AL-QURAN

AL-QURAN
bukan sekadar bacaan berpahala,..

Nasehatnya...

Nasehatnya...
Mudahan mendapat Keredhaan Ilahi...

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .
seumpama setitik air di tengah lautan

Jumaat, 19 Februari 2010

Kewajipan menuntut ilmu Fiqh, Tauhid dan Tesawuf

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita bagi segala nikmat kurniaanNya...

Allah Dzat Yang Maha Agung, Dzat Yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

Di dlm hidupnya makhluq yg bernama manusia akan di nilai ataupun kebanyakkannya melakukan setiap perilaku peribadatan mahupun amalan kerana nilai..menyebut mengenai pengertian “ nilai “ disini mudah buat kita memahami...sesuai dgn hadith Nabi:

“ Sesungguhnya segala perbuatan itu di sertai niat. Dan seseorang diganjarkan sesuai dengan niatnya.” ( HR. Buqhari Muslim ).

Dlm hadith tersebut jelas dan nyata, setiap perilaku mempunyai dasar tujuan ( niat ), dan jika niat itu masih bersifat relatif, maka nilai tersebut akan tergantung kpd dasar yg di guna pakai ataupun halatuju perilaku tersebut.

Setiap perilaku dlm peraturan samada bersolat, dzikir dll.. agama Islam sangat menekankan orientasi niat yg jujur benar berpaksikan “ Lillahi Ta’ala “... Niat yang ikhlas adalah semata-mata mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Lafadz niat yang masyhur di kalangan para ahli sufi ialah " Illahi anta maqsudi waridhaka matlubi ", maksudnya " Tuhanku, tiada lain yang ku maksudkan, dan keredhaan Engkaulah yang ku cari."

Apa yang berlaku, ramai di kalangan penuntut Tasauf telah subahat dalam mencari keredhaanNya. Mereka inginkan kelebihan dalam bentuk maqam seperti menjadi para auliya', Sultan Auliya', penghubung dengan Imam Mahadi, setiausaha wali-wali, khalifah, syeikh, karamah, kasyaf, firasat, perubatan, bersahabat dengan auliya' yang ghaib, dengan Jin, malaikat dan sebagainya. Justeru itu mereka mencari dan menilai kehebatan dan kebenaran Guru berdasarkan hal-hal tersebut.

Disinilah ( pada permulaannya ) sudah rosak, apabila permulaannya tidak betul ia akan berakhir dengan natijah yang tidak betul. Niat-niat yang seperti itu tidak lain adalah niat mencari keduniaan. Ia tidak lari dari perasaan inginkan kemasyhuran atau dimuliakan oleh manusia. Apabila niatnya bersubahat dengan hal-hal dunia, ia tidak akan mendapat natijah yang benar. Apabila ia berzikir, zikirnya tidak akan membentuk sifat hati yang mulia sehingga tersingkap hatinya dengan rahsia Tuhan, ia terhijab dengan nafsu kebodohannya dengan nilai yang rendah dalam kaca mata para 'ArifbiLlah.

Biasanya para murid yang mempunyai perasaan seperti ini berada dalam martabat nafsu ammarah, lawammah dan malhamah. Apabila niat ingin mencari , mendapatkan hasil serta ganjaran yg terurat mahupun tersirat, mereka sebenarnya telah membuka pintu laluan mudah kepada syaitan untuk masuk ke dalam jiwanya sehinggalah ia membawa pengamal zikir tersebut kepada penyelewengan tanpa disedari.

Di sinilah peranan-peranan para Sheikh Mursyid, guru-guru yang haq wajib menutup pintu tipu daya syaitan yang ada pada muridnya yg terjebak dengan alam –alam halusinasi, dsbnya.. tidak menunjuk atau menceritakan kelebihan apa-apa yang dikurniakan Tuhan, serta melarang hal ini dibicarakan kerana bimbang tercedera hati para muridnya dalam menuju KeTuhanannya.

Tegas sekali, dlm Islam mewajibkan “ niat “ di dahulukan kerana Allah,... sebagai tanggungjawab penghambaan kepada Khaliq-nya.

Telah berkata Ibnu 'Athaillah, " Barangsiapa yang ingin manusia mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, dia tidak ikhlas dalam menuju pada Allah SWT."

Wallahu’alam.

0 comments: