Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala ciptaan kurniaanNya..
Ada tiga asas agama ; aqidah, syariah dan akhlak menjadi teras enam wasiat dari Luqmanul Hakim buat anak-anaknya sebagaimana tercatat di dalam Al-Quran, Surah Luqman : 13 - 19.
1) Meninggalkan serta menjauhi perbuatan syirik kepada Allah ( ayat 13 )..agar dpt mendidik anak-anak dgn teras aqidah iaitu Tauhid kepada Allah swt, Luqman juga berpesan dan memperingatkan anaknya supaya tidak melakukan syirik kpd Allah swt, dan sentiasa membersihkan diri dpd sebarang kerosakan dan kesesatan yg berpunca dpd syirik..
2) Berbuat baik pada Ibu bapa ( ayat 14-15 )..mendidik anak-anak untuk sentiasa berbuat baik terhadap ibu bapanya. Walau bagaimanapun, jika kedua ibu bapanya mengajak atau memaksa anak bersubahat dan melakukan syirik ataupun perbuatan yg di tegah oleh agama, ia tidak wajib di patuhi..ini menunjukkan bahawa agama Islam lebih mementingkan hubungan aqidah berbanding hubungan kekeluargaan dan keturunan..
3) Setiap amal perbuatan akan di beri balasan oleh Allah swt ( ayat 16 )..memberi tarbiyah serta menanamkam dalam diri anak-anak akan keyakinan bahawa setiap amal perbuatan walaupun sebesar zarrah, sama ada baik atau buruk, berlaku secara terang mahupun tersembunyi, tetap akan di hitung dan di beri balasan yg setimpal oleh Allah swt..
4) Mendirikan solat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dpd kemungkaran serta sentiasa bersifat sabar ( ayat 17 )..mendidik anak-anak mendirikan serta menunaikan solat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran serta bersabar sekiranya ditimpa bencana dan erti kesusahan..
5) Menjauhi sifat sombong dan bangga diri ( ayat 18 )..mendidik anak-anak supaya tidak bersifat sombong dan bangga diri serta menggalakkan supaya sentiasa bersifat tawaddu' yang boleh melahirkan keutuhan dalam erti persaudaraan..
6) Bersederhana ( ayat 19 )..mendidik anak-anak supaya sentiasa bersikap kesederhanaan, salah satu dpd sifat terpuji di dalam Islam. Termasuk dalam tuntutan bersederhana ini ialah menjaga dan melembutkan suara yg sudah tentunya menyerlahkan lagi kesopanan seseorang muslim..
wallahu'alam.
AL-QURAN
Nasehatnya...
About Me
Selasa, 9 Februari 2010
Wasiat dari Luqmanul Hakim buat anak-anaknya..
di karang oleh intizhar at 8:35 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan