AL-QURAN

AL-QURAN
bukan sekadar bacaan berpahala,..

Nasehatnya...

Nasehatnya...
Mudahan mendapat Keredhaan Ilahi...

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .
seumpama setitik air di tengah lautan

Sabtu, 12 Disember 2009

niat

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur di atas segala kurniaanNya..

Apa pun perkara yang hendak, sedang dan kita lakukan, pastinya dimulai dengan niat. Niat itu adalah do'a dan setiap perbuatan itu hendaklah disertai dengan niat. Islam juga mengajar kita untuk tidak melupakan niat dalam apa jua kerja yang kita lakukan.

Sabda Baginda Rasulullah saw. bermaksud:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

(Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih)

“Imam Nawawi pula mengatakan, bahawa niat itu bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati.”

Al-Baidhawi berkata,
“Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan,
baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat,
sedangkan syari’at adalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredai Allah
dan mengamalkan segala perintah-Nya.”

Di dalam istilah ( fiqh ) adapun niat di ertikan qashdu syai muqtarinan bi fi'lihi..melakukan perbuatan dgn kesedaran ( consiousnes ), kerana dari niatlah yg akan menentukan nilai baik mahupun buruk, di terima atau tidaknya sesuatu perbuatan berdasar dalil seperti yg tersebut / yg telah di paparkan..

Sebenarnya niat bukanlah sebuah lafadz bacaan mahupun mantra, akan tetapi suatu perbuatan yang di dalamnya terdapat kesedaran penuh mengalir dari awal hingga akhir, maka itu lah ia tanpa huruf tanpa suara..

" Illahi maqsudi wa ridhoka matlubi " Tuhan, Engkaulah yang ku maksud dan kerelaanMu lah yang aku tuntut " Amin.

"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” ( HR Muslim )

wallahu'alam..

0 comments: