iaitu kecenderungan bathin yang sudah mengandungi unsur kepastian untuk dilaksanakan, namun perlaksanaannya masih tahap ragu-ragu...

- Al 'azmu iaitu maksud perlaksanaannya sudah kuat atau lebih kukuh dari alhammu...

- Aljazmu iaitu tidak ragu-ragu lagi untuk memulai melaksanakan maksudnya...

..sekali lagi, mari kita hindari prasangka buruk terhadap Allah, timbulkan rasa penuh keyaqinan serta kepercayan bahawa Allah-lah yg mampu memberikan hidayahnya dan bimbingan serta mencabut persoalan yang tidak ada penghujungnya serta retorik yang kita hadapi...rasakan sentuhan Ilahi, tatkala mengangkat kotoran hati dgn cara menggantikannya dgn perbuatan baik dan ikhlas, kerana " Dia lebih mengetahui apa yg tersembunyi oleh hati " wamatukhfil thuddur " (Al Mu'min : 19).

Sabda RasulAllah saw " Sebahagian dpd sifat keelokan dan kepujian pada diri Muslim yg sejati ialah meninggalkan perkara yg tidak memberikan faedah " (HR: At Tirmizi)..

Barangsiapa yg mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dar tiga perkara yg lain, maka dia adalah tertipu...

- Orang yg mengaku kemanisan berdzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia ( al wahan )..

- Orang yg mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan serta kemuliaan dari manusia..

- Orang yg mengaku cinta kpd Tuhan yang Menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya...

RasulALLAH saw telah bersabda " Akan datang waktunya ummatku akan mencintai lima dan melupakan kpd yg lima"

- Mereka cinta kpd dunia, tetapi lupa kpd akhirat..

- Mereka cinta kpd harta benda, tetapi lupa kpd hisab..

- Mereka cinta kpd makhluk, tetapi lupa kpd Al-Khaliq..

- Mereka cinta kpd dosa, tetapi lupa untuk bertaubat..

- Mereka cinta kpd gedung-gedung mewah, tetapi lupa akan ke kubur...

FirmanNya.." Sesungguhnya Rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang melakukan kebaikan "(Al A'raaf : 56)..

Marilah kita tetap memohon Taufik dan HidayahNya supaya kita sentiasa dapat ta'at dan menunaikan ibadah dgn ikhlas kepadaNya..Amin

sedikit kaedah pengertian do'a..


Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat KurniaanNya....

Sebagai manusia, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan..jadi apabila di sedarkan ataupun tersedar akan kesalahan tu, mohonlah maaf..berdo'alah

pasti ada masalah semua manusia..jadi kuatkan hati dan semangat.. jangan sesekali rasa putus asa dalam berusaha mencari jalan penyelesaiannya dan teruskan bermunajat pada Allah, mudahan di beri PertunjukNya dan HidayahNya..." Tidak ada suatu mushibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan Izin Allah; Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi pertunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. " ( At Taghaabun : 11 )..

ada juga pertanyaan begini, (..tapi kalau tuan imam baca doa sampai berjela-jela panjangnya hingga terbit rasa bosan makmum yang mengaminkannya...apakah doa tersebut dimakbulkan...Mengapa kita menjadi bosan..) ??

Adakah kerana kita tidak tahu rasa bersyukur pada Allah..yang menciptakan rasa pendengaran semasa Imam sedang sedang melafazkan mutiara FirmanNya seperti doa memohon pengampunan, keredhaanNya dan sebagainya..tidak kah rasa kerdilnya kita yang sentiasa mengharap Pertunjuk serta HidayahNya, perlindunganNya, keampunan dan kasih sayangNya terhadap kedua ibubapa kita seperti mana mereka mengasihi kita sewaktu kecil, sejahtera buat semua saudara muslim dan muslimat, mukminin dan juga mukminat..sepatutnya kita mengaminkan dengan rasa penuh kedhaifan dan kemiskinan..cuma berharap mudahan ianya di perkenankan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Tidakkah kita rasa kasih dan sayang untuk sesama dengan Imam yang memulakan doa dan menanti akan akhirnya doa berselawat kepada Nabi kita..

Ada juga kekadang tu..matlamat dan permohonan sudah di maqbulkan Allah terlebih dahulu tanpa perlu kita berdoa padaNya..bagaimana mungkin kita pertikaikan maqbul atau tidak.

Renung dan renung di dalam IlmuNya..jangan jadi manusia yang tidak tahu bersyukur akan kehidupan sementara ini,.. semuanya di atas IzinNya dan RahmatNya...

Begitu juga kita di suruh berdoa padaNya ' Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan '...dan tidaklah pula menjadi satu kesalahan andainya minta di doakan samada dari Imam, Bilal, Tok Siak, Guru, ustadz dan yg berkaitan, kerana kita tidak pernah tahu dari mulut siapa sebuah doa itu akan di maqbulkan Allah..samada yang mendoakan atau yg mengaminkannya...syarat cuma kita jangan terjebak dalam kemusyrikan dan ketaksuban ( pengkultusan )....

Berdo'alah kepada Tuhanmu dengan rendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah ( Allah ) memperbaikinya dan berdo'alah kepadaNya dengan rasa takut ( tidak akan di terima ) dan harapan ( akan dikabulkan ). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik ". ( QS Al A'raaf : 54 - 56 )

Dari Jabir, ia berkata; " Saya mendengar RasulAllah saw bersabda, Sesungguhnya pada malam hari terdapat satu saat yg mana pd saat itu tiada seorang muslim yg memohon kpd Allah akan kebaikan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memaqbulkan padanya. Dan satu saat yg di maksudkan itu ada di setiap malam. " ( HR At Tirmidzi )...

Baginda RasulAllah saw pernah mengajarkan kepada Muadz bin Jabbal: " Allahumma 'ainni 'ala dzikrika, wa syukrika, wa husni 'ibadatika" Ya Allah ajar aku berzikir kepadaMu, ajari aku bersyukur kepadaMu, dan ajari aku beribadah kepadaMu " . (HR Shahih, Buqhari Muslim).

Buat kita yg sering di uji Allah..perhatikan mutiara Firman Allah....

Abu Hurairah ra. berkata; Bersabda Baginda RasulAllah saw..Allah berfirman;

Apabila ' Aku ' menguji hambaKu yang beriman, kemudian ia tidak mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, maka Aku lepaskan ia dari ikatanKu dan Aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari yang asal, dan ia boleh memperbaharui amal, sebab yang lalu telah diampuni semua...

Diriwayatkan; Allah telah menurunkan wahyu kpd salah seorang NabiNya..Aku telah menurunkan ujian kpd seorang hambaKu, maka ia berdo'a, dan tetap Aku tangguh dan tunda permohonannya, akhirnya dia mengeluh, maka Aku berkata kpdnya; Hai hamba-Ku, bagaimana Aku akan melepaskan daripada Rahmat yang jesteru ujian itu mengandungi RAHMATKU..

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah : 45 - 46.." Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kyusyu', ( iaitu ) orang-orang yang meyaqini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya."

Anas r.a berkata " Tiada seorang berdoa, melainkan pasti diterima oleh Allah doanya, atau di hindarkan dpdnya bahaya, atau di ampunkan sebahagian dosanya, selama ia tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa, atau utk memutuskan silaturrahim"..

"Ud uni astajib lakum" Mohonlah padaKu, akan Ku perkenankannya..

Mudahan kita semua mendapat Keredhaan, Pertunjuk dan HidayahNya....Amin Ya Rabbal 'Alamin.wallahu'alam.

Rabu, 9 Disember 2009

Buat renungan para pencinta keTuhanan..

di atas IzinNya dan RahmatNya...Alhamdulillah syukur kita dengan segala ciptaan kurniaanNya..

maka izinkan saya susulkan sedikt pandangan buat kita merialisasikan menuju ketuhanan..

Jadi kan beberapa panduan ataupun bekalan semasa menujunya, selain dari kekuatan Ilmu itu sendiri..pentingnya :-

- Ketauhidan kita, yang pertama wajib meng-EsakanNya ( Allah rabbul Izzah )..
- Ikhlas, berusaha di tambah dengan keyakinan sungguh-sungguh...
- Sentiasa bersyukur atas segala nikmat KurniaanNya...
- Sabar dan berdo'a dalam matlamat hala tujunya..
- Tawakal, berserah..InsyAllah akan datang pertolongan dariNya..

Perkara sebegini sudahpun di lakukan oleh para-para Nabi terdahulu seperti Nabi Nuh a.s , Nabi Ibrahim Khalilullah, Nabi Musa Kalmullah, Nabi Isa a.s serta Baginda Junjungan Besar RasulAllah saw sendiri...

Mari kita ambil dan renungkan perkataan dari Syeikh Ar Rifa'i ( dalam kitab Jalan Rohani halaman 73 ( Syeikh Sa'id Hawwa ).. Sebenarnya tujuan akhir para ulama dan para sufi adalah satu. Ini perlu kami utarakan di sini, sebab beberapa ulama yg kurang faham selalu menghujat setiap orang dengan perkataan :" orang yg tidak memiliki Syeikh, maka syeikh nya adalah syaitan, ungkapan ini di lontarkan oleh seorang sufi yg berpropaganda untuk Syeikhnya yg alim atau di lontarkan oleh sufi yg keliru, yg tidak tahu bagaimana seharusnya ia mendudukkan tesawuf pada tempat sebenarnya.. Sebenarnya orang yg tidak memiliki syeikh adalah orang yang lari dari pendidikan dan tidak mahu belajar langsung..manusia semacam ini lah yg bersyeikh pada syaitan..sedang yg berjalan atas dasar Ilmu pengetahuan, itu bererti imam dan syeikhnya adalah Ilmu dan syariat".

dan lagi ada yg mengatakan bahawa yg tidak bersandarkan kpd para Syeikhnya Murshid maka amalan,zikirnya tertolak atau mudah menjadi sesat.. dan menurut penafsiran Prof. Ali Ash Shabuni dalam kitabnya Shawatut Tafaasir, surat Al Kahfi : 17 hal 185, Yang dimaksudkan (Waliyam Mursyada ) bukanlah seorang Syeikh pembimbing, melainkan Allah swt sendiri, DiaLah yg memberi bimbingan rohani, DiaLah yg menyesatkan org kafir, DiaLah yg menunjukkan jalan yg lurus..malah DiaLah segala-galaNya.. Allah Maha Agung, Maha dekat, Maha Besar.....

Buat renungan para pencinta keTuhanan..

" YANG MENGAJAR ( MANUSIA ) DENGAN PERANTARAAN QALAM. DIA MENGAJARKAN MANUSIA APA YANG TIDAK DI KETAHUINYA" (AL 'ALAQ : 4-5 ).

" DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH; ALLAH MENGAJARMU; ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU". ( AL BAQARAH : 282 ).

" ..BARANG SIAPA YANG DI BERI PERTUNJUK OLEH ALLAH,MAKA DIALAH YANG MENDAPAT PERTUNJUK. DAN BARANG SIAPA YANG DI SESATKANNYA, MAKA KAMU TIDAK AKAN MENDAPATKAN SEORANG PEMIMPIN PUN YANG DAPAT MEMBERI PERTUNJUK KEPADANYA " . ( AL KAHFI : 17 ).

" DAN JIKALAU TUHANMU MENGKEHENDAKI, TENTULAH BERIMAN SEMUA ORANG YANG DI MUKA BUMI SELURUHNYA. MAKA APAKAH KAMU (HENDAK) MEMAKSA MANUSIA SUPAYA MEREKA MENJADI ORANG-ORANG YANG BERIMAN SEMUANYA? DAN TIDAK ADA SEORANG PUN AKAN BERIMAN KECUALI DENGAN IZIN ALLAH". ( YUNUS : 99-100 ). dan banyak lagi yang perlu kita baca, faham, nampak dan rasa di atas Firman-FirmanNya.....

Pada posisi ini Allah menempatkan manusia dengan manusia sebagai teman saudara atau sahabat yang saling berkongsi ilmu dan pengalaman," Saling menasehati supaya mentaati kebenaran dan saling menasehati supaya menetapi kesabaran " ( Al 'Ashr : 3 )...... tidak ada sebagai Guru dan murid seperti ( dalam doktrin Hinduisme dlm konsep avathara (bethara guru) dlm Bhagavad Gita )..dan hampir saja kebanyakan terpengaruh serta terjebak dengan konsep ini yang menempatkan guru sebagi sesuatu yang sakral dan suci, dan apa pun yang dilakukan olehnya merupakan suatu kebenaran. (ketaksuban)

Sebenarnya hakikat bicara ini, tidak lain mengarahkan kita supaya mencari, menuntut dan mengkaji serta mendalami Ilmu yang telah Allah swt sediakan seperti Sabda RasulAllah saw " Menuntut Ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim "..dan lagi " Bahawasanya, tidur orang yang berilmu lebih baik daripada sembahyang orang yang jahil dan bodoh.".... dan banyak lagi..
jadi mengatakan Ilmu sebenarnya terlalu sedikit saja yang kita tahu berbanding Ilmu yang Allah sediakan ( Al Kahfi : 109 )

Wajib ke atas kita membekalkan diri dgn Ilmu, kerana ilmu adalah punca kpd segala perbuatan dan beramal tanpa ilmu adalah sia-sia..seterusnya Ilmu Allah terlalu luas dan dalam..ada pada Al Quran,Hadith sahih, ibu, bapa, ulama', petani, nelayan, guru, pelayan pejabat, prof., org buta,ahli perniagaan, laut, hutan, langit dan internet, buku kitab dll segala yang kita kenali,..bukan hanya mesti ada pada sang guru murshid sahaja..ini pandangan peribadi saya... dan FirmanNya " Maka bertanyalah kepada orang yang pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui. ( An Nahl : 43). tak adapun di sebut para Syeikh atau guru Murshid yang kita persepsi sendiri KeMurshidannya.

Sebagai yang di katakan hablum minannas (perhubungan sesama manusia ) kita akan memanggil dan mengenang ilmu yang di sampaikan oleh yang di sebut itu "guru"..dan tidak taksub kepadanya...

RasulAllah saw pernah bersabda " Ulama' mewarisi para Nabi"

CARILAH ILMU DI DALAM ILMU bak kata Sayidina Ali " Ini kerana, kadang kadang terdapat Ilmu yang jika terungkap Rahsianya, akan ada orang yang menuduh aku musyrik, serta menghalalkan jiwaku, kerana mereka menganggap perbuatan keji ( membunuh ) sebagai suatu amalan yang baik..

" Wattaqullah wayu'allimukumullah, wallahu bikulli syai in 'alim " . Dan bertaqwalah kpd Allah, Allah yang mengajarkan kamu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu ( Al Baqarah : 282 )..

Bahawa manusia harus menyedari atas Kekuasaan Ilahi yg di berikanNya keilmuan, kepandaian dll yg di miliki kita itu hanyalah milik Allah sebenarnya, yang akan di ambil kembali bila-bila masa ataupun tiba saatnya...

malu dgn sebenar malu terhadap Allah, tidak kepada makhluk, tunduk sebenar tunduk kpd Allah, bukan kpd makhluk..sentiasa ingat Allah, berkomunikasi dalam solatnya..dan berdailog melihat Al-Quran,..begitu juga dgn takut dan sebagainya, agar Syahadat kita benar-benar bererti dan mendapat keredhaanNya...hebatnya para-para sahabat berkorban, sanggup dlm kepayahan..demi yang mahu mereka hanyalah Allah dan Muhammad saw..

Kekhawatiran atas kesombongan serta riak manusia itu yg terkadangnya telah melupakan asal muasal yg di milikinya sehingga tidak menerima bahawa semuanya itu adalah haq Allah..memang benar hal sebegini rupa akan menjadi hambatan ataupun hijab baginya untuk menuju Allah swt.

Allah berfirman dengan tegasnya dalam bentuk nafiah ( peniadaan ) " Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk ".. ( Al Qashash : 56 )

..dan lagi FirmanNya " Barang siapa yang di beri petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barang siapa yang di sesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang yang dapat memberi petunjuk kepadanya..". ( Al Kahfi : 17 )..dan banyak lagi FirmanNya.. .

dengan demikian tepatlah seperti apa yang Baginda RasulAllah saw pernah bersabda " qul innama ana basharun mitslukum yuuha ilayya annama ilahukum ilahun waahid " katakanlah; Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang di wahyukan kepadaku. Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa ( Al Kahfi : 110 )...

Abu'l Qasim Ash Shaqli berkata " Perbezaan antara keadaan mengetahui ( 'alim ) perintah dan 'arif kpd Allah adalah bahawa org yg 'alim akan menyeru kita supaya menegakkan fardhu-fardhu serta memelihara hukuman, dll yg menuju kpd jalan ketaqwaan, sedangkan orang yg 'arif menyeru kpd rasa rendah diri, rasa malu, ikhlas dan pengawasan. Maka itu, si 'alim berada dalam keadaan takut dan gentar, sedangkan si 'arif pula berada dalam keadaan rindu dan cinta..

" Seorang 'alim memberi peringatan dengan ilmu dan adab. Sedangkan orang yg sebaliknya memberikan peringatan dengan pukulan dan marah "....

Salah satu tanda bahawa ia seorang yg arif bila ia tidak berubah dalam pujian mahupun kritikan orang, sebab yang di perhatikan hanya semata-mata hubungannya dengan Allah swt jua...

Andainya kita merasa enggan utk orang lain mengkritik akan kelemahan mahupun kesilapan kita, malah cuma mengharap pujian semata-mata,..sedarlah wahai sahabat dan saudaraku, perilaku sebegini sebenarnya tidak termasuk ciri-ciri ataupun akhlak dari orang-orang yang benar-benar ikhlas perhubungannya dengan Allah swt.

Sabda RasulAllah saw " Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah makmumnya."

Imam al Hasanul Basri berkata " Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadat. Dan beribadatlah tanpa melalaikan tuntutan mencari Ilmu..

.para iblis dan syaitan di anggap berjaya dalam misi mereka, andainya berhasil melalaikan kita dan manipulasikan alasan takut tersesat, sehingga kita lupa yg kita telah dan sedang tersesat, bila kita tidak berdzikir dan mengingati Allah..

Firman Allah swt " Maka apakah orang-orang yang di bukakan Allah hatinya untuk ( menerima ) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya ( sama dengan orang yang membatu hatinya ) ? Maka kecekalan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata ". ( Az Zumar : 22 )

Buat pencinta kerohanian mahupun salik dalam menuju Ketuhanan, jadikan wasiat dari Baginda RasulAllah saw buat pedoman dan panduan, yang di tinggalkan buat ummatnya di akhir zaman tidak akan tersesat selama-lamanya selagi berpegang pada dua ( KitabAllah dan Sunnahnya )..

InsyAllah dengan penuh keyaqinan resapkan di dalam dada kita mahupun jiwa..yang Allah tidak akan menyesatkan hamba-hambanya yang mahu mendekati dan mengenaliNya.

" Ingat takut dan dukacita..iho.. akan menjadi penghalang besar di dalam erti kemajuan hidup kita "...wallahu'alam

sebagai peringatan..

Diatas IzinNya dan RahmatNya..

Banyak manusia yang mudah tergelincir dik ujian dari Ilahi, tambah lagi soal aqidah dan agama, mungkin terjerumus ke dlm lingkaran dan lembah syahwat lagi dgn keinginannya sehingga hanyut dlm kesesatan...

Firman Allah swt " Dan di antara manusia ada yang berkata: " Kami beriman kepada Allah ", Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap ganguan ( fitnah ) itu seakan-akan siksaan dari Allah. Dan jika datang pertolongan dari Allah, mereka pasti berkata: Sesungguhnya kami beserta kalian ( kaum Mukmin )". Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia ? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang munafik". ( QS Al Ankabut : 10 - 11 )...

Baginda RasulAllah saw bersabda: " Barangsiapa menuntut ilmu dengan maksud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk bermujahadah dengan orang-orang jahil atau untuk menarik perhatian orang lain, maka dia akan masuk neraka". ..dan lagi..

" Setiap orang yang telah mendapat pertunjuk kemudian sesat di sebabkan suka berbantah-bantahan untuk mencari kemenangan dan bukan kebenaran, maka dia tidak akan mendapat keuntungan kecuali orang itu dilimpahi rahmat Allah sehingga dia bertaubat".

Firman Allah SWT " Katakanlah " Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-ngadakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui". (QS Al A'raaf: 33).

Baginda RasulAllah saw bersabda: " Barangsiapa menuntut ilmu dengan maksud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk bermujahadah dengan orang-orang jahil atau untuk menarik perhatian orang lain, maka dia akan masuk neraka". ..dan lagi..

Firman Allah " Wahai orang-orang beriman jika kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan bagimu Furqan ( pembeda )". (QS Al Anfaal : 29 )...yang di maksudkan dgn Furqan adalah cahaya yang dengannya InsyaAllah kita semua boleh membezakan antara Haq dan Bathil.

Jalan untuk beribadat kpd Allah.. itu banyak, sebanyak nafas makhluk.wallahu'alam..

Tahu, ada yg tak tahu..

Di atas IzinNya dan RahmatNya...

Kita semua di sini sebenarnya mahu kongsi pengalaman dan pengetahuan..ada yg kalian tahu, saya tidak tahu..

dan nasehat saya buat teman atau pencinta kerohanian semestinya pengajaran mahupun pembelajaran Ilmu Haqiqat harus melalui pada ilusi faham, nampak dan rasa (pengertian) yg berkesinambungan agar tidak di salah erti mahupun terjebak pada persepsi dan Khayalan semata-mata..tidak hanya di jadikan sebagai bahan renungan, bicara-bicara perlecehan dan keliru..apatah lagi hanya sekadar ingin tahu sahaja..Mudahan dengan apa sebejavascript:void(0)narnya (kalimat yg tersembunyi)?

Dengan IzinNya dan RahmatNya dapat kita mengawali setiap perjalanan Rohani yang lebih berkualiti dan sempurna setelah mengerti Dzat dan arah tujuan beragama kita, bukan bergelojak dalam alam retorika Ilmu Tauhid yg tidak ada habisnya..akan tetapi mari kita berusaha dan jalani sampai memasuki Haqiqat yang sebenarnya.. (pengalaman langsung) "Man Lam Yadzuq Lam Yadri " Siapa yang tidak rasa tidak tahu..

Lihat dan perhatikan yang menggerakkan denyutan jantung kita, jangan di lihat pada jantungnya sahaja, tetapi yang menggerakkannya, Ia yang hidup, Ia amat dekat..malah lebih dekat dari jantung kita sendiri..Maha Suci Ya Allah..Pujian sebenar hanya PadaMu Ya Allah..Tiada Tuhan Melainkan Allah..dan Maha BesarMu Ya Allah....

Firman Allah " Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagaimana jalannya awan." ( An Naml:88)..

Di dalam Al Quran banyak terdapat Firman-FirmanNya yang mendorongkan ummatnya untuk melakukan intizhar( penelitian / memperhatikan ) dalam diri mahupun alam semesta dengan menggunakan gerak Kurniaan serta anugerahNya pada kita iaitu Aqal fikiran dan perkara-perkara ini tidak semestinya perlu tunjuk ajar serta bantuan para Sheikh Murshid mahupun guru dari langit..contoh rujukan FirmanNya itu tadi;

(Al Mukminun : 12), ( Ali Imran: 191), (An Nahl:11-12), (Yunus: 101), (Al Ghasiyah : 17-20) dan banyak lagi..sila perhatikan..

Ketika kita di kuliah bidang atau jurusan Kedokteran misalnya.. yang pertama kita terima bukan pangkat atau status sebagai Dokter lagi..akan tetapi kita akan perolehi pelajaran bagaimana kita memperhatikan gejala-gejala yg terjadi pada anatomi manusia, misalnya detak jantung, saluran pernafasan, sistem saraf, fungsinya dll.

Jelas disini melalui Al Quran, Allah menanamkan pada ummatnya manusia agar menjadi manusia yg mahu berfikir( Afala tatafakkarun)..beraqal..(Afala ta'qilun)..dan meneliti (Afala tandzurun)..maka kesimpulannya berfikir itu merupakan jalan yang utk mengetahui lebih jauh,luas dan dalam lagi..Oleh kerana itu Wahyu yang pertama di turunkan Allah melalui Malaikat Jibrail yang di mulai dengan kata "(Iqra')" Baca..dengan perintah Ilahi ialah melihat kejadian atau proses awal penciptaan manusia!!! Bacalah dengan nama Tuhanmu ..yang menciptakan manusia dari segumpal darah...dan ini adalah kebenaran.. yang dengan tegas Nabi Muhammad mengatakan tidak tahu membaca, kerana mengira perintah membaca adalah membaca pada huruf-huruf hijaiyyah atau tulisan..kerana beliau (ummi)..beliau menyedari hal ini sehingga Malaikat Jibrail menyampaikan wahyu yang di susupkan ke dalam hati sanubarinya yang bukan berupa suara mahupun huruf ( Laa Shatun wa laa harfun)..

Nabi Muhammad membaca Al Quran bukan kerana beliau pandai membacanya huruf-huruf hijaiyyah, akan tetapi Ia di bacakan Oleh Allah ("Sanuqriuka falaa tansa ") sehingga beliau tidak akan lupa selama-lamanya..sedangkan Firman Allah swt ataupun bahasaNya bukanlah berupa tulisan dan bukan berupa suara ( Laisa kamistilhi syai'un, tidak serupa dengan makhluknya)..

Bukannya menghina dan memandang rendah tetapi jesteru mengangkat darjat Baginda RasulAllah saw yg seorang ( ummi ) itu bukanlah bodoh dan jahil, sebab selama ini kita sering terjebak dengan kata "membaca" dengan pengertian yang terlalu sempit dan sombong..

Dan padamu Wahai RasulAllah saw ia begitu ajaib atas pemerliharaan Allah padamu mudahan Selawat dan Salam Hormatnya kami sentiasa ingat dan ucapkan....

Hari ini mereka-mereka ini mendapat penghargaan yg tinggi dgn pencapaian Ilmu seperti Ibnu Sina, Al Razi, Ishak Yuda, Haly Abbas, Abiruni, Albert Enstein, Thomas Alfa Edison, Archimides dll termasuk para Imam Besar, Ulama', Sheikh, Murabbi, Kiyai, ustadz ataupun guru dll.

Saidina Omar Ibni Khatab merupakan salah satu Sahabat Nabi yg memiliki kekuatan Batin dan mampu membaca rahsia ghaib atau dalam bahasa Tesawufnya di sebut (Mukasyaf) / Muhadatsun..Hadith RasulAllah saw " Di antara umat-umat sebelum kalian telah ada "Muhadatsun", kalau adapun seorang dialah Omar Ibni Khatab..

"Percayalah dengan firasat orang Mu'min, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah." ( HR, At Tirmidzi).

Mudahan kita semua di beri Pertunjuk dan HidayahNya..Amin.

suatu ketika..

Di atas IzinNya dan RahmatNya...

Suatu ketika seorang Kiyai berada sebelah dgn seorang paderi di dalam sebuah keretapi menuju ke Palembang..dan kebetulan si kiyai pun berkenalan dgn paderi itu..secara tidak langsung fahamilah mereka akan peranan dan tanggung jawab masing-masing..semasa dalam perjalanan itu paderi berkenaan cuba memperlekehkan si kiayi dengan berkongsi bekalan yang di bawanya ( masakan khinzir ) dan si kiayi ini menolak dengan cara hormat..mengatakan, kami umat Islam tak boleh makan jenis makanan itu..Wah!! paderi itu ketawa sambil mengatakan " Allah kamu yg menjadikan nya (khinzir), masakan kamu tidak boleh makan..apa punya agama ini ? kiyai tersenyum tanpa menjawap apa-apa.. dan kebetulan sikiyai ini hampir sampai ke destininya lalu si kiyai memberitahu dgn paderi itu " sekejap lagi saya sudah mahu turun dan tulong sampaikan salam pada isterinya paderi itu..terus paderi itu berkata kami paderi mana boleh kahwin dan ada isteri...kiyai tersenyum sahaja dengan mengatakan rugi besar dalam agama kamu tidak boleh kahwin...paderi hanya tunduk malu dengan hujah kiyai ini...

kesimpulannya " biar hujah di jawab / balas secara hujah, dan ilmu di jawab secara ilmu "

Isnin, 7 Disember 2009

ma'rifatullah

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya...

Membincangkan hal berkaitan sifat-sifat yang wajib bagi Allah ( tauhid ) IzinNya dan RahmatNya akan membawa kita ke satu definasi pengertian ma'rifatullah..saya kagum dengan anugerah Ilahi pada sesiapa pun dalam membicarakan ilmu -ilmu tersebut...syukur kita..mudahan dapat kongsi bersama

Mungkin ada yang tahu dan keberangkalian juga masih ada yang belum mengerti..namun ma'rifat pada sifat nya sahaja bukan tujuan akhir perjalanannya, malah ia baru mencapai gerbang pertama dlm mengerti perlaksanaan Addiin yang haqiqi...

Ilmu tesawuf adalah ilmu rasa, ilmu shu'ur dan dzawq..iho alangkah sukarnya menimbang rasa, sehingga terkadang laksana menjaring angin, terasa ada tampak tidak...

Mari kita renung dengan FirmanNya " Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan kecuali " Aku ", maka sembahlah " Aku " ( At Thoha : 14 )..

Kita di perintahkan menghadap terus kpd " pribadiNya " ( Dzat wajibal wujud ) bukan lagi sifat, asma dan Af'alNya..seperti firmanNya." Sesungguhnya aku menghadap diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan ". ( Al An'am : 79 )..

Banyak orang membicarakan makrifah serta berusaha mencari ilmunya..tetapi tak ramai orang yang berusaha mencari Ilmu di dalam IlmuNya..

Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya,..hingga setiap kali pertanyaan dari dalam terlontar keluar " Di manakah Allah", Maka Allah sudah memberi jawapannya pada diri kita melalui WahyuNya pada Baginda RasulAllah saw,..FirmanNya " Aku ini dekat ", kemudian jawapan itu meningkat lagi pada " Aku lebih dekat dari urat leher kalian " jawapan-jawapan tersebut menunjukkan Allah tidak bisa di lihat hanya dari satu dimensi saja, tetapi Allah merupakan Kesempurnaan wujudNya mengikut FirmanNya dalam ( Surah Thoha : 14 ) " Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan kecuali " Aku ", maka sembahlah " Aku ".

Baiklah ayat di atas menyebut " keperibadianNya " atau Dzat Allah, kalimat " sembahlah Aku " ..jadi kita di perintahkan menghadap kepada Dzat yang maha mutlak..benarkan! mari kita kedalam sikit ikuti FirmanNya didalam surah ( Al Fushshilaat : 54 ) " Allah meliputi segala sesuatu ", di dalam kitab Tafsir Jalalain dan Sofwatut Tafasir di tafsirkan sebagai " Ilmu atau KekuasaanNya yang meliputi segala sesuatu, bukan DzatNya yang tetapi sebenarnya adalah kesempurnaan Dzat, sifat, asma dan af'al...andai di katakan pada sifat saja yang meliputi segala sesuatu, maka akan timbul pertanyaan dan lontaran dari dalam " kepada siapa dan apa pula kita menghadap ? Dzat atau sifat ? dan sekiranya sifat Allah sebagai objek peribadatan kita..maka kita telahpun tersesat, sebab sifat, asma dan perbuatan Allah bukanlah sosok Dzat yang Maha Mutlak itu sendiri..

Sifat, asma dan af'al, secara relatif bisa kita fahami dan merasai di atas IzinNya dan RahmatNya " pengertian " maknanya, akan tetapi " Dzat " adalah realiti kebenaran yang mutlak dan Haq.. tidak bisa di persepsikan dengan fikiran dan untuk memahami dan merasaiNya secara haqiqi harus memfanakan diri, iaitu memahami dan merasai keberadaan makhluk adalah tiada......FirmanNya ( QS Al A'raaf : 143 ). Amin..

Mudahan penerangan ilmu dari Tuan-Tuan sekelian akan dapat membantu seperti saya, sahabat serta saudara muslim khususnya, bagi berminat, mempelajari, memahami ilmu Tauhid sifat 20 ini dengan mudah dan berkesan..tidak menyulitkan dengan fahaman yang berbeza...

Kuliah dan Ilmu dari sifat 20, mahupun sifat-sifat Tuhan memang wajib untuk di pelajari serta di kaji..bukanlah semudah itu untuk mengenali yang bernama Allah..nama bagi Dzat wajibal wujud tidak kerana dengan satu kerana..
maka perlulah pembimbing yang berilmu untuk menyatakan haqiqat kebenaranNya...

Dzat tidak bisa di persepsi dgn apa jua kaedah ilmuNya..namun berhenti setakat hakikat huruf dan sifat, asma mahupun Af'al belum tentu kemananya??

Hakikat huruf ' alif ' dan seterusnya ialah noktah, hakikat noktah ialah dakwat ( cecair ), hakikat cecair dari debuan..jika kita melihat dakwat, huruf hilang..dan jika kita melihat huruf, dakwatnya pula hilang...

Hairankah kita sekiranya gelanggang ini kerapkali masuk tukang penipu...dia lebih mudah di kotori, kerana jika malaikat makhluk yang ghaib, syaitan pun ghaib juga..

dalam kesedaran kita pernah mendengar yang iblis tidak boleh menyerupai ( Muhammad )..selain itu bisa ia...seperti di cari-cari batinnya ADAM di mana??..

" Man lam yadzawq lam yadri " siapa yang tak rasa tak tahu....

..tetapi " DZAT " adalah realiti mutlak, dan untuk memahamiNya secara haqiqat kita harus mampu berserah diri, keyakinan tinggi, kesedaran haqiqi dan memfanakan diri, iaitu mengerti dan merasai bahawa keberadaan makhluk adalah " tiada ".... perhati dan renungkanlah sambil memohon doa agar di beri petunjukNya dan HidayahNya dalam FirmanNya ( Al A'raaf : 143 )...Amin.

Mudahan terbuka mata kita dari ketidaktahuan akan Dzat..Ianya meliputi sifat, sifat menyertai nama, nama menandai af'al..

Berkata Syeikh Ahmad bin 'Athaillah dalam Al Hikam " Tiada sesuatu yang menghijab engkau dari Allah, tetapi yang menghijab engkau adalah persangkaanmu tentang adanya sesuatu di samping Allah, sebab segala sesuatu selain dari Allah itu pada haqiqatnya tidak maujud ( tidak ada ), sebab yang wajib ada hanya Allah, sedang yang lainnya terserah kepada belas kasihan Allah untuk di adakan atau di tiadakan "..

Kita hanyalah saksi ( syahid ) atas Pekerjaan Allah yang Maha Sempurna..dan kita juga hanya diam terpaku dalam Kesibukan Allah ( Af'alullah )..Allah yang Mengajar kita, Allah yang Mengatur serta Mencipta Segala-galaNya... ( QS An Nahl : 78 )..

Mudahan mendapat Pertunjuk serta HidayahNya..Wallahu'alam..

Perumpamaan

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur dengan segala penciptaanNya....

Apabila Tuhan membukakan bagimu suatu jalan untuk makrifat (mengenal padaNya), maka jangan menghiraukan soal amalmu yang masih sedikit, sebab Tuhan tidak membukakan bagimu, melainkan Ia akan memperkenalkan kepadamu.Tidakkah kau ketahui bahawa makrifat itu semata-mata pemberian KurniaNya kepadamu, sedangkan amal perbuatanmu hanya hadiah dpdmu, maka di manakah letaknya perbandingannya antara hadiahmu dgn Kurniaan Allah kepadamu ??.

Iho..mari kita renung akan peristiwa berupa perumpamaan, betapa Kuasanya Allah swt..

Saidina Umar Al-Khattab r.a, sendiri pernah memohon do'a agar beliau mendapat syahid, menghembuskan nafas yg terakhir di tanah Madinah dengan berdo'a " Ya Allah, kurniakanlah daku kesyahidan di jalan-Mu, dan jadikanlah kematian menimpaku tatkala aku berada di Kota Rasul-Mu "..

zahirnya Saidina Umar Al-Khattab r.a pernah memohon suatu perkara yg sukar di perolehi secara serentak, kerana beliau tinggal di Madinah, jauh dari golongan penyembah berhala dan musuh-musuh Islam, demikian juga jauh dari medan peperangan malah di tempat syaitan tidak dpt memerintah, dengan keadaan sebegitu rupa.. di kala itu utk berhajat mati sebagai syahid amatlah tipis sekali...

Begitu Ketentuan serta Kebesaran Ilahi inginkan sesuatu utk berlaku, Allah jadikan dan menyediakan jalan baginya, di tengah-tengah para Sahabat yg sdg mendirikan solat di dlm masjid, tiba-tiba di kejutkan dgn satu keadaan yg begitu trajis, maka di atas izinNya dan RahmatNya, Saidina Umar r.a telah menjadi serta mendapat syahid, beliau telah dibunuh dgn kejamnya oleh seorang kafir bernama Abu Lukluk..

Terkabul juga hajat serta permohonan ikhlas darinya kepada Allah swt Maha Pencipta segala-galanya..namun haqiqat kejadian ini juga berupa perumpamaan yg Allah swt jadikan buat kita ummat akhir zaman untuk menilai dan memikirkannya..

Kelebihan dan keistimewaan ciptaan Allah jadikan Nabi Adam a.s. dari dzahir dan batin memang teramat menakjubkan..tiada siapapun di atas muka bumi ini boleh pertikaikan KekuasaanNya,..betapa hebat Engkau Ya Allah Dzat Maha Mencipta segala sesuatu..

Begitu juga..melewati sirah Nabi Adam a.s., iblis dan yang berkenaan itu juga boleh di jadikan sebagai perumpamaan serta hikmahnya buat kita, kerana dengan terjadinya peristiwa perlanggaraan perintah Allah, Nabi Adam dan Hawa di perintah turun ke bumi.. andai tidak terjadi peristiwa itu, di manakah kita sekarang ini....?? Banyak persoalan di sini yg tidak terjawab..begitulah kerana dengan kemiskinan dan kekerdilan tahap Ilmu pemikiran kita..melainkan KeAgungan Dzat yang Maha Mengetahui segala-galanya...

Firman Allah swt " Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: " Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan ? ". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang di sesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu ( pula ) banyak orang yang di beri-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang di sesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik ". ( QS Al Baqarah :26 )..

kita janganlah jadi seperti perumpamaan yg Allah Firmankan di dalam surah Al Baqarah..Nabi Musa menerima banyak persoalan dari kaumnya yg cuba mengikari atas perintah Allah dalam peristiwa / kisah penyembelihan safi betina ??

tetapi banyak pertanyaan berunsur ilmiah itu di galakan buat kita berfikir, merenung kebesaran Ilahi...contohnya sedikit perumpamaan yg Allah ciptakan seekor lembu tenusu yg mengeluarkan susu hari-hari apabila di sembelih, kemana hilangnya susu tersebut ?? tidakkah keyakinan dgn IlmuNya dapat merungkai kejadian / perumpamaan tersebut..dan banyak lagi kehebatan Allah jadikan buat kita untuk di renungi bersama ??

Pernahkah kita memikir serta memerhati bagaimana Allah mengajar kita " membaca " dgn melihat suatu perumpamaan iaitu kejadian penciptaan manusia ?? mulai dari bentuk mudhghah hingga menjadi bentuk manusia sempurna..dan sekiranya kita meneliti atas proses kejadian itu lalu kita sampaikan kpd org lain, maka secara tidak langsung kita telah memberi pengajaran mengenai pengertian ataupun sebuah ilmu yg berasal dari Allah swt...

dan sekiranya kita mendalami dan khususkan penelitian atas peristiwa kelahiran manusia yg berupa misteri contohnya ovum yg bergerak maju ke ruang peranakan, terus berjalan hingga ke hujung saluran indung telur, iaitu satu pipa saluran menuju kandungan sehingga ovum tadi siap di buahi, muncullah zigote, janin, bayi dan seterusnya tanya pada Dr. / Pakar yg selayaknya...

Ini baru proses awal, dan sebagainya hingga proses selama sembilan bulan dalam kandungan..Subhanallah, ternyata kita sebenarnya sebagai saksi atas Af'al Allah yang Maha Hebat dan mudah di cerna oleh sesiapa saja yang mahu " berfikir " ( QS Al Mu'minun 12 - 14 )

Maha Besar Allah, yg telah memberikan landasan bagi manusia untuk menguak sistem dan proses lahirnya manusia baru, sekali gus sebagai landasan untuk mempelajari dan menghasilkan sebuah pengertian iaitu " Ilmu "..

mari kita simpulkan kata-kata Prof. Dr. A. Baiquni dlm buku Islam dan Ilmu pengetahuan " Ilmu pengetahuan adalah himpunan pengetahuan manusia yg di kumpulkan melalui proses pengkajian dan di terima oleh rasio, ertinya dpt di nalar, Jadi, kita dpt mengatakan bahawa sains adalah himpunan rasionalis kolektif insani "..

Jangan kita menilai kepada perkara yang tidak bernilai dan melupakan nilai kepada perkara yang bernilai..kerana akhirnya kita terlena di buai mimpi dan angan-angan yang panjang....

Kebanyakan kita manusia biasa, hanya nampak air hujan ( kejadian Ilahi ) bukan ada hari-hari pun, tapi dalam ketidaksedaran kita lupa pada setiap titisan air embun yang juga Allah ciptakan setiap malam turunnya ia ke bumi..SubhanaAllah.. Dzat Yang Maha Mengetahui segala-galanya..

Firman Allah " Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagaimana jalannya awan." ( An Naml:88)..

Demikian semuga Allah swt menuntun hati kita.. dan mudahan kita diberi petunjuk dan hidayahNya atas ilmu-ilmuNya yang tersembunyi maknanya.. Amin..wallahu'alam.

Ahad, 6 Disember 2009

ikhlaskah ibadat kita..

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur di atas segala nikmat KurniaanNya...

Pernah di dlm satu riwayat menceritakan kisah " perjalanan Nabi Allah Isa as. "..beliau telah bertemu dgn kelompok manusia yg ramai sdg beribadat..lalu di tanya " apakah tujuan kalian beribadat ", jawab mereka " Kerana kami takut akan neraka, sebab kami di gambarkan dgn siksaan serta azab dengan nerakaNya.. " Jawab Nabi Isa as., " Allah memiliki hakNya untuk menyelamat kalian dari apa yang ditakuti."

Nabi Isa as. terus berjalan dan bertemu pula dengan sekelompok manusia yang banyak sedang beribadah lebih khusyuk berbanding kelompok sebelumnya. Dia pun mengulangi persoalan yang sama, . Mereka menjawab kami merindui syurga dan apa-apa yang disediakan di dalamnya untuk para waliNya. Jawab Nabi Isa as. " Allah memiliki hakNya untuk memberikan apa yang kalian harapkan itu ".

Seterusnya Nabi Isa as. melanjutkan perjalanannya dan menemui sekelompok lagi manusia yang sangat sedikit, pun sedang beribadah juga. Diulangi lagi persoalan yg sama seperti sebelumnya. Jawab mereka kami menyembahNya tidak kerana takut nerakaNya dan tidak pula kerana rindukan syurgaNya melainkan hanya kerana cinta, kasih dan rindu yg teramat dan mengagungkanNya atas keAngunganNya. Kata Nabi Isa as. " Kalian adalah sungguh-sungguh wali Allah ". Bersama kalian aku diperintahkan untuk tinggal bersama."

Dinukilkan dari Wahb bin Munabih, sesungguhnya dlm kitab Zabur mengatakan bahawa Allah swt berfirman, " Dan siapakah yg lebih dzalim dpd seseorang yg menyembah Aku kerana syurga atau neraka ?? Seandainya Aku tidak menciptakan syurga dan neraka, tidakkah Aku patut untuk di sembah dan di taati kerana Ketuhanan-Ku "....Maha Suci Allah, Pujian hanya bagiMu ya Allah dan Allah Maha Besar.

Syeikh Ahmad bin 'Athaillah di dalam Al Hikam menyebutkan bahawa " Tiada sesuatu benda yang menghijab engkau dari Allah, tetapi yang menghijab engkau adalah prasangkamu tentang adanya sesuatu di samping Allah, sebab segala sesuatu selain Allah itu pada haqiqatnya tiada maujud ( tidak ada ), sebab yang wajib ada hanya Allah, sedang yang lainnya terserah kepada belas kasihan Allah untuk di adakan atau di tiadakan "

Akhir kata buat renungan sesama kita " Tujuan dari agama dan Ilmu yang benar hanyalah satu,iaitu menuju mendekati kebenaran yang mutlak..Ilmu untuk mengetahuinya dan agama untuk merasainya.. mudahan kita di beri Pertunjuk dan HidayahNya..Amin..wallahu'alam...

Dzikir lah

Di atas IzinNya dan RahmatNya...

Banyak nas yg mengungkapkan menfaat dzikir, dan perintah melaksanakannya, dengan tegas dan muhkamat..dan dzikir merupakan kunci dan ruhnya setiap peribadatan tidak kira samada berdzikir dengan lidah,aqal, qalbi, pancaindera, Ruh, Sirr ke dan sewaktu dengannya, semuanya Allah lebih Mengetahui akan keikhlasan, kesungguhan, cara dan kaedah untuk mengingatiNya ( Dzikir ) kerana semuanya yang berlaku sebenar-benarnya adalah kerana Di atas IzinNya dan RahmatNya...

pada saya kemuncak dzikir bukan lagi menjadi kiraan-kiraan tertentu atau mentera-mentera suci mahupun kalimah-kalimah Haq dan bertempat-tempat, tetapi haqiqatnya merasai..informasi ini bukan lagi khayalan mahupun ilusi, tetapi pengertian pada sebuah kenyataan yang mampu di rasakan itupun di atas IzinNya dan RahmatNya..bukan untuk di perdebatkan kerana hal ini sebuah rasa yang mesti di masuki..

Dzikir pun kadang-kala boleh jadi kelam kabut bila asyik nak mengejar bilangan dzikir...kononnya nak capai maksud tertentu. Setahunya dzikir itu dilakukan dengan tenang, Kualiti mengatasi kuantiti.. Biar lambat asalkan sempurna. Ikut kemampuan bukan kemahuan demi mendapatkan KeredhaanNya..

Firman Allah swt " Iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ) ; Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. " ( QS Ali Imran : 191 )..

Baginda RasulAllah saw pernah mengajarkan kepada Muadz bin Jabbal: " Allahumma 'ainni 'ala dzikrika, wa syukrika, wa husni 'ibadatika " Ya Allah ajar aku berzikir kepadaMu, ajari aku bersyukur kepadaMu, dan ajari aku beribadah kepadaMu " . (HR Shahih, Buqhari Muslim).

Sebenarnya Allah tidak akan menyesatkan hamba-hambaNya yang mahu menuju kepadaNya..Yaqinlah..dengan syarat bersungguh-sungguh..FirmanNya " Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya." ( Al Insyiqaaq : 6 ).

..emm, bukan janji kita , tapi janjiNya..Allah Maha Suci....

" Jangan berhenti pada pandang dan tilik untuk setiap denyutan mahupun degupan jantung kita tapi teruskan merasai pada yang sedang menggerakkan denyutan jantung mahupun qalb itu, Ia amat dekat dan lebih dekat lagi dari (hati bagi hati) ke ??, atau apa istilahnya semahu hati "...

Wahai sahabatku, Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir..

Sungguh sederhana cara Allah mengajari kita sabagai hambanya untuk baik dan mengingatiNya..kita hanya di suruh terus berdzikir, baik pagi, petang, dalam keadaan berdiri, duduk, baring dsb..

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah swt berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari...

Informasi sebegini bukan lagi sebuah khayalan ilusi mahupun angan-angan panjang, tetapi sebuah pengertian dan kebenaran mutlak yang mampu di rasakan di atas izinNya dan RahmatNya..

Maka wahai saudara serta sahabatku, fahamilah, nampak dan rasailah bahawa dzikir merupakan kunci dan sekaligus ruhnya setiap peribadatan kita.

Tidak dapat di nafikan, bukan lagi untuk di perdebatkan..kerana hal sebegini merupakan sebuah rasa yang mesti di lalui dan di masuki.. selamat mencuba dan bukan sekadar berbicara, InsyAllah..mudahan mendapat pertunjuk dan hidayahNya..

kenali diri

Di atas IzinNya dan RahmatNya...

Hampir jarang manusia menyedari akan diri, sebenarnya sangat luas, akan tetapi kesedaran ini telah lama bermain-main serta menyulitkan, sehingga menyesatkan fikiran kita yang menganggap bahawa diri kita sebatas apa yang tergambar secara qasad mata memandang dan menilainya...

Nafs itu ada beberapa maknanya,...memiliki pancaindera, berkaitan hawa, sentiasa cenderung kepada asal muasal kejadiannya iaitu saripati tanah ( Al Mukminun : 12 )..ketika kekurangan energinya atau kekurangan unsur-unsur asalnya, maka ia segera akan mencari atau secara naluri ia akan berkata saya lapar..saya dahaga...

Qalb, Nafs ( jiwa & fisik ) berlainan dengan Ruh..kerana kejadian Ruh tiada siapa pun tahu, para iblis, malaikat juga tidak tahu, dan pada mulanya menjadi hairan apakah gerangan manusia itu sebaik-baik kejadian..Ruh bukan tercipta dari unsur alam mahupun sama dengan jin atau malaikat..Rahsia Ruh ini Allah tegaskan seperti FirmanNya ( Al Isra' : 85 )..dan lagi ( Al Hijr : 28-29 )...

Ruh adalah rahsia Tuhan yang di tiupkan kepada Nafs ( jiwa atau badan )..Ruh ini biasa menyebut dirinya " aku "..aku naik saksi, aku solat, aku berpuasa, aku membayar fitrah, aku mengerjakan Haji,,,aku..aku..aku tahu kebohongan dirinya, aku tidak tidur, aku tahu kemunafikan dirinya, aku tahu keegoan, kekafiran dirinya, rasa kebencian dirinya, kerinduan dirinya, aku sentiasa sedar dll...

Mengapa demikian..?? " aku " tidak pernah mengikuti kehendak nafsunya, tidak pernah berkompromi langsung malah menyetujuinya.." aku " datang dari Hadrat Ilahi dan akan kembali kepadaNya " Inna lillahi wainna ilahi raji'un "...

Bicara sebegini rupa semestinya bukan sekadar dari ilusi mahupun kesimpulan-kesimpulan intelektual semata-mata, tetapi mesti merasainya, keberadaan maqhluk adalah " tiada "...bukan setakat gunung hancur luluh, malah Nabi Musa pun jatuh pengsan.. ( Al A'raaf : 143 ),...apatah lagi kita, haqiqat kebenaran pasti semua di atas IzinNya dan RahmatNya....

Sebenarnya Allah tidak akan menyesatkan hamba-hambaNya yang mahu menuju kepadaNya..Yaqinlah..dengan syarat bersungguh-sungguh..FirmanNya " Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya." ( Al Insyiqaaq : 6 ).

Mari kita memerhati dan berfikir akan FirmanNya ( Al Dzaariyaat : 21 ) dan ( Al Qiyaamah : 14 )..

Kesedaran awal ialah tubuh kita di perbuat dari unsur-unsur alam ( tanah ) asal kejadian Nabi Adam as sehingga sempurna, barulah di tiupkan Ruh ( ciptaanKu )...dan selepas itu turunnya sampailah ke generasi seterusnya ( Al Hijr 28 - 29 )...

saya bahasakan ruh itu sebagai daya hidup maksudnya satu prinsip aktif yg menyebabkan tubuh bergerak, dan apabila daya hidup ini tiada lagi, maka tubuh kita juga tidak mampu bergerak lagi...

Mari kita cuba praktikkan satu keadaan, dimana semasa kita berada di ruangan panas atau sejuk..pertanyaannya tahukah ruangan panas itu dirinya panas ?? tahukah ruangan dingin itu dirinya sejuk ?? jawabnya tidak tahu, untuk mengetahui (merasai) bahawa dirinya panas mahupun sejuk sudah semesti adanya ruh..yang memberi informasi bahawa dirinya panas ataupun sejuk..

Itulah " aku " yang hidup, aktif ( Ruhani sejati ), tidak pernah tidur..bukan yang kepanasan mahupun kesejukan tadi..dan bukannya yang sakit atau tersiksa..Maha hebat dan sempurna ciptaanMu ya Allah..ya Rahman..ya Rahim.

Ilmu yang di dalam ilmunya ( faham, nampak dan rasa ) andainya kita dapat meninggalkan badan wadaq tadi ( mati )..apakah melalui solat, mampukah kita mencapai seperti apa yg Baginda RasulAllah saw pernah bersabda " Asshalatu Mi'raajul Mukminin ", maka yaqinlah dgn kesempurnaan yaqin wahai saudara dan sahabatku semuanya di atas IzinNya dan RahmatNya...

" Inna lillahi wa inna illahi raaji'un " Sesungguhnya dpd Allah aku datang dan kpd Allah aku kembali..

Bagi yang kurang memahami sila lah berbicara / bertanya pada yang lebih berilmu samada Ustadz / Guru dll...

Sememangnya kita di tuntut untuk mengenal Allah, langsung terungkap bicara Ilmu mengenal diri, ada yang tahu di atas IzinNya dan RahmatNya..dan banyak yang belum mengerti jadinya..

banyaklah persoalan demi persoalan yang terbit mengenai asal usul kejadian diri..

Istilah qalb di dalam Al Quran di sebut sebanyak 132 kali..Ia berbolak balik di antara dua jari, Iman tumbuh dan bersemayam di dalam hati..

Tetapi, dalam hati juga terbitnya kemunafikan, kemungkaran mahupun kemaksiatan..banyak Firman Allah swt dan Hadith mengenainya di nyatakan di antaranya " Apakah mereka tidak merenungkan isi Al Quran ? atau adakah hati mereka yang terkunci ? " ( QS. Muhammad : 24 )..dan lagi,

" Tidak dapat memuat Dzat-Ku bumi dan langit-Ku, kecuali ' hati ' hamba-Ku yang mukmin lunak dan tenang " ( HR. Abu Dawud )..

Mari kita merenung, memerhati hati kita yg sdg berbaring tidak berdaya..masuk lagi kedalamnya..wah di situ juga ada hembusan iblis dan bisikan syaitan yg halus, ghaib sdg memberi nasehat dan jalan menuju kemungkaran,apatah lagi bersekongkol dgn nafsu menuju kehancuran tidak kira semasa kita bertaharah, berwuduk, solat, dzikir dll...diri kita tetap sedar dan sedar utk melawannya habis-habisan, namun kekuatan yg di anugerahkan Allah swt pada makhluk itu tak dapat kita tandinginya walaupun bergelar sebaik-baik kejadian...

Mereka itu mampu meresap ke dlm fikiran, melalui aliran darah, menembusi ruang dan waktu..mereka tidak pernah jemu menghasut, menyesatkan kita meskipun kita juga tidak pernah putus asa dan tetap berusaha menangkis, melawan tetap melawan, namun gagal dan kecundang jua akhirnya..kesedaran telah di perakui yang makhluk ini bukanlah tandingan kita..maka berserahlah diri pada yg Esa, yg akhir tujuan jadilah diri itu binasa..

Bicara keberangkalian mudah, melaksanakannya perlu pengorbanan di atas usaha yg bersungguh-sungguh seperti FirmanNya ( Al Insyiqaaq : 6 )

dan pada menyatakan Kebenaran Al Quran itu sendiri menanamkan sifat manusia untuk menjadi manusia berfikir akan anugerahNya ( afala tatafakkarun ).., menggunakan Aqal ( afala ta'qilun ) dan meneliti ( afala tandzurun )..bahkan Berfikir itu lebih baik dari ibadah seribu rakaat ( Al Hadith ).

sebab ilmu-ilmu pengetahuan bersifat nisbi ( berubah-ubah ),..akan tetapi berpikir merupakan jalan untuk mengetahui lebih jauh dan dalam lagi dari apa yg di perolehi sekarang..

SIAPAKAH KITA? DARI MANA? SEKARANG BERADA DI MANA? AKAN KE MANA?

Kita hanyalah saksi ( syahid ) atas Pekerjaan Allah yang Maha Sempurna..dan kita juga hanya diam terpaku dalam Kesibukan Allah ( Af'alullah )..Allah yang Mengajar kita, Allah yang Mengatur serta Mencipta Segala-galaNya... ( QS An Nahl : 78 )..


Maka Allah jua menjadi Maha Pembimbing bagi diri kita, petunjukNya melebihi segala,..kerana dalam keadaan tidak terdaya itu, kita telah di peringatkan Allah dalam FirmanNya.." dan ( juga ) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan ? " ( QS Adz Dzaariyaat : 21 )..

Carilah " aku " yang tidak tidur di kala diri kita tidur, tidak lalai di kala diri kita sdg lalai, " aku " ini jujur dan mengetahui kebohongan hati,.. khusyu', tawadhu', tidak pernah sama sekali berkompromi dgn makhluk iblis, jin dan syaitan..kedudukannya tinggi melewati Iblis, Jin mahupun syaitan, sehingga mereka tidak dapat menembusinya, jauh sekali menggodanya..

" Siapa ( aku ) " itu yang menjadi permulaan perjalanan mencari dan mengenal Allah swt Dzat wajibal wujud tidak di kerana dgn satu kerana, susulan dari itu banyak persoalan yang timbul dan tidak terjawab ? dan ini banyak terjadi kepada pencinta-pencinta Ketuhanan!

Demikian jadilah NURANI..iblis tidak ada disini, kerana nurani adalah utusan yang di tiupkan oleh Ilahi, yang dilindungi oleh sinarNya.Itu sebabnya mengapa Allah BerFirman bahawa Ruh adalah RahsiaNya.. ( QS Al Isra': 85 )..

Apabila Tuhan membukakan bagimu suatu jalan untuk makrifat ( mengenal padaNya ), maka jangan menghiraukan soal amalmu yang masih sedikit, sebab Tuhan tidak membukakan bagimu, melainkan Ia akan memperkenalkan kepadamu.Tidakkah kau ketahui bahawa makrifat itu semata-mata pemberian KurniaNya kepadamu, sedangkan amal perbuatanmu hanya hadiah dpdmu, maka di manakah letaknya perbandingannya antara hadiahmu dgn Kurniaan Allah kepadamu..

Berbicara jujur dan ikhlaslah sesama kita, Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati " wa mathukfil thuddur ".

Demikian Semuga Allah menuntun hati kita.. dan mudahan kita diberi pertunjuk dan hidayahNya atas ilmu-ilmuNya yang tersembunyi maknanya.. . Amin Ya Rabbal Alamin..wallahu'alam

Bukanlah ia suatu ilmu yg mudah di cerna..dan juga tak bererti kepayahan yg ada..namun bicara sebegini amatlah mustahak adanya pembimbing, guru, ustadz, ataupun orang yang tahu mengenainya..penting, panduan utama Kitabullah dan Sunnah setiap hujah yg ada.

timbul soal pula, diri mana yang hendak di kenal ?? dan diri mana yang mahu mengenal ?? demi menterjemahkan awal perjalanan kepada Haqiqat diri..emm.. di mana diri anda sebenarnya. ??

solat



Di atas IzinNya dan RahmatNya..

Keindahan ciptaan Ilahi dlm menterjemahkan pratik perbuatan di dalam solat ( Asolatu fa'ilun ) melalui Baginda RasulAllah saw amat menakjubkan, tiada siapa dapat mempertikaikan kebenarannya, bermula dari mengambil wuduk sehingga memberi salam..

Orang-orang yang melakukan solat dengan tenang, akan menghasilkan energi tambahan di dalam tubuhnya di atas IzinNya dan RahmatNya..       

Kita berpeluang mengerti dan pelajari rahsia solat dari sudut Sains dan kesihatan, namun jarang kita mahu mengkaji rahsia dari segi Kerohaniannya...

Sememangnya melalui Allah jua untuk mengenaliNya..apa pula pengorbanan kita demi menuju kpdNya..Penyerahan diri tanpa merasai kesedaran haqiqi aku yang fana menuju " AKU YANG BAQA' " ??...

walaupun iblis dan syaitan laknatullah telah bersumpah akan memesongkan ummat manusia dari jalan lurus dan akan menyerang dari depan ( muka ), belakang, kanan dan kiri, lihat FirmanNya ( Al A'raaf : 16 - 17 ), namun mereka tidak mampu bukan setakat menghembus bisikan-bisikan halus lagi menyesatkan, bahkan untuk melintas pun, mereka tidak akan berjaya dengan maqam hamba-hamba yang muqhlisin,... ( Shaad 82 - 83 ) ..dan mengerti kita apa itu sebenarnya haqiqat Solat ??.. dan itulah sebenarnya kesedaran tinggi...

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata:
Dahulu, orang-orang Islam ketika tiba di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu salat. Tidak ada seorang pun yang menyeru untuk salat. Pada suatu hari mereka membicarakan hal itu. Sebagian mereka berkata: Gunakanlah lonceng seperti lonceng orang Kristen. Sebagian yang lain berkata: Gunakanlah terompet seperti terompet orang Yahudi. Kemudian Umar berkata: Mengapa kalian tidak menyuruh seseorang agar berseru untuk salat? Rasulullah saw. bersabda: Hai Bilal, bangunlah dan serulah untuk salat

Sabda RasulAllah saw, " Banyak orang yang mendirikan solat, sementara ia hanya mendapatkan rasa penat dan payah." (HR. Abu Dawud ).

Khusyuk bukan boleh di reka atau di cipta..malah ia telah siap sedia dan ada, kita cuma di kehendaki untuk memasukinya sahaja...

Perasaan khusyuk payah dirasakan, jika kita tak miliki rasa kesedaran yang haqiqi, kepercayaan dan keyakinan tinggi bahawa sebenarnya di saat solat kita sedang menuju serta berhadapan dengan Allah Dzat yang Maha Agung, Terpuji dan Maha Mengetahui (Ihsan).

Jadikan solat itu sebagai satu meditasi yang tinggi..dan se olah-olah ia adalah solat yg terakhir buat kita..tunduklah, sujudlah dengan kerendahan hati...

Rasakan setiap dari rukun qalbi, qauli dan fi'li itu dalam perhatian, pendengaran dan penglihatan Allah.

Adapun pengertian sujud adalah puncak ketinggian perjalanan ruhani kita menerobos serta menuju Ketuhanan..di saat itu, kita mengaku dgn tawaduk dgn menyaksikan kehinaan, kekerdilan, kelemahan dan ketiadaan apa-apa jua melainkan hanya menerima kuasa dan kudratnya Allah yang menghidupkan segala sesuatu, di dirikan, di rukukkan, di i'tidalkan, di sujudkan, di gerakkan dll, yang mana akan membuatkan diri ini hilang, diam dalam menyaksikan akan kesibukkan Allah ( Af'alNya ) bertapa Agung, suci, Tinggi lagi Maha Terpuji..keluarlah kalam yang haq itu " Subhanarabbiyal a'la wabihamdihi "

Ketinggian kesedaran makhluk yg bernama manusia adalah menyedari bahawa dirinya adalah tubuh di perbuat dpd tanah dan akan kembali sebagai tanah asalnya, ketinggian ruhani manusia pula adalah di saat ruh menuju ke hadratNya, sebagai asal sebelum ruh ditiupkan kedlm tubuh tadi...masa bilakah utk merasai kesedaran ini..mengikut Hadith RasulAllah bersabda " Sedekat-dekat hamba dgn RabbNya, semasa bersujud "..

Kita adalah hamba yg hanya menerima kuasaNya Ilahi, dihidupkan, diImankan, diIslamkan, dll sehingga dimatikan..menuju ke hadratnya..

manakala..Tasyahud pula merupakan persaksian sebenar dan penghormatan teramat tinggi seorang hamba kpd RabbNya yang Maha Pencipta segala-galanya..Perjalanan kerohanian telah sampai kpd tujuan utamanya iaitu yg di katakan bermusyahadah ( persaksian ) dan inilah cita-cita yg di nanti oleh mukmin / mukhlisin utk bertemu langsung dengan Allah, mensyukuri, mengungkap serta mengenang kerinduan persaksian ruh di alam azali di saat Allah berfirman " Alastu birabbikum ? Qaluu bala syahidna " Bukankah AKU ini Tuhanmu ? ( jawab ruh ) bahkan ya Allah, kami semua bersaksi " Al A'raaf : 172..

Kesedaran ini buat kita terpaku, kita tiada miliki apa-apapun melainkan sdg menyaksi akan IzinNya dan RahmatNya yg mengalir terus,... syahid ( saksi ) di atas af'al Allah segala-segalanya..dan manusia yg selalu sedar akan dirinya, " man arafa nafsahu faqad araf rabbahu " akan sentiasa bersyukur,tunduk dan bersujud dalam segenap keadaan.

Dengan berbekal atas kesedaran " Ihsan " maka kita sewajibnya sentiasa akan bersujud dalam segenap keadaan dgn ertikata yg selalu sedar di dalam sedar akan dirinya " man arafa nafsahu faqad araf rabbahu "

Bagaimanapun beradalah dalam satu keadaan haqiqi, memohon Pertunjuk dan HidayahNya, jujur dan ikhlas dalam menuju Ketuhanan, sempurnakan etika keadaan sebenar dari setiap perbuatan solat itu, maka diamlah sehingga benar-benar terasa kita telah menyerahkan dan berserah secara mutlak, bukan lagi dengan kesimpulan intelektual, tetapi sebuah rasa yang perlu di masuki..

Firman Allah swt " Sungguh Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku ". ( Thoha : 14 )..

Ada riwayat serta Hadith menceritakan Baginda RasulAllah saw di kala sedang i'tidal, kekadang semasa bersujud begitu lama, sehinggakan para-para sahabat yang berjemaah menganggap yang Beliau telah lupa ataupun meninggal.

Firman Nya " Yang melihat kamu ketika kamu berdiri ( untuk solat ) dan ( melihat pula ) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ". ( Asy Syu'ara : 218-220 ).

.Solat juga adalah perjalanan Ruhani menuju Allah..di atas kesedaran haqiqi " Ihsan " dan syaria'tnya ( perbuatan / pekerjaannya ) merupakan suatu meditasi yang tertinggi di dalam Islam, emm..itupun apabila kita melaksanakannya dengan ikhlas dan sempurna...

Wahai saudara dan sahabatku, mudahan kita tidak lagi mensia-siakan solat..perhebatkan solat menjadi sempurna dan lebih sempurna kerana solat merupakan jalan termudah menuju Allah..di atas IzinNya dan RahmatNya, kita mampu berkomunikasi dan memohon..

" Waktu sangat berharga, di atas Rahmat Allah ia menjadi adil sesama manusia, jangan habiskan kecuali untuk sesuatu yang bermakna "...

Sambil itu cari dan kenal Allah dan bergantunglah kepadaNya..Allah tidak akan membuat kita hina dgn permintaan kita, Allah juga tidak akan mengeciwakan serta mendzalimi, kendati kita berkali-kali mengecewakan serta mendzaliminya...

Mudahan Allah mencatatkan kita semua sebagai hamba-Nya yang mengimani-Nya,bertaqwa, bertaubat, bersyukur, taslim, tunduk serta patuh kepadaNya..Amin Ya Rabbal A'lamin..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allah SWT Maha mendengar orang yang memujiNya...Ya Allah ya Tuhanku, milikmu segala puji sepenuhnya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta isi diantara keduanya dan sepenuh sesuatu yang Engkau kehendaki selepas itu.

Alhamdulillah syukur serta selawat keatas Baginda RasulAllah SAW, tiada kata lagi yang mampu untuk menguntai rasa penuh kesyukuran serta terima kasihku kepada Allah Dzat Maha Yang Agung dan kepada insan yang kamil mukamil paling mulia dan sempurna iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga serta para-para sahabatnya.

Sabda RasulAllah SAW.
"Kamu tidak akan sesat selama-lamanya, jika kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah ( Al-Qur'an ) dan Sunnah Rasul". (Diriwayatkan oleh Muslim).

Menuju perbicaraan ini bukan untuk dibuat andaian atau perbandingan tahap ilmu yang Allah anugerahkan kepada kita, melainkan kita semua diperintahkan untuk berserah diri, demi mendapat keredhaanNya dan sentiasa mengingati Allah Dzat Yang Maha Suci, Maha Terpuji dan Maha Besar itulah Dzat yang tidak di kerana dengan satu kerana.

Seperti yang di maklumkan, saya termasuklah salah seorang teman seperjalanan yang sentiasa memohon keizinanNya bagi meneruskan perjalanan atau pengembaraan menuju kepadaNya, dan terhadap sahabat serta saudaraku terasanya bicara ini sebagai mengikut Firman Allah SWT ( Al-Ashr : 3 )" Nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran".

Banyak manusia yang terjebak dalam erti menilai sesuatu, sehinggakan menilai kepada perkara yang tidak bernilai dan melupakan nilai kepada perkara yang amat bernilai dan pentingnya dipaksa untuk percaya terhadap sesuatu keyakinan, tanpa pernah memahami mengapa kita harus meyakininya.

Aku bersembah sujud atas Kemuliaan serta KeagunganMu. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya Kepada Engkaulah kami mohon pertolongan..Tunjukilah kami jalan yang lurus..Apa itu jalan yang lurus? Sudahkah kita bertemu jalan yang lurus?

Sewajarnya sudah menjadi kewajiban dalam solat fardhu kita memohon tujuh belas kali setiap hari " Tunjukilah kami jalan yang lurus".

Berapa banyak manusia sehingga saat ini yg telah berucap dan berbicara " Ihdinassiratalmustaqiim Siratallazina an'amta 'alaihim ghairilmaghdhuubi'alaihim waladdhaalliin " dan berapa ramai manusia yg telah menemuinya ?? mahasabah dalam diri sendiri..sudahkah ku temui jalan yg lurus ?? sekiranya di temui apakah ia jalan lurus ??

Sungguh manusia di berikan aqal, matahati dan pendengaran, tetapi andainya tidak di berikan taufik dan hidayahNya..maka jadilah beberapa tingkatan antaranya manusia kufar, munafik, musyrik sehingga terungkap FirmanNya " Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau kamu tidak beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka di tutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. Di antara manusia ada yang mengatakan: " Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang -orang yang beriman ". ( Al Baqarah : 6 - 8 )

" Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barang siapa yang di sesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.." ( Al Kahfi : 17 )....dan wajarkah kita menafikan Taufik dan Hidayah ianya milik Allah ??..


Firman Allah swt " dan pasti Kami tunjuki mereka kepada jalan yang lurus. Dan barangsiapa yang menta'ati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang di anugerahi ni'mat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh.Dan mereka itulah teman yang yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui. ( QS An Nisaa' : 68 - 70 )..wallahu'alam.