Di atas IzinNya dan RahmatNya...
Banyak nas yg mengungkapkan menfaat dzikir, dan perintah melaksanakannya, dengan tegas dan muhkamat..dan dzikir merupakan kunci dan ruhnya setiap peribadatan tidak kira samada berdzikir dengan lidah,aqal, qalbi, pancaindera, Ruh, Sirr ke dan sewaktu dengannya, semuanya Allah lebih Mengetahui akan keikhlasan, kesungguhan, cara dan kaedah untuk mengingatiNya ( Dzikir ) kerana semuanya yang berlaku sebenar-benarnya adalah kerana Di atas IzinNya dan RahmatNya...
pada saya kemuncak dzikir bukan lagi menjadi kiraan-kiraan tertentu atau mentera-mentera suci mahupun kalimah-kalimah Haq dan bertempat-tempat, tetapi haqiqatnya merasai..informasi ini bukan lagi khayalan mahupun ilusi, tetapi pengertian pada sebuah kenyataan yang mampu di rasakan itupun di atas IzinNya dan RahmatNya..bukan untuk di perdebatkan kerana hal ini sebuah rasa yang mesti di masuki..
Dzikir pun kadang-kala boleh jadi kelam kabut bila asyik nak mengejar bilangan dzikir...kononnya nak capai maksud tertentu. Setahunya dzikir itu dilakukan dengan tenang, Kualiti mengatasi kuantiti.. Biar lambat asalkan sempurna. Ikut kemampuan bukan kemahuan demi mendapatkan KeredhaanNya..
Firman Allah swt " Iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ) ; Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. " ( QS Ali Imran : 191 )..
Baginda RasulAllah saw pernah mengajarkan kepada Muadz bin Jabbal: " Allahumma 'ainni 'ala dzikrika, wa syukrika, wa husni 'ibadatika " Ya Allah ajar aku berzikir kepadaMu, ajari aku bersyukur kepadaMu, dan ajari aku beribadah kepadaMu " . (HR Shahih, Buqhari Muslim).
Sebenarnya Allah tidak akan menyesatkan hamba-hambaNya yang mahu menuju kepadaNya..Yaqinlah..dengan syarat bersungguh-sungguh..FirmanNya " Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya." ( Al Insyiqaaq : 6 ).
..emm, bukan janji kita , tapi janjiNya..Allah Maha Suci....
" Jangan berhenti pada pandang dan tilik untuk setiap denyutan mahupun degupan jantung kita tapi teruskan merasai pada yang sedang menggerakkan denyutan jantung mahupun qalb itu, Ia amat dekat dan lebih dekat lagi dari (hati bagi hati) ke ??, atau apa istilahnya semahu hati "...
Wahai sahabatku, Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir..
Sungguh sederhana cara Allah mengajari kita sabagai hambanya untuk baik dan mengingatiNya..kita hanya di suruh terus berdzikir, baik pagi, petang, dalam keadaan berdiri, duduk, baring dsb..
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah swt berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari...
Informasi sebegini bukan lagi sebuah khayalan ilusi mahupun angan-angan panjang, tetapi sebuah pengertian dan kebenaran mutlak yang mampu di rasakan di atas izinNya dan RahmatNya..
Maka wahai saudara serta sahabatku, fahamilah, nampak dan rasailah bahawa dzikir merupakan kunci dan sekaligus ruhnya setiap peribadatan kita.
Tidak dapat di nafikan, bukan lagi untuk di perdebatkan..kerana hal sebegini merupakan sebuah rasa yang mesti di lalui dan di masuki.. selamat mencuba dan bukan sekadar berbicara, InsyAllah..mudahan mendapat pertunjuk dan hidayahNya..
AL-QURAN
Nasehatnya...
About Me
Ahad, 6 Disember 2009
Dzikir lah
di karang oleh intizhar at 2:57 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan