Di atas IzinNya dan RahmatNya...Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..
Ada Empat jenis golongan manusia...
- Tidak ada lidah dan hati, telah terkunci pendengaran, penglihatan dan mata hati...golongan seperti ini tidak pernah mahu memikirkan Kebesaran Ilahi, tidak pernah mensyukuri nikmat serta RahmatNya..
- Adanya lidah tetapi masih tidak punya hati... golongan yang mencari imbuhan dan ganjaran, hipokrit, munafik dsbnya..mereka bijak berbicara, mengajak manusia lain menuju kpa Allah, tetapi mereka sendiri lari dpd Allah. Mereka membenci kemaksiatan, dlm masa yg sama mereka bergelumang dgn maksiat.
- Ada hati tetapi tidak punyai lidah..Kebanyakkannya bertaqwa, beriman, mendapat pertunjuk dan hidayah dari-Nya, berusaha menjadi soleh diantara hamba-hambaNya, sentiasa bersyukur dlm semua keadaan, redha, menyeru pada kebajikan dan kebaikan dan sentiasa taat dan sabar..khusuk dan tawadduk..
- Ada hati dan ada lidah..mereka kebanyakkannya pencinta keruhanian, mengembara di alam spiritual samada bersendirian mahupun perkumpulan..Allah jadikan lidah dan hati mereka menjadi gedung ilmu yang amat bernilai, memiliki ilmu-ilmu ketuhanan..Di atas izinNya dan RahmatNya Allah akan menaburkan rezeki ilmu dan membuka rahsia-rahsia Nya yg tidak semua orang memilikinya. Hati dan lidah mereka sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan..terusan rasa kerinduan, dan kecintaan.. SubhanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaha Ilallah, Allahu akhbar
Tidak ada maqam yg lebih dari itu melainkan para keNabian.
Kata Syeikh Abdul Qadir Al –Jailani di dlm sebuah kitabnya Futuuhul Ghaib ( Menyingkap keghaiban ):
“ Telah daku bahagikan manusia itu kpd empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu membuat pilihan serta memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah swt membimbing kita menuju kpd apa yg di kasihiNya dan diredhaiNya dalam dunia dan akhirat kelak “.
Wallahu’alam.
AL-QURAN
Nasehatnya...
About Me
Rabu, 24 Februari 2010
Ada empat jenis golongan manusia...
di karang oleh intizhar at 8:13 PTG 0 comments
Pengertian Syuhud dalam ma'rifat...
Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya...
Jauh sudah kita berjalan dan terus berjalan..banyak sudah pengetahuan serta pengalaman kita rasai...Khususnya buat pencinta keruhanian dalam menuju ketuhanan, samada yang berguru ataupun tidak, mungkinkah ada disini yang sudi menzahirkannya dengan pengertian " Syuhud " di dalam Ma'rifatullah...silakan.
Saat ini saya di khabarkan ada beberapa teman yg sudi menemani perjalanan ini..
Sedikit perenungan dari kalian, jadikan pedoman dan bermakna buat yg mahu berjalan dan terus berjalan..namun..sayang, tak begitu ramai yang berusaha sungguh -sungguh menuju ketuhanan..
Beruntunglah mereka yang dibimbing dan ditunjukki dengan liku-liku jalan yang sering rebah dan bangun dalam perjalanannya menuju kehampiran dengan Allah, dengan pengalaman dan pengajaran yang penuh dengan hikmat dan keindahan ini.
Syuhud dan Musyahadah..saling berkaitan antara istilah dengan pengertian. Musyahadah erti nya Menyaksikan Yang bersangkutan dengan Syuhud. Erti Syuhud itu tilik iaitu pandangan Mata Hati..
Kita tidak mampu melihat terus matahari, melainkan menggunakan cermin gelap dan sbgnya.. dengan kehendak tuhan sudah semestinya tiada mustahil bagi-Nya... akan tetapi kehendak manusia terbatas adanya.....
Bilakah masanya kita bersyuhud / Musyahadah..?? adakah semasa pengalaman perjalanan keruhanian bertemu dgn beberapa alam yg rendah, halusinasi, kekuatan alam, kekuatan jin dan syaitan? Alam ini semuanya masih lagi termasuk dunia syahwat..
Ertinya, setiap apa yg boleh dan mampu kita persepsikan dalam dunia perjalan keruhanian menuju ketuhanan ini, kedudukannya adalah sama sahaja dgn qasat mata ini, kerana semua itu adalah ciptaan-Nya jua...sedangkan yg kita tuju adalah sesuatu yg tidak mampu kita persepsikan oleh fikiran dan perasaan.
Memang benar, walaupun Malaikat di jadikan dari cahaya, namun semasa mi’rajnya Baginda Mulia, Jibrail berhenti seketika tanpa IzinNya dan RahmatNya, melainkan memberi laluan kpd Baginda Mulia RasulAllah saw terus ke Sidratul Muntaha bertemu-Nya...
Islam juga dihadirkan untuk meluruskan persepsi tentang Tuhan ( Tauhid )..
Tilik yg satu kpd yg banyak, tilik yg banyak kembali pda yg satu..mudahan Allah membimbing kita, dan..
.. ( ada suatu cerita ikan itu dah mati ( di jadikan bekalan makanan ) dan dihidupkan kembali semasa perjalanan Nabi Allah Musa as bersama muridnya Yusya bin Nun demi mengikiut perintah Ilahi untuk menpelajari Ilmu ( Al Kahfi : 70 - 82 ) ..penerangan ilmiah yg mesti di hayati..
Ya Allah Maha memberi Pertunjuk, Hidayah dan Maha Mengetahui segala sesuatu....erti perjalanan demi perjalanan yg di paparkan di sini bukan bermaksud perjalanan biasa, tetapi perjalanan keruhanian..istilah salik, wasil dsbgnya..saya juga tidak berniat mengajar .. mengajak anda untuk memasuki dunia perjalanan keruhanian ini, tetapi yang cuma mahu berkongsi pengalaman bukan sekadar bicara tetapi dengan melalui perenungan (Iqra') " YANG MENGAJAR ( MANUSIA ) DENGAN PERANTARAAN QALAM. DIA MENGAJARKAN MANUSIA APA YANG TIDAK DI KETAHUINYA" (AL 'ALAQ : 4-5 ).
dan melalui pentafakuran (Pengembaraan Nurani) merasai akan " Ihsan " Firman Nya " Yang melihat kamu ketika kamu berdiri ( untuk solat ) dan ( melihat pula ) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ". ( Asy Syu'ara : 218-220 ).
..yang terus dan sungguh-sungguh yakin di atas janji Nya Allah Firman Allah swt " Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya. ( QS Al Insyiqaaq : 6)..serta permohonan do'a serta penyerahan.
Firman Allah SWT " Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sunnguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. ( Iaitu ) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui TuhanNya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya". ( AL Baqarah : 45-46 ).
" Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdo'alah kepadaNya dengan rasa takut ( tidak akan di terima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik ". ( QS Al A'raaf : 54 - 56 )
Banyak perjalanan keruhanian sering mengaitkan perumpamaan Nabi Musa as pengsan..ketika saat Allah mentajallikan ( DzatNya ) / menampakkan wujud Diri-Nya..
seperti FirmanNya " Dan tatkala Musa datang ( untuk munajat ) dengan Kami, pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman ( langsung ) kepadanya. Berkatalah Musa: ' Tuhanku, nampakkanlah ( diri Engkau ) kepadaku. Agar aku dapat melihat kepada Engkau'. Tuhan berfirman : ' Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi melihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya ( sebagaimana sedia kala ) nescaya kamu dapat melihat-Ku.' Tatkala Tuhannya nampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan, maka setelah Musa sedar kembali dia berkata: ' Maha Suci Engkau, dan aku bertaubat kepada kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.." ( Al A'raaf : 143 ).
Yang menarik bagi peristiwa ini di antara munajat kepada pertemuan secara nyata ( langsung ) Nabi Musa as ini di hubungkan dgn pembahasan mengenai keadaan " kefanaan " manusia dan alam...apakah sekadar itu sahajakah yg dapat kita pelajari, mengamati, mengkaji dan merasai..??
Mari kita berjalan di alam keruhanian...Bukit Tursina masih ada lagi sekarang ini..dan SETELAH SEDAR KEMBALI ( memasuki realiti dirinya sebagai manusia dan alam ) lalu dia berkata " Subhanaka tubtu ilaiika wa anna awwalul mu'minin " Maha suci Engkau dan aku orang yg pertama-tama beriman"....
Tiada satupun manusia yang mampu mengantar Ruh manusia lain menuju ke Hadrat Allah 'azza wajalla. Segala-galanya milik Allah SWT.
Manusia tidak boleh melihat akan Dzat, tetapi menyaksikan ( Musyahadah ) / syuhud atas Kebesaran Dzat itupun di atas IzinNya dan RahmatNya..
andaikata orang yg pengsan, dia pastinya ( kebingungan ) tidak akan tahu apa sebenarnya yg terjadi semasa ia keadaan pengsan..tetapi Nabi Musa sedar dalam pengsan ( kefanaan )..Nabi Musa telah bermusyahadah dengan Allah swt dgn matahatinya ( basirah ) pandangan batinnya terlalu asyik dengan Allah swt.
Syeikh Ahmad bin 'Athaillah, didlm Al Hikam mengatakan " Tiada sesuatu benda yang menghijab engkau dari Allah, tetapi yg menhijab engkau adalah persangkaanmu tentang adanya sesuatu di samping Allah, sebab segala sesuatu selain dari Allah itu pada haqiqatnya tidak maujud ( tidak ada ), sebab yang wajib ada hanya Allah, sedang yg lainnya terserah kpd belas kasihan Allah untuk di adakan atau ditiadakan.
AlHaq iaitu Allah SWT, tiada terhijab oleh sesuatu apapun, sebab tidak mungkin adanya sesuatu yang dapat menghijab Allah Ta'ala,sebaliknya manusialah yang terhijab sehingga tidak dapat melihat adanya Allah. sebab sekiranya ada sesuatu yang menghijab Allah,bererti itu dapat menutupi Allah, dan andaikata ada tertutup bagi Allah, bererti Wujud Allah dapat terkurung, dan sesuatu yang mengurung itu dapat menguasai yang di kurung, padahal Allah Yang Maha Berkuasa di atas semua makhlukNya dan Dia " Laisa Kamathlihi Syai'un" bersalahan bagi segala yang baharu...
dan kesinambungan syuhud kita nanti..dengan hanya berserah diri kepada Allah sahaja, dan di atas IzinNya dan RahmatNya maka kita akan perolehi Pertunjuk dan HidayahNya..yang selama ini kita hanya menyangka ( zhan ), bahawa kasih sayang dan Kehebatan Allah itu mampu kita rasakan..sebenarnya itu hanya anggapan dan perasaan kita, bukan keadaan sebenar-benarnya, kerana rasa manusia itu terlalu kerdil untuk menggambarkan kenyataan kasih sayang Allah..FirmanNya " Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu tidak mengetahui apa-apa, kemudian Allah memberi kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta fikiran (perasaan), supaya kamu bersyukur" ( QS An Nahl:78)...
Kita hanyalah saksi ( syahid ) atas pekerjaan Allah Yang Maha Sempurna..dan kita juga hanya diam terpaku dalam Kesibukan Allah ( Af'alullah )..Allah yang mengajar kita, Allah yang mengatur serta mencipta segala-galaNya... .
Ilmu di dalam Ilmu dan Ikhlas di dalam Ikhlas..hanya Allah yg Maha Mengetahui..Amin. Wallahu'alam.
di karang oleh intizhar at 8:06 PTG 0 comments
Dialog cinta dan redha....
Dialog cinta dan redha ini terungkap sebelum Beliau menerima arahan dari Gabenur itu untuk menyembelihnya...
Hajjaj - Bagaimana aqidahmu sebagai pengikut RasulAllah ?
Sa’id - Beliau adalah Nabi pembawa Rahmat dan Rasul Allah yang telah duiutus ke seluruh alam dengan membawa ajaran nasehat yang paling sempurna.
Hajjaj - Bagaimana pendapatmu mengenai kekhalifahan ?
Sa’id - Itu bukan urusanku, setiap orang tahu tanggungjawabnya masing-masing.
Hajjaj - Apakah aku termasuk orang yg baik atau buruk?
Sa’id - Bagaimana aku mengetahui apa yg aku tidak tahu?
Hajjaj - Siapakah di antara mereka yg kamu sukai?
Sa’id - Orang yg paling di redhai Allah.
Hajjaj - Siapakah yg paling di redhai oleh Allah?
Sa’id - Allah sahaja Maha Mengetahui, Dia memegang hati manusia, dan mempunyai seluruh rahsia.
Hajjaj - Pada hari qiamat, aku termasuk golongan manusia bagaimana?
Sa’id - Aku tidak tahu perkara yg ghaib.
Hajjaj - Kamu tidak jujur padaku?
Sa’id - Aku juga tidak berbohong padamu.
Hajjaj - Mengapakah kamu tidak pernah ketawa ?
Sa’id - Kita akan di bangkit pada hari qiamat, setiap hari kita berada dlm fitnah dunia.
Hajjaj - Aku sekarang akan membunuh ( menyembelih ) kamu?
Sa’id - Penyebab kematianku sudahpun tertulis sejak dahulu.
Hajjaj - Aku lebih dicintai Allah dpd kamu?
Sa’id - Aku tidak mahu mendahului Allah, dan Allah Maha Mengetahui hal-hal yg ghaib.
Hajjaj - Kamu termasuk golongan penentang dan pembakang yg melawan kerajaan ini?
Sa’id - Aku tidak mahu terpisah dari jemaah, aku tidak menyukai fitnah dan apa yang telah di takdirkan. Aku redha dan tidak menolaknya.
Kemudian Hajjaj mengarahkan pengawalnya untuk mengambil sebahagian dari hartanya termasuklah emas,, perak dll, dan meletakkan nya harta tersebut dihadapan Sa’id.
Sa’id - Ini adalah harta yg baik jika kamu tunaikan syarat-syaratnya.
Hajjaj - Wahai penentang, khabarkan padaku apakah syarat-syaratnya?
Sa’id - Tukarkan ataupun belilah sesuatu dgn harta ini, yg dapat menyelamatkan kamu di hari qiamat nanti.
Hajjaj - Apakah yg kami kumpulkan sekarang tidak berguna?
Sa’id - Tentu kamu lah yg tahu kegunaannya.
Hajjaj - Apakah perkara atau benda yg kamu suka?
Sa’id - Apa yg disukai Allah, itulah yg aku suka.
Hajjaj - Binasalah kamu yg suka memecah belahkan kaum muslimin.
Sa’id – Kebinasaan hanya bagi orang yg telah di jauhi dari syurga Allah dan akan dilemparkan kedlm neraka-Nya.
Hajjaj - Katakan lah kpdku bagaimana caranya aku harus membunuhmu?
Sa’id - Terserah, ikut saja cara kemahuan yg kamu suka.
Hajjaj - Masih ada peluang..mohon ampun padaku?
Sa’id - Ampunan milik Allah, ampunan darimu tidak bermenfaat sedikitpun.
Hajjaj - ( Sambil berteriak )..memerintah pengawalnya ( algojonya )..Bunuh dia..bunuh dia.
Sambil di bawa keluar oleh algojo ( pengawal yg bengis dan kejam )..wajah Sa’id kelihatan begitu tenang dan tersenyum sehinggakan menarik perhatian Hajjaj..
Hajjaj - Mengapa saat kematianmu hampir tiba, kamu masih tersenyum?
Sa’id - Aku bersyukur pada Allah, aku mengagumi keputusanNya, aku tersenyum merasa kasih sayangNya padaku, memilih aku..Hebat dan AgungNya Allah.
Hajjaj - Serunya..Algojo sekarang penggal dan sembelihlah lehernya..orang yg memecah belahkan kaum muslimin ini.
Sa’id - Izinkan aku bersolat dua rakaat..
Hajjaj - Ia pun memberi peluang buat kali terakhir kpd Sa’id.
Selesai memberi salam, Sa’id pun membaca ayat dari Surah Al An’am: 79..bermaksud “ Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kpd Allah swt yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukan termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah.”
Hajjaj - Palingkan wajahnya dari qiblat, arahkan wajahnya ke qiblat org-org Nasrani kerana dia telah memecah belahkan kaum muslimin dan telah menimbulkan perselisihan di antara mereka..
Maka wajah Sa’id dipalingkan dari arah qiblat..sambil itu, Sa’id sempat lagi membaca sepotong ayat dari Surah Al Baqarah : 115..bermaksud “ Kemana pun kamu palingkan wajahmu, di situ akan menemui Allah “..
Hajjaj – “ Telungkupkan wajahnya ke tanah! Kita bertanggungjawab atas perbuatannya yg terlihat “.
Sa’id - ( yang begitu tenang ) sempat lagi membaca..” Darinya ( tanah ) Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan dan darinya Kami akan mengeluarkan pada waktu lain ( Thaaha: 55 )..
Hajjaj – Bunuh dia sekarang..penggal lehernya sekarang..
Sa’id – “ Aku bersaksi atas perbuatan ini. Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu utusan Allah..wahai Hajjaj, Ingatlah!! Jika nanti pada hari qiamat aku berjumpa dgnmu, aku akan menuntutmu. “
Setelah itu hukuman pancung sampai mati pun dijalankan, dan Sa’id pun mati syahid kerana begitu teguh keyakinan dan pendirian istiqamahnya dalam mempertahankan cinta hanya kepada Allah swt.
wallahu'alam.
di karang oleh intizhar at 7:54 PTG 0 comments
Jumaat, 19 Februari 2010
Kewajipan menuntut ilmu Fiqh, Tauhid dan Tesawuf
Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita bagi segala nikmat kurniaanNya...
Allah Dzat Yang Maha Agung, Dzat Yang Maha Mengetahui segala sesuatu...
Di dlm hidupnya makhluq yg bernama manusia akan di nilai ataupun kebanyakkannya melakukan setiap perilaku peribadatan mahupun amalan kerana nilai..menyebut mengenai pengertian “ nilai “ disini mudah buat kita memahami...sesuai dgn hadith Nabi:
“ Sesungguhnya segala perbuatan itu di sertai niat. Dan seseorang diganjarkan sesuai dengan niatnya.” ( HR. Buqhari Muslim ).
Dlm hadith tersebut jelas dan nyata, setiap perilaku mempunyai dasar tujuan ( niat ), dan jika niat itu masih bersifat relatif, maka nilai tersebut akan tergantung kpd dasar yg di guna pakai ataupun halatuju perilaku tersebut.
Setiap perilaku dlm peraturan samada bersolat, dzikir dll.. agama Islam sangat menekankan orientasi niat yg jujur benar berpaksikan “ Lillahi Ta’ala “... Niat yang ikhlas adalah semata-mata mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Lafadz niat yang masyhur di kalangan para ahli sufi ialah " Illahi anta maqsudi waridhaka matlubi ", maksudnya " Tuhanku, tiada lain yang ku maksudkan, dan keredhaan Engkaulah yang ku cari."
Apa yang berlaku, ramai di kalangan penuntut Tasauf telah subahat dalam mencari keredhaanNya. Mereka inginkan kelebihan dalam bentuk maqam seperti menjadi para auliya', Sultan Auliya', penghubung dengan Imam Mahadi, setiausaha wali-wali, khalifah, syeikh, karamah, kasyaf, firasat, perubatan, bersahabat dengan auliya' yang ghaib, dengan Jin, malaikat dan sebagainya. Justeru itu mereka mencari dan menilai kehebatan dan kebenaran Guru berdasarkan hal-hal tersebut.
Disinilah ( pada permulaannya ) sudah rosak, apabila permulaannya tidak betul ia akan berakhir dengan natijah yang tidak betul. Niat-niat yang seperti itu tidak lain adalah niat mencari keduniaan. Ia tidak lari dari perasaan inginkan kemasyhuran atau dimuliakan oleh manusia. Apabila niatnya bersubahat dengan hal-hal dunia, ia tidak akan mendapat natijah yang benar. Apabila ia berzikir, zikirnya tidak akan membentuk sifat hati yang mulia sehingga tersingkap hatinya dengan rahsia Tuhan, ia terhijab dengan nafsu kebodohannya dengan nilai yang rendah dalam kaca mata para 'ArifbiLlah.
Biasanya para murid yang mempunyai perasaan seperti ini berada dalam martabat nafsu ammarah, lawammah dan malhamah. Apabila niat ingin mencari , mendapatkan hasil serta ganjaran yg terurat mahupun tersirat, mereka sebenarnya telah membuka pintu laluan mudah kepada syaitan untuk masuk ke dalam jiwanya sehinggalah ia membawa pengamal zikir tersebut kepada penyelewengan tanpa disedari.
Di sinilah peranan-peranan para Sheikh Mursyid, guru-guru yang haq wajib menutup pintu tipu daya syaitan yang ada pada muridnya yg terjebak dengan alam –alam halusinasi, dsbnya.. tidak menunjuk atau menceritakan kelebihan apa-apa yang dikurniakan Tuhan, serta melarang hal ini dibicarakan kerana bimbang tercedera hati para muridnya dalam menuju KeTuhanannya.
Tegas sekali, dlm Islam mewajibkan “ niat “ di dahulukan kerana Allah,... sebagai tanggungjawab penghambaan kepada Khaliq-nya.
Telah berkata Ibnu 'Athaillah, " Barangsiapa yang ingin manusia mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, dia tidak ikhlas dalam menuju pada Allah SWT."
Wallahu’alam.
di karang oleh intizhar at 12:09 PG 0 comments
Selasa, 9 Februari 2010
Keliru,..adakah ini yang dinamakan ma'rifatullah..
Di atas IzinNya dan RahmatNya ..Alhamdulillah syukur kita dgn segala nikmat kurniaanNya..
Syukran, begitu hendaknya kita sentiasa berbicara terusan mengenai hal-hal Ketuhanan...
sedikit perkongsian buat renungan bersama..secara umum.
Sempurna makrifah pada kaedah usuluddin ialah apabila seseorang itu dapat membezakan antara Qadim dan Muhaddas ( Allah dan hamba ).selagi seseorang tidak dapat membezakan dirinya dengan Allah dikhuatiri dia akan mensyirikkan Allah pada sifat yang tidak layak bagi Allah.
Sempurna makrifah pada kaedah fiqih ialah apabila seseorang itu mampu menetapkan hukum-hukum dalam Islam dan dengan pengetahuan itu dapat dia beramal dengan khusyuk dan tawadduk, tertib sesuai dengan syarat dan rukun dalam peribadatan.
Sempurna makrifah pada perjalanan keruhanian ( tesawuf ) ialah apabila seseorang mengenal Allah dengan ilmu, mata hatinya sehingga tidak terhijab baginya pandangan zahir kepada yang bathin dan pandangan bathin kepada yang zahir...
Mari kita merenung akan FirmanNya " Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapatkan keberuntungan " ( Al Maidah : 35 )..
Jelaslah bahawa, makrifatullah ialah matlamat utama di sebalik ubudiyah ( pengabdian ) kita kepada Allah s.w.t., dan ianya juga merupakan matlamat kehidupan kita seluruhnya.
Tanpa makrifatullah ( mengenal Allah s.w.t.), manusia sememangnya kehilangan suatu sumber kebahagiaan tertinggi dalam kehidupannya, iaitu cinta Allah s.w.t.
Di dalam agama islam. telah menggariskan beberapa laluan untuk mencapai makrifatullah, yang mana ianya terkandung dalam metodologi tarbiah para sufi itu sendiri. Para mursyid yang sudah mencapai darjat Arif Billah akan menjadi pembimbing-pembimbing para murid yang ikhlas, jujur, yakin, berserah diri untuk mengenal Allah s.w.t. dan seterusnya beradab di Hadrah-Nya.
Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani menegaskan bahawa, jalan menuju makrifatullah ada banyak, sebanyak makhluk di alam ini. Allah s.w.t. mampu memberi Makrifatullah kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa sebarang usaha dari si hamba tersebut...Siapa yang Maha memberi petunjuk..Allah, dan " Allah mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk " ( Al Qhashash : 56 )..
Namun, Allah s.w.t. meletakkan konsep sebab-musabbab serta perumpamaan sebagai sunnatullah dalam alam ini, dan menjadikan Makrifatullah merupakan suatu harta yang paling bernilai bagi para hamba-Nya. Maka, setiap yang bernilai, perlulah bersusah-payah untuk mendapatkannya, supaya kita menghargainya..seperti firmanNya " Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya " ( QS Al Insyiqaaq :6).
Namun, dapat diringkaskan bahawa, di antara jalan yang paling utama ialah, dengan MUJAHADAH AN-NAFS ( melawan hawa nafsu )... dan semoga Allah s.w.t. membantu kita dalam usaha tersebut.
Ma'rifatullah, kesedaran secara umum... fikiran dan perasaan tidak akan mampu menggambarkan ( memberikan persepsi ) atas keadaan haqikat kecuali kita mampu " memfanakan " diri dan alam semesta maka wajah Dzat yang ada . Karena rasa dan fikiran bukanlah sebuah ukuran untuk memberikan perbandingan yang amat luas dan tak terhingga, kasih sayang Allah tidak bisa di uraikan oleh keutuhan rasa manusia.
Selama ini kita hanya mengira atau menyangka ( dzhan ) bahwa kasih sayang dan kehebatan Allah itu mampu kita rasakan gengan IzinNya dan RahmatNya Itu hanyalah anggapan bukan keadaan yang sebenarnya. Karena rasa manusia itu terlalu kecil untuk menggambarkan kenyataan kasih sayang Allah..
Mungkin ada yang tahu dan keberangkalian juga masih ada yang belum mengerti..namun ma'rifat pada sifat-sifat nya sahaja bukan tujuan akhir perjalanannya, malah ia baru mencapai gerbang pertama dlm mengerti perlaksanaan Addiin yang haqiqi...
Pintu utama untuk mengemis pertolongan Allah s.w.t., dalam membantu diri kita dlm melawan hawa nafsu ialah,penyerahan, merendahkan diri di hadapan Allah s.w.t., serta jujur dalam menginginkan cinta Allah s.w.t.
Sheikh Al-Habib Ali mengatakan bahawa, jalan pintas untuk mendapat Futuhat ( pembukaan hati untuk menghirup Makrifatullah ) ialah kejujuran kita di hadapan Allah s.w.t.
Ingatlah wahai saudara dan sahabatku, bahawa kejujuran dan merasa rendah diri ( hati ) kita di hadapan Allah s.w.t. merupakan muqoddimah terbaik dalam mencapai redha Allah s.w.t., di samping membuktikan kejujuran kita dengan melawan hawa nafsu dengan berpegang teguh kepada syariat yg sedia ada.
Orang yang bermujahadah pada jalan Allah s.w.t dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir, menyucikan hati, maka di atas IzinNya dan RahmatNya memberi petunjuk dan menunjukkan jalan dengan memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu dan reda dengan segala keputusan Allah s.w.t.
Dia dibawa hampir dengan pintu gerbang makrifat dan hanya Allah s.w.t sahaja yang menentukan apakah orang tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.
“Dia lah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi (malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan dan sebagainya) dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.“ (Surah Al-Fath: Ayat 4)
Kita di sini sebenarnya mahu berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu pengetahuan yg ada mudahan mendapat keredhaanNya...
Dalam perjalanan ini, pastinya kita menemui dgn tingkatan-tingkatan ilmiah dalam beberapa kategori seperti
Mubtadi ( masih baru dan segar dalam berusaha mempelajarinya ),
Mutawassit ( golongan pertengahan dalam berilmu dan beramal ), dan
Muntahi ( peningkatan dari golongan pertengahan)...begitu juga dgn ribuan rujukan kitab-kitab, buku, risalah sama seperti kategori yg tiga itu...
Supaya tidak menjadi keliru lagi, InsyAllah hari ini, hari depan dan sampai akhir hayat..mengerti ma'rifatullah itu sebenarnya termaktub di dlm " aqidah Tauhid " yg mana wajib datangnya dari Wahyu Ilahi ( Al-Quran ) dan Sunnahnya...
Kebanyakkan kita terlupa, tertinggal dgn sejarah penerimaan pengajaran para-para Nabi, perintis dahulu dpd kita, para-para Imam, org-org alim, guru dan sbgnya, mereka ini menerima kefahaman terlebih dahulu baru mengerti, kesedaran... lantas membicarakan sesebuah ilmu itu khususnya dalam pengertian dan bukan sekadar istilahnya ( " ma'rifat " )...
Kefahaman, pengertian dan kesedaran ini adalah sebuah fenomena yg kukuh, unik dan sederhana. Selama ini konsep kebanyakkan kita sudah menjadi terbalik !! hari ini kita belajar sebuah " pengertian dan kesedaran " hanya dari definasi, uraian, penjelasan tanpa melalui pengalaman..jauh perjalanan luas pengetahuan dan pengalaman..
akhirnya kita tetap juga tidak mengerti..mahu meneroka dan berjalan di alam diri..?? atau alam dunia ini...??
Harapan buat diri ini dan kalian semua..agar menjadi kita manusia yg sentiasa bersyukur seterusnya dan tidak berhenti di pertengahan mahupun persimpangan jalan dalam usaha yg bersungguh-sungguh dan yakin dgn kesempurnaan yakin bagi mencari dan mendekati serta ma'rifatullah..
Inilah yg di maksudkan naluri beragamanya kita..Sebaik-baik kejadianNya, kelebihan dan kelemahan di ciptaNya, tetap dalam keadilanNya.
FirmanNya " Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.."( Al Baqarah : 165 )
Ma'rifatullah..di atas IzinNya dan RahmatNya, jadilah insan dalam apa jua keadaan dan masa...sentiasa mentaqdiskan dan memuliakan Penciptanya...
Sekiranya kita perhatikan dalam sebuah aliran Agama ( teologi ), sebenarnya mereka mengajarkan sesuatu yang benar, namun kebenarannya tersebut di lihat dari satu sisi. Aliran Orang fiqih berada dlm kebenaran hukum positif yang berpandukan pada Al Quran dan Hadith, Aliran orang Tesawuf juga berada di dalam kebenaran ruhani yang berdalilkan Al Quran dan juga Hadith, bahasa-bahasa yang di ungkapkan bahasa rasa (dzauqi) yang mungkin tidak di fahami dan mengerti oleh kaum Fiqh.
namun kita tidak mampu berbicara sekaligus dalam satu dimensi, akan tetapi harus kita melihat dan mengamati dalam satu sisi dengan sempurna, bukan malah di adu ataupun berbalah untuk menentukan pihak mana yang paling benar..
Kesimpulannya atas pemerhatian apabila berbeza pada wilayahnya tidak perlu di pertentangkan kerana ia mempunyai tugas yang saling mendukung dan saling membenarkan.
Akan tetapi perlu diingatkan, ia juga menjadi pemicu terbentuknya sebuah aliran rasionalis dan spiritualis, membias menjadi pertentangan yang tidak pernah kunjung ketemu hujungnya.
Firman Allah SWT " Katakanlah " Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-ngadakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui". (QS Al A'raaf: 33).
bersyukur dgn apa yg ada walaupun sebenarnya tak ada punya apa-apa...wallahu'alam.
di karang oleh intizhar at 9:04 PTG 0 comments
Istilah Hijab...
Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala ciptaan kurniaanNya..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hijab adalah diibaratkan seperti sebuah tirai penutup..dan ia nya mula muncul setelah umat manusia mendalami pengetahuan mengenai "ma'rifatullah". Didlm Tesawuf biasa di sebut sebagai penghalang lajunya jiwa menuju Khaliqnya. Dosa yg setiap waktu kita lakukan juga merupakan kabut yg menutupi mata hati, sehingga hati tidak mampu melihat kebenaran Ilahi, maka manusia akan selalu berada dlm keraguan atau prasangka was-was..
Pertanyaan kita mengenai keberadaan Allah sering kali mendapatkan jawapan yg tidak memuaskan, tanpa merasai dzawq..Allah Maha Mengetahui akan hal ini, sehingga Allah sudahpun memberikan jawapan atas pertanyaan hamba-hambanya nanti melalui Baginda Mulia RasulAllah saw.
FirmanNya " Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang yang dibisikan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. " ( Al Qaaf: 16 )..dan lagi FirmanNya dalam Al Baqarah: 186..
Ayat-ayat di atas, mengungkapkan keberadaan Allah sebagai " wujud " yg sangat dekat malah terlalu dekat, dan kita diajak untuk memahami pernyataan tersebut secara utuh..Al-Quran mengungkapkan jawapan secara dimensional dan dilihat dari perspektif seluruh sisi pandangan manusia seutuhnya...
Pertanyaan demi pertanyaan timbul dari ketidaktahuan ( hijab), kenyataan bahawa Allah sangat dekat...tertutup oleh kejahilan serta kelemahan ilmu kita selama ini. Allah seolah jauh nun di sana, begitu halnya masa kini, dunia Tesawuf telah koyak rabak sehingga ke saat ini, apabila keberadaan Allah sering di salah erti. serta di manupulasikan.
Hakikat huruf ' alif ' dan seterusnya ialah noktah, hakikat noktah ialah dakwat ( cecair ), hakikat cecair dari debuan..jika kita melihat dakwat, huruf hilang..dan jika kita melihat huruf, dakwatnya pula hilang...
Do'a serta harapan,.. mengerti kita sekarang ini apa itu istilahnya hijab..mudahan terbuka mata kita dari ketidaktahuan akan Dzat..Ianya meliputi sifat, sifat menyertai nama, nama menandai af'al..
Berkata Syeikh Ahmad bin 'Athaillah dalam Al Hikam " Tiada sesuatu yang menghijab engkau dari Allah, tetapi yang menghijab engkau adalah persangkaanmu tentang adanya sesuatu di samping Allah, sebab segala sesuatu selain dari Allah itu pada haqiqatnya tidak maujud ( tidak ada ), sebab yang wajib ada hanya Allah, sedang yang lainnya terserah kepada belas kasihan Allah untuk di adakan atau di tiadakan "..
Seharusnya disedari bahawa awal dari segala perbuatan adalah memerlukan kegiatan BERFIKIR dan kognitif didalam sedar.
Apakah cara yg baik di antara yg terbaik buat diri kita supaya tidak terhijab..??
Al-Quran menempatkan Dzikrullah sebagai pintu pengetahuan ma'rifatullah....Dzikrullah pula adalah merupakan kunci bagi membuka hijab dari kegelapan menuju cahaya Ilahi.
FirmanNya " Sesungguh dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal, ( iaitu ) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ): " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharahlah kami dari siksa neraka ". ( Ali Imran : 190-191 )..
Dalam hal ini Imam Al Ghazali dlm Ihya'nya mengatakan:
" Jika ilmu sudah sampai di hati, keadaan hati akan berubah, jika hati sudah berubah, perilaku anggota badan akan berubah. Perbuatan mengikuti keadaan ( hal ), keadaan mengikuti ilmu dan ilmu mengikuti fikiran, oleh kerana itu fikiran adalah awal dan kunci segala kebaikan, dan yg menyingkapkan keutamaan tafakur. Fikiran lebih baik dpd dzikir, kerana fikiran adalah dzikir ( plus ) berterusan "..Ihya 'Ulumuddin jilid lV, hal. 389.
" Man lam yadzawq lam yadri " siapa yang tak rasa tak tahu....
wallahu'alam.
di karang oleh intizhar at 9:01 PTG 0 comments
Tesawuf dan tariqat satu pengenalan dan kepentingan beramal dgnnya..
Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan nikmat kurniaanNya..
Alhamdulillah syukur.. Kebenarannya ..
Di dalam Suhuf Nabi Ibrahim as ada menyebut: " Hendaklah orang yang beraqal yang tidak ditewaskan oleh aqalnya mempunyai beberapa masa; bermunajat dengan Tuhannya, muhasabah dalam dirinya, bertafakkur mengenai keajaiban dengan kejadian Allah swt dan masa di kosongkan bagi menunaikan hajatnya daripada makan dan minum."
Sekiranya kita tidak mengenali Ilmu Tauhid ini, maka sudah tentunya kita tidak akan tahu sampai di mana perjalanan Tesawuf dalam menuju Tareqat, Hakikat seterusnya ma'rifat.
Rentetan inilah, jalan mahupun pejalan kerohanian akan terhalang, terdepedaya, terjebak jika kita tidak mengetahui keadaan Allah secara Ilmu..
Jadi bekalan sewajib dan sebaiknya ialah mempersiapkan Ilmu, berguru, kerana kita akan kecundang di pertengahan mahupun persimpangan jalan.. andainya kita memasuki dunia Ketuhanan bukan secara total..
Haqikatnya..Inilah penggambaran bahwa alam haqikat itu tidak mampu dibatasi oleh ruang dan waktu serta batasan pikiran sempit, kerdilnya maqhluk yg bernama manusia. Kita harus memasukinya bukan berada pada batas ruang dan waktu ~ karena kita akan menjadi kecil dan sempit.
Ma'rifatnya..secara umum fikiran dan perasaan tidak akan mampu menggambarkan ( memberikan persepsi ) atas keadaan haqikat kecuali kita mampu " memfanakan " diri dan alam semesta maka wajah Dzat yang ada . Karena rasa dan fikiran bukanlah sebuah ukuran untuk memberikan perbandingan yang amat luas dan tak terhingga, kasih sayang Allah tidak bisa di uraikan oleh keutuhan rasa manusia.
Selama ini kita hanya mengira atau menyangka ( dzhan ) bahwa kasih sayang dan kehebatan Allah itu mampu kita rasakan gengan IzinNya dan RahmatNya Itu hanyalah anggapan bukan keadaan yang sebenarnya. Karena rasa manusia itu terlalu kecil untuk menggambarkan kenyataan kasih sayang Allah..
Mari kita ambil pendekatan serta pandangan dari sisi ini, dengan dua pertanyaan mudah....
1) Apakah semestinya di dalam ajaran Tesawuf para pencinta keruhanian, penuntut, harus melalui tingkatan ( martabat ) demi untuk mencari dan menuju Ketuhanannya ??.. yang biasa dikenal dengan beberapa ajaran serta amalan-amalan tertentu yg terdapat di sesetengah aliran tariqat, hakikat seterunya ma'rifat..??
2) Kemanakah mahu di bawa setiap ilmu, ajaran serta amalan - amalan tersebut..??
Pada pandangan peribadi saya..,
Istilah tariqat.., tidak pernah dikenal pada masa Baginda Mulia Rasulullah saw, Beliau tidak mengajarkan secara khusus. Namun setiap ajaran serta amalan didalam tasawuf merupakan perkembangan dari ilmu tauhid, menjadi pembahasan yang mengacu kepada dasar yang telah di bawa dan diajarkan oleh Baginda Mulia Rasulullah saw.
Kedudukan ilmu ini sama halnya dengan mempelajari ilmu fiqh, ushul fiqh, filsafat, ilmu dirayah hadith, riwayah hadith, ilmu Al-Qur’an dan ilmu tafsir ( ilmu-ilmu ini tidak pernah diajarkan oleh Baginda Mulia Rasulullah saw secara khusus ).
Maka dengan demikian kita boleh menerima apa yang datang dari gagasan para Imam besar, Ulama' masyhur, guru mursyid, Prof., ataupun sesiapa sahaja yg berilmu selama tidak bertentangan dengan Al-Qur’an dan Al hadith ( Sunnahnya ).
Andaikata apabila kita tidak begitu setuju dengan pendapat, pandangan, ajaran mahupun amalan dari mereka yg tersebut, sebaiknya kita jadikan ilmu tersebut sebagai wacana keilmuan Islam yang hebat dan makin berkembang ..seperti FirmanNya " Katakanlah " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (di tulis ) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). Katakanlah "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang di wahyukan kepadaku; " Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya." ( QS Al Kahfi : 109-110 ).
Bukan untuk di adu debat atau yang lainnya, tetapi semata-mata karena kita perlu wacana untuk kebaikan kita berfikir, mengawal perjalanan keruhanian kita lebih baik dan terbaik setelah mengerti Dzat dan arah beragamanya kita, bukan lagi terperuk dalam retorika ilmu tauhid yang tidak ada habisnya.
Maka itu di nasehatkan buat diri saya sendiri dan juga ikhwan muslim sekeliannya, mari kita jalani sampai memasuki hakikat yang sebenarnya, mana yg baik, dan mana yg logik menurut tingkatan pemahaman diri kita sendiri, kita juga disarankan supaya memiliki wawasan ketuhanan yang baik agar kita tidak mudah taqlid kepada sesiapa yang mahu atau cuba menyelewengkan ajaran dan amalan ini.
Begitu juga agar kita tidak mudah menjadi ego menurut satu pendapat sahaja. Setelah kita tahu pendapat orang lain, maka kita akan mengambil kesimpulan bagaimana kita seharusnya bersikap dengan arif, tanpa merendahkan, memandang hina ataupun cuba melecehkan pendapat yang masih belum sampai ketingkat yang lebih baik di antara terbaik.
Kesadaran ketuhanan ini jarang sekali dipahami oleh masyarakat kita dengan baik, karena sudah di salahtafsirkan serta dimanupulasikan dgn alam kredo yg menakutkan, membingungkan, kesesatan dll, bahwa kita tidak boleh langsung kepada Tuhan. Karena Tuhan itu suci, maka harus melalui perantaranya,..Firman Allah SWT " Katakanlah " Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, ( mengharamkan ) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan ( mengharamkan ) mengada-ngadakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui ". ( QS Al A'raaf: 33 ).
Banyak orang hanya dibawa ke alam intelektualnya, bukan kealam spiritualnya, sehingga mustahil ia akan sampai kepada Allah jika hanya sebatas gagasan di dalam fikiran.. ! Tapi bagi Allah tiada mustahilnya.. di atas IzinNya dan RahmatNya...
Firman Allah SWT " Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya.( QS Al Insyiqaaq : 6 ) .
Tersurat sudah janjiNya, tersirat pula keyakinan dan usahanya diri kita..tersembunyi Pertunjuk dan hidayahNya..
Insya Allah, Allah akan merahmati kita selama kita tetap berusaha sungguh-sungguh mencari yang lebih baik..
Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala ciptaan kurniaanNya..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Membaca dan menulis adalah kunci ilmu pengetahuan...tiada batasan buat yg berilmu ataupun orang awam, hari ini kita sering diserang habis-habisan akibat dari pemikiran umat kita juga, sehinggakan kretiviti dan inovasi pemikiran dan kajian di sentak teruk tanpa mengikuti terlebih dahulu fakta serta kebenarannya dengan alasan takut, bida'ah atau sesat...
Seperti kata arwah Pak Hamka " Ingat takut dan dukacita mahupun putus asa menjadi penghalang besar buat kemajuan hidup kita.." .
..Keyakinan seseorang itu akan mudah terlepas dan selalu dalam keraguan, kelonggaran apabila kebanyakkan kita hari ini seolah-olah dipaksa utk terus percaya terhadap sesuatu amalan, mahupun ajaran serta keyakinan, tanpa pernah memahami mengapa kita harus meyakininya...??
Tidak pernah terlintas lansung, malah bersyukur dan berterima kasih pada perintis ataupun pendahulu kita yang telah banyak berkorban meredah jalan suci, mengungkapkan keagungan dan keunikan serta kebenaran Islam mentauhidkan Allah swt...berbanding dgn keadaan kita hari ini, saat ini ??
Imam Ghazali dalam menamakan pengertian ini sebagai pengertian " awwali ". Dari mana pengertian-pengertian tersebut di perolehi, sebagaimana ucapan beliau " Fikiran menjadi sehat dan berkeseimbangan kembali dgn aman serta yakin dapat menerima kembali segala pengertian-pengertian awwali dari aqal itu. Semua itu terjadi tidak dengan mengatur alasan atau menyusun keterangan, melainkan dengan Nur ( cahaya ) yang di pancarkan Allah swt ke dalam batin dari Ilmu ma'rifat " ( dalam buku Pembebasan dari kesesatan, halaman 10)..
Bukan soal mahu menempuh jalan lain Tuan..tidak egokah kita andai mempertikaikan pada orang-orang yang di pilih Allah sesuai dgn jiwanya untuk menuju kepadaNya...
Banyak orang mengajar ilmu kpd muridnya, namun ia tidak mampu memberikan kefahaman, begitu juga banyaknya majlis pembersihan jiwa, namun ia tidak mampu membersihkan jwanya..??
Harapan begitu tinggi dan mendalam terhadap keinginan sebenarnya agar risalah dan khazanah keIslaman dijalankan, disebar dan disambungkan melalui gerakan jiwa yg luas dan bersih. Di atas IzinNya dan RahmatNya, Keinginan ini akan tercapai dgn menyedari akan nilai spiritual yang tinggi, sebab kesedaran adalah modal yg terbaik untuk mencapai sesuatu, bukan dgn emosi dan cemuhan terhadap pandangan serta pendapat mahupun karya org lain, lalu memusuhinya tanpa jelas perkaranya. Begitu juga hanya dgn berdzikir kpd Allah hati menjadi tenang..sehingga melahirkan pendapat dan pandangan yg bermanfaat serta berperilaku mulia..
" Epistimology " Ibnu Taimiyah tidak mengizinkan terlalu banyak intelektualisasi, termasuk interpretasi...beliau menegaskan bahawa pangkal iman dan ilmu ialah ingat ( dzikir ) kpd Allah, Ingat kpa Allah memberi Iman dan ia adalah pangkal iman pangkal ilmu.( dlm Minhaj Al-Sunnah, jilid 4, halaman 237 )..
Kita tidak boleh mengubah, dan jangan sama sekali cuba membuat syariat baru, baik dari segi akidah mahupun dari fikih masyur yg empat ( mazahibul arba'ah, madzhab Imam Maliki, Hambali, Hanafi, dan Syafi'ie, akan tetapi jestru kita di ajak berjalan dan cuba memasuki lebih dalam sampai ke lubuk hati , tanpa merubah syariat yang telah sedia ada, Dzikir dan solat yg sudah di nash kan oleh Allah swt itulah yg kita ikuti..
Mari kita renung firmanNya " ..Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya.." Al Kahfi : 110.
Di dalam Al Hikam, salah satu kitab yg sangat mantap ajaran Tauhidnya..Didalamnya tertulis pendapat Al Junaid mengenai ajaran Tesawuf ;
- Mengenal Allah, sehingga antaramu dgn Allah tidak ada perantara ( hubungan dengan Allah tanpa perantara )..
- Melakukan semua akhlaq yg baik menurut sunnaturrasul danmeninggalkan semua akhlaq rendah..
- Melepaskan hawa nafsu menurut kehendak Allah..
- Merasa tiada memiliki apa pun, juga tidak dimiliki oleh sesiapaun kecuali Allah..
Adapun menfaatnya: mendidik hati sehingga mengenal akan Dzat Allah, sehingga berbuah kelapangan dada, bersih hati dan berbudi pekerti yg luhur dlm menghadapi semua makhluq...
Agama sebagai kekuatan ruhani sudah hampir kabur sinarnya, kerena kebanyakkan pembawanya lebih banyak suka mengumpul data dan berkata dari pada berbuat...
Para Rasul, Nabi, di perintahkan utk mengajak umat buat kembali kpd Allah, berdekatan dgnnya, serta di perintah untuk bersikap " Ihsan ".. dan " Iyyaka na'budu wa iyya kanasta'iin "..kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan ( tuntunan ).
Wahai ikhwan muslimin, keluarlah kamu dari diri kamu, dari rumahmu, pandanglah semesta alam, kamu akan tahu siapa itu Allah..Dialah Tuhan semesta alam..Rabbul 'alamin, Di atas IzinNya dan RahmatNya, engkau akan melihat fitrah Allah yg harus di patuhi..Itulah agama Allah yg lurus.
mari kita merenung akan FirmanNya " Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapatkan keberuntungan " ( Al Maidah : 35 )..
mudahan pengertian perjalanan keruhanian menuju lautan cinta dan kasih sayang Allah, yg di paparkan semua kita di sini dapat menyatukan walaupun berbeza tetapi dalam satu kesamaan ( Tauhid )..Kaannahum bunyanun marshush.
Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk serta hidayahNya kepada kita semua.." Iyyaka na'budu wa iyya kanasta'iin "..
Amin..wallahu'alam.
di karang oleh intizhar at 8:59 PTG 0 comments
Hati..
Kesulitan hati dalam merasakan nikmat dari Allah swt, sentiasa mensyukurinya berupa kelazatan iman, cemerlangnya hati, kekhusyu'an serta berbuat baik, disebabkan ada bisikan pembimbing yang setia setiap saat dalam melakukan kekejian dan kemungkaran, yaitu syaitan laknatullah.
Hati kita menjadi keji tanpa harus melalui proses berfikir, rasa jahat itu akan muncul seketika dalam hati dan merasakan sulitnya berbuat kebajikan.
Sebagaimana FirmanNya dalam Al Qur'an " Barang siapa yang berpaling dari dzikir kepada yang maha pemurah, kami adakan baginya syaitan ( yang menyesatkan ) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya ". ( QS Az Zukhruf : 36 ).
Mari kita ambil dua penyataan kebenaran di antara fungsi hati dan dzikir..
Imam Al Qusyairi mengatakan: "Jika seorang hamba berdzikir dengan lisan dan hatinya, berarti dia adalah seorang yang sempurna dalam sifat dan tingkah lakunya."
Dzikir kepada Allah bermakna, bahwa manusia sadar ( Ihsan ) akan dirinya yang berasal dari Allah, yang senantiasa mengawasi segala perbuatannya.
Dengan demikian manusia mustahil akan berani berbuat curang dan maksiat dihadapan-Nya. Dzikir berarti kehidupan, karena manusia ini adalah makhluq yang akan binasa ( fana ), sementara Allah senantiasa dan Maha hidup, melihat, berkuasa, dekat, dan mendengar, sedangkan menghubungkan ( dzikir) dengan Allah, berarti menghubungkan dengan sumber Maha Hidup ( Al Hayyu ).
Sabda Baginda RasulAllah saw " Perumpamaan orang yang berdzikir dengan orang yang tidak berdzikir seperti orang yang hidup dengan orang yang mati." ( HR. Bukhari )...
Itulah gambaran dzikir yang diajarkan oleh Baginda Mulia Rasulullah Saw. Bahwa dzikir kepada Allah itu bukan sekadar ungkapan sastra, nyanyian, hitungan-hitungan lafadz, melainkan suatu hakikat yang diyakini didalam jiwa dan merasakan kehadiran, Kekuasaan, Keagungan serta Kebesaran-Nya Allah di segenap masa dan keadaan, serta berpegang teguh dan menyandarkan kepada-Nya hidup dan matinya hanya untuk Allah semata-mata.
Maka itu, tidak ada kemuliaan yang lebih tinggi dari pada dzikir dan tidak ada nilai yang lebih berharga dari usaha menghadirkan Allah dalam hati, bersujud karena keagungan-Nya, dan tunduk kepada semua perintah-Nya serta menerima setiap keputusan-Nya Yang Maha Bijaksana..
Al Qur'an telah banyak mengungkapkan tentang apa itu yang bergelar qalb ( hati ) sebenarnya, namun pengungkapan nya tidak akan menjadi suatu kesedaran, apabila fikiran dan perasaan jiwa kita tidak pernah dibawa ke alamnya secara nyata.
Dari penjelasan di atas Ummi, Tuan dol dll yg di hurmati, dapat kita simpulkan bahawa kecintaan terhadap perbuatan keji dan mungkar itu hanya dapat diatasi dengan membawakan hati tersebut selalu teringat kepada Allah serta mengihklaskan hati kita hanya untuk Allah.
Firman Allah swt
" Dan sebutlah ( nama ) Tuhanmu dalam hatimu (jiwamu) dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." ( Qs Al A'Raaf:205 )
Sedikit penambahan buat pertanyaan sesama kita, ini bukannya utk di perdebatkan..sekadar perkongsian ataupun merupakan nilai ukuran untuk bermuhasabah...merasakan keindahan keimanan kita...
FirmanNya “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila di sebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka ( kerananya ), dan Hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. “ ( Al Anfaal : 2 ).
Rasa bergementarkah hati kita apabila menyebut nama Allah..??, jawapan bagi pertanyaan ini tidak perlu untuk di paparkan ( rasa ) mana mungkin dapat di olahkan dengan sekadar huruf dan kalimat..tetapi di saat pertanyaan ini tersoal, hati sudah tahu kebenaran, kejujuran bagi jawapan tersebut...dan Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hatimu...
Kiranya cukup Allah sahaja yang dapat menilai gementar, rasa ketaqwaan, kecintaan hati kita kpdNya.
Kemunafikan, kepura-puraan, hipokrit, kekafiran, kesombongan dll yg sewaktu dgnnya bersekongkol dgn hawa nafsu, semua ada disini..sikap dan perasaan ini cuba mengawal dan bermaharajalela, tetapi dapat di tewaskan dgn rasa keimanan yg muncul dan terbit dari hati dan bukannya dari sekadar gagasan fikiran...
Kita berjuang kpd sebuah peperangan yg kalah, andainya hati kita tidak mendapat pertunjuk dari Rabb-nya dan di atas Izin dan RahmatNya jua, dan itulah Allah berfirman dan menyeru “ wahai jiwa yang tenang “ dan bukannya “ wahai fikiran yang tenang “...
Kita mampu menganalisa, mengkaji serta menghuraikan contoh reaksi bahan-bahan campuran kimia sampai menjadi ia erti gula, tetapi kita tidak ada kemampuan membuat rasa manis yg terkandung pada gula tersebut..bahkan kekadang kita sendiri belum mampu dapat merasai manisnya gula atas sebab musabab tertentu..??
Semuga Allah memaafkan kita semua dan membimbing hati kita utk memahaminya ayat-ayatNya baik yg tertulis ( kauliyah ), mahupun ayat yg tidak tertulis ( kauniyah / ciptaan-Nya ) yang tersurat dan tersirat..Amin Ya Rabbal ‘alamin.
Padamkan Kiriman
Mudahan kita di beri Petunjuk dan Hidayah-Nya...amin...wallahu'alam.
di karang oleh intizhar at 8:53 PTG 0 comments
Anasir-anasir yang cuba merosakkan aqidah umat Islam hari ini..
Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dgn segala nikmat KurniaanNya..
Memang, Al Qur'an adalah firman Allah yang disucikan sehingga memegang pun harus suci dari hadath, namun hal ini bukan berarti haram bagi manusia untuk memahami sesuai dengan kadar pemikiran dan pemahamannya, karena Al Qur'an itu diturunkan sebagai petunjuk manusia dan semesta alam.
Al Qur’an juga di sebut An Nur, karena merupakan firman Allah yang memberikan jalan kebenaran dan tuntunan hidup bagi manusia...
Ada kelemahan bahasa manusia jika mengungkapkan rasa..manusia harus mulai menyadari keterbatasan dirinya, yang selama ini dijerumuskan oleh pengetahuan yang diperoleh, bahwa diri ini hanya terbatas pada mata, telinga, kaki serta anggota tubuh yang kelihatan.
Penggunaan aqal fikiran juga di mestikan... untuk dapat mengungkapkan tanda-tanda Kekuasaan dan Kebesaran Allah ditegaskan dalam FirmanNya banyak lagi seperti contohnya " Dia menumbuhkan bagimu dengan air hujan itu, tanaman zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian itu merupakan ayat-ayat Allah ( tanda-tanda kekuasaan Allah ) bagi orang- orang yang berfikir." ( An-Nahl ayat : 11 )
Kita sedar bahwa begitu agungnya Al Quran, dan begitu lemahnya kita dalam memahami syariat, sehingga kita lihat ummat Islam masa ini terperuk dan saling menyalahkan dan membuat tuduhan sesama kita....
Kita lihat pula gerakan atau kumpulan-kumpulan Islam muncul dimana-mana dalam dunia hari ini dengan berbagai bentuk penawaran berupa konsep keislaman yang lebih murni, namun apa yang terjadi ?? kenyataan mereka masih sangat rapuh..tinggal buih.. Indah khabar dari rupa.. kerana masing-masing pihak merasa yang paling benar dan Islam..
Satu hal yang belum ada dalam jiwa ummat adalah kelembutan hati akibat jauhnya dari ingat kepada Allah, memulainya sesuatu tindakan
bukan dilandasi karena Allah, melainkan bicara nafsu...
Kita belum memiliki keberanian untuk mengatakan aku lah yang lemah, salah dan terima kasih atas nasihatmu, padahal untuk hal seperti itu Allah sudah memberikan peringatan seperti FirmanNya " Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasehat menasehati supaya menta'ati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kebenaran ". dalam surah( Al Asyr ayat : 3 ).
Imam Hasan Al Banna berkata di dalam risalah ta'lim : ` Bagi iman yang tulus, ibadah yang benar serta mujahadah ( berjuang menundukkan hawa nafsu ) akan melahirkan cahaya kelazatan, yang Allah limpahkan ke dalam hati siapa saja yang Dia kehendaki diantara hamba- hamba-Nya. Akan tetapi ilham, khuwatir ( lintasan-lintasan hati ), kasyaf ( penyingkapan rahasia ghaib ) dan mimpi bukanlah merupakan dalil- dalil hukum syariat dan tidak dianggap kecuali dengan syarat tidak bertentangan dengan hukum agama dan nash-nash-Nya ( nash dari Al Qur'an dan As Sunnah).'
Saya mohon maaf sekiranya ada yg tersinggung dan berharap mudahan mengerti dan fahamilah di sini, sebenarnya tidak ada bantahan langsung dari awal sehingga saat ini pada yang berpegang wajib di pimpin oleh guru, mahupun pakar dsbnya...punya pilihankan..
tapi bagi saya yg kerdil ini,..begitu bermakna dan bernilai dengan pengertian Kata " iqra " merupakan jendela untuk melihat kehidupan alam semesta yang luar biasa luasnya. Ayat ini menyiratkan makna, betapa Al Qur'an, Mutiara-mutiara FirmanNya di atas Izin serta RahmatNya membuka cakrawala dunia ilmu ( pengetahuan ), kerohanian yang dapat digali melalui kata ` baca '... ..Maha Suci Allah...
Alhamdulillah syukur yang di atas limpah kurniaNya Ilmu dari Engkau Ya Allah memberi pengertian iaitu bermulanya dari satu titik lalu mencorakkan huruf dan huruf-huruf itu adalah rumus yang pada asal dan mulanya tidak memiliki erti dan maksudnya apa-apa, sehingga kemudian dengan izinMu tersusun menjadi sebuah kata dan lagi susunan kata di olah menjadi pula sebuah kalimat (Ilmu) dan dari sebuah kalimat itu terkandungnya sebuah pengertian (mesti faham) ...dan seterusnya pengertian itu sebenarnya bukanlah sebuah kalimatpun ( mesti nampak ), dan untuk (merasa) jangan lagi pandang dan tilik pada titik tersebut tapi teruskan pada di sebalik titik itu.. Luasnya dan dalamnya Ilmu di dalam Ilmu dari Allah tidak terhingga..Ya Allah, Ya Allah, Allah, Allah Muhammad RasulAllah.....
seperti FirmanNya " Katakanlah " Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (di tulis ) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). Katakanlah "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang di wahyukan kepadaku; " Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya." ( QS Al Kahfi : 109-110 ).
Jelas disini melalui Al Quran, Allah swt menanamkan pada ummatnya manusia agar menjadi manusia yg mahu berfikir( Afala tatafakkarun)..beraqal..(Afala ta'qilun)..dan meneliti ( Afala tandzurun )..maka kesimpulannya berfikir itu merupakan jalan yang utk mengetahui lebih jauh,luas dan dalam lagi..
Oleh kerana itu Wahyu yang pertama di turunkan Allah melalui Malaikat Jibrail yang di mulai dengan kata "( Iqra' )" Baca..dengan perintah Ilahi ialah melihat kejadian atau proses awal penciptaan manusia!!! Bacalah dengan nama Tuhanmu ..yang menciptakan manusia dari segumpal darah...dan ini adalah kebenaran.. yang dengan tegas Nabi Muhammad mengatakan tidak tahu membaca, kerana mengira perintah membaca adalah membaca pada huruf-huruf hijaiyyah atau tulisan..kerana beliau (ummi)..beliau menyedari hal ini sehingga Malaikat Jibrail menyampaikan wahyu yang di susupkan ke dalam hati sanubarinya yang bukan berupa suara mahupun huruf ( Laa Shatun wa laa harfun)..
Nabi Muhammad membaca Al Quran bukan kerana beliau pandai membacanya huruf-huruf hijaiyyah, akan tetapi Ia di bacakan Oleh Allah " Kami akan membacakan (AlQuran) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa." ( Al A'laa: 6 ).("Sanuqriuka falaa tansa ") sehingga beliau tidak akan lupa selama-lamanya..sedangkan Firman Allah swt ataupun bahasaNya bukanlah berupa tulisan dan bukan berupa suara ( Laisa kamistilhi syai'un, tidak serupa dengan makhluknya)..
Bukannya menghina dan memandang rendah tetapi jesteru mengangkat darjat Baginda RasulAllah saw yg seorang ( ummi ) itu bukanlah bodoh dan jahil, sebab selama ini kita sering terjebak dengan kata "membaca" dengan pengertian yang terlalu sempit dan sombong..
Hari ini mereka-mereka ini mendapat penghargaan yg tinggi dgn pencapaian Ilmu seperti Ibnu Sina, Al Razi, Ishak Yuda, Haly Abbas, Abiruni, Albert Enstein, Thomas Alfa Edison, Archimides dll termasuk para Imam Besar, Ulama', Sheikh, Murabbi, Kiyai, ustadz ataupun guru dll.
Saidina Omar Ibni Khatab merupakan salah satu Sahabat Nabi yg memiliki kekuatan Batin dan mampu membaca rahsia ghaib atau dalam bahasa Tesawufnya di sebut (Mukasyaf) / Muhadatsun..Hadith RasulAllah saw " Di antara umat-umat sebelum kalian telah ada "Muhadatsun", kalau adapun seorang dialah Omar Ibni Khatab..
"Percayalah dengan firasat orang Mu'min, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah." ( HR, At Tirmidzi)
Dan padamu Wahai RasulAllah saw ia begitu ajaib atas pemerliharaan Allah padamu mudahan Selawat dan Salam Hormatnya kami sentiasa ingat dan ucapkan....
di karang oleh intizhar at 8:52 PTG 0 comments
Guru Mursyid
Dengan izin Allah dan di atas RahmatNya..mudahan kalian semua di pertemukanNya dengan para guru mursyid..
Guru Mursyid..guru mursyid..guru mursyid..iho.. bila kita menyebutnya, secara otomatis kita akan memikirkan ketinggian keilmuannya dan kekaramahannya, keperibadiannya..mungkin ada lagi apa-apa yang terbaik buat kita menilai akan dirinya sebagai seorang mursyid, berpandukan kepada pedoman, garis panduan dan penerimaan yang sesuai dengan perjalanan menuju Ketuhanan. Sama sekali kita tidak menafikan akan anugerah Ilahi pada sesetengah manusia itu mendapat kelebihan dari segi ilmu mahupun karamahnya.
Haqiqatnya mereka yang bergelar atau di gelar sebagai sorang guru mursyid itu tetap makhluk yang bernama manusia, manusia, manusia seperti kita semua, kesedaran awal tadi (guru mursyid) tapi berlangsung kini berubah kesedaran menjadi manusia..mari kita merenung sejenak, baiklah apa pula yang kita faham, nampak dan rasa apa itu ( manusia )? jangan renung dalam kelompok yang kecil, tapi pandanglah nun jauhnya disana (global )...berpandukan ( QS Al Kahfi : 109 - 110 )..dan lagi ( QS Al Nahl : 43 ).
Dalam membicarakan tajuk ini, sedarilah kita ada yang bertemu serta di temukan dan mungkin tidak bertemu langsung, semuanya di atas Kehendak dan Kekuasaan Ilahi..Maha AgungMu Ya Allah sebagai Waliyam Mursyada Maha memberi Pertunjuk dan Hidayah, Engkaulah Ya Allah Yang Mengajar kami.. ( QS Al 'Alaq 1 - 5 ).
Firman Allah swt " dan pasti Kami tunjuki mereka kepada jalan yang lurus. Dan barangsiapa yang menta'ati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang di anugerahi ni'mat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh.Dan mereka itulah teman yang yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui. ( QS An Nisaa' : 68 - 70 ).
Buat renungan sahaja " Kenapa guru yang mengajar.. contohnya (Tok guru Nik Aziz) guru itu tidak jadi Mursyidul Am ? mohon ampun dan maafkan saya dari dzahir dan batin, kerana membuat sedikit perumpamaan atas nama Tok guru.
Kisah-kisah sufi atau yg berkaitan banyak kena mainan syaitan, memang ada,..bagaimana pula dengan para-para sufi atau yg berkaitan di sebaliknya ??, dengan maksud yg berada di atas landasan di atas IzinNya dan RahmatNya ??
dan buat makluman Tuan dol_bendol, apa pengertian anda pula dengan firmannya di dlm Surah An Nisaa' 69-70 berhubung kait dgn ayat Quran 43 : 36.. ??
walau bagaimanapun kita akui haqiqat diri wajib di kenali sesuai dgn FirmanNya Adz Dzaariyaat : 21 dll...
mengamati serta mempelajari Ilmu dari Allah swt amatlah wajib, sehingga kita sendiri pernah di motivasi oleh Baginda RasulAllah saw " agar menuntut ilmu sampai ke negeri Cina "..jangan pula kita menjadi riak dan ujub apabila di buka kan Allah rahsia-rahsia Ilahi pada yg mengerti di Atas IzinNya dan Rahmatnya..dan jangan juga menjadi pandangan dari Ilmu Allah dalam satu dimensi sahaja seperti sesetengah manusia cuba mengerti ilmu dan menggambarkan agama dengan aqalnya tanpa sesuatu dalil yg haq, umumnya yg di perolehi adalah interpretasi yg terjadi pada masa lampau, sehingga pola kehidupan kita seperti akan di paksa atau terpaksa utk hidup seperti apa yg terjadi oleh kaum terdahulu contohnya di antara perumpamaan Hebat yang Allah ciptakan didlm Ash habul Kahfi..pertama kita mengakui kebenaran Kekuasaan Allah swt terhadap pemuda-pemuda yg tertidur dan terjaga lebih kurang 350 tahun sebelum itu..dan pandangan satu sisi lagi atas perumpamaan itu pemuda-pemuda tersebut menjadi hairan dengan dunia yg amat berbeza dari masa 350 tahun sebelum itu ??
Keluasan dan kedalaman Ilmu dari Allah juga di ungkapkanNya melalui FirmanNya di dlm surah tersebut Al Kahfi :109-110...dan jangan jadi seperti sesetengah manusia yg cuba menyempitkan minda kita dengan menyebarkan, mereka-reka sesuatu ilmu / cerita dengan fahaman kuno lagi merapu...seolah-olah dia seorang saja yg tahu, dan org lain seperti dungu...
Baginda RasulAllah saw sebelum wafat sudah tahu di atas IzinNya dan RahmatNya, akan penyelewengan pengertian agama tetap akan berlaku, maka sebab itu, Beliau berpesan / berwasiat supaya ummatnya tidak akan sesat selama-lamanya andai berpegang pada Kitabullah ( Al Quran ) dan Sunnahnya..mudahan kita semua mendapat pertunjuk dan hidayahNya..Amin.
" Wattaqullah wayu'allimukumullah, wallahu bikulli syai in 'alim " . Dan bertaqwalah kpd Allah, Allah yang mengajarkan kamu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu ( Al Baqarah : 282 )..
Bahawa manusia harus menyedari atas Kekuasaan Ilahi yg di berikanNya keilmuan, kepandaian dll yg di miliki kita itu hanyalah milik Allah sebenarnya, yang akan di ambil kembali bila-bila masa ataupun tiba saatnya...
Kekhawatiran atas kesombongan serta riak manusia itu yg terkadangnya telah melupakan asal muasal yg di milikinya sehingga tidak menerima bahawa semuanya itu adalah haq Allah..memang benar hal sebegini rupa akan menjadi hambatan ataupun hijab baginya untuk menuju Allah swt.
Allah berfirman dengan tegasnya dalam bentuk nafiah ( peniadaan ) " Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk ".. ( Al Qashash : 56 )
..dan lagi FirmanNya " Barang siapa yang di beri petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barang siapa yang di sesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang yang dapat memberi petunjuk kepadanya..". ( Al Kahfi : 17 )..dan banyak lagi FirmanNya.. .
dengan demikian tepatlah seperti apa yang Baginda RasulAllah saw pernah bersabda " qul innama ana basharun mitslukum yuuha ilayya annama ilahukum ilahun waahid " katakanlah; Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang di wahyukan kepadaku. Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa ( Al Kahfi : 110 )..Amin Ya Rabbal 'Alamin..
Mudahan di perkenankan.. siapa yang mentauliahkan dan siapa yang mengitirofkan ??, yakinlah semua ini di atas IzinNya dan RahmatNya..
Syeikh Ahmad bin 'Athaillah di dalam Al Hikam menyebutkan bahawa " Tiada sesuatu benda yang menghijab engkau dari Allah, tetapi yang menghijab engkau adalah prasangkamu tentang adanya sesuatu di samping Allah, sebab segala sesuatu selain Allah itu pada haqiqatnya tiada maujud ( tidak ada ), sebab yang wajib ada hanya Allah, sedang yang lainnya terserah kepada belas kasihan Allah untuk di adakan atau di tiadakan "
akhir kata buat renungan sesama kita " Tujuan dari agama dan Ilmu yang benar hanyalah satu,, iaitu menuju mendekati kebenaran yang mutlak..Ilmu untuk mengetahuinya dan agama untuk merasainya.. mudahan kita di beri Pertunjuk dan HidayahNya..Amin.
Lain padang lain lalangnya..lain orang lain pula caranya, kita semua di sini sebenarnya mahu kongsi pengalaman dan pengetahuan..ada yg kalian tahu, saya tidak tahu....perbicaraan kian panas dan Kebenaran mutlaq, Allah Maha Mencipta segala-galanya..
Siapakah Yang Maha Mengetahui ??, Maha Pembimbing ??,..sudah tentu jawabannya Allah..bukan terasa biadap mahupun kesombongan, apabila mahu mencari kebenaran..timbulnya kerendahan, kekerdilan serta kejahilan..disni Allah sediakan buat makhluknya yang mahu berjalan menuju Ketuhanan dgn tingkatan ketaqwaan mahupun penyerahan diri..
Allah Maha Tahu, Dia yang Mencipta segalanya...Di atas IzinNya dan RahmatNya, ada hambanya yg di anugerahkan dgn cara tersendiri, ada yang di hadirkan oleh itu kita bahasakan sebagai Murabi, Guru / Murshid, dsbnya..
Pada kebanyakkan berpegang pada penyebaran ilmu Ketuhanan sudah semestinya melalui proses pembelajaran, perlu pembimbing, perlu ada silsilah tertentu bagi membuka pintu-pintu rahsia, perlu peradaban khususnya Ilmu kerohanian dan amnya ilmu keduniaan.jadi berbagailah dalil serta nas di persembahkan bagi mengukuhkan hujah serta bicara tersebut...kita akui benar..
Begitu pula ada sedikit yg berpegang Di atas IzinNya dan RahmatNya juga merasai tidak perlu pada sang yg bergelar murshid untuk mencapai tujuan perjalanan mencari Ketuhanan, dgn beberapa alasan spt takut terjebak ke dlm paradigma Hinduisme yg menempatkan " Guru " sebagai makhluk melebehi sesuatu dan suci..Rahib dalam kependetaan Yahudi dan Nasrani..
Firman Allah swt " Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah, ( juga mereka mempertuhankan ) Al Masih putra Mariyam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan ( yang berhak disembah ) selain Dia " ( At Taubah : 31 )..Allah menegaskan tidak layak bagi bernama makhluk utk mengatur dan mendidik manusia..di kuatkan lagi dgn FirmanNya.." 'Allamal insaana maalam ya'lam " ertinya " Dia yang mengajar manusia apa yang tidak di ketahuinya " ( Al 'Alaq : 5 )
" Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu tidak mengetahui apa-apa, kemudian Allah memberi kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta fikiran ( perasaan ), supaya kamu bersyukur" ( QS An Nahl:78 )..
Ada dua pernyataan di sini khususnya pada mencari kebenaran menuju Ketuhanan..
1) Wajib berguru dgn guru Murshid..sekiranya ada kemusykilan jadi ada tempat rujukan, begitu seterusnya.
2) Tidak perlu, melainkan menyedari atas kepandaian dan kehebatan yg di milikinya itu hanya semata-mata milik serta kepunyaan Allah, yg akan di beri pd sesiapapun, begitu juga akan di ambil kembali pd saatnya..
Baginda Mulia menempatkan kaum terdekatnya sebagai " sahabat ", berbeda dgn doktrin Hinduisme yg menempatkan " Guru ". Paparan di sini tidak bermaksud mahu merendahkan kedudukan martabat manusia sebagai pembimbing, pembersih jiwa, murabi serta guru Murshid, tetapi pandang dari sisi hakikatnya...keakuan kita bersaksi kan Dia Yang Maha Mengetahui, Maha Pembimbing, Maha Suci, Maha Pemberi Pertunjuk.
Niat saya sebenarnya mahu membuka minda sesama kita..
1) tidak bertujuan mengabaikan kewibawaan guru-guru, sehingga menyiratkan rasa kesombongan seorang anak manusia tidak akan belajar lagi pd manusia..dan
2)agar kesombongan manusia terkadang lupa menilai kepada yg bernilai iaitu melupakan asal muasal yg di milikinya sehingga tidak menerima bahawa itu semuanya adalah haq dan milik Allah..dan hal sebegini rupa akan menjadi hijab baginya untuk menuju kepada Allah swt..sila rujuk ( Al Kahfi : 17 ), ( An Nuur : 21), ( Al Qashash: 56 ) Mudahan kita di beri Pertunjuk dan HidayahNya.
para perjalanan kerohanian mahu menuju Ketuhanan..silalah buat penilaian dengan IzinNya dan RahmatNya dapat kita mengawali setiap langkah yang lebih berkualiti dan sempurna setelah mengerti Dzat dan arah tujuan beragama kita, bukan bergelojak dalam alam retorika Ilmu Tauhid yg tidak ada habisnya....
Baginda Mulia RasulAllah saw bersabda: " Barangsiapa menuntut ilmu dengan maksud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk bermujahadah dengan orang-orang jahil atau untuk menarik perhatian orang lain, maka dia akan masuk neraka". ..dan lagi..
" Setiap orang yang telah mendapat pertunjuk kemudian sesat di sebabkan suka berbantah-bantahan untuk mencari kemenangan dan bukan kebenaran, maka dia tidak akan mendapat keuntungan kecuali orang itu dilimpahi rahmat Allah sehingga dia bertaubat".
Firman Allah SWT " Katakanlah " Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, ( mengharamkan ) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan ( mengharamkan ) mengada-ngadakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui". ( QS Al A'raaf: 33 ).
dan FirmanNya " Maka bertanyalah kepada orang yang pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui. ( An Nahl : 43 )
Mudahan kita semua mendapat Keredhaan, Pertunjuk dan HidayahNya.. Amin...
Mari kita sama-sama berjalan, berpegang erat persaudaraan kita...
Menyatakan pendapat, memberi pandangan..sebenarnya baik untuk sesama kita menilai sejauh mana dan sedalam mana bicara itu..
Mari kita merenung sejenak dgn FirmanNya " Allah adalah cahaya bagi langit dan bumi. Perumpamaan cahaya adalah seperti lubang yang di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam kaca. Dan kaca itu laksana bintang yang berkilauan yang dinyalakan dengan minyak pohon yang di berkati, iaitu minyak zaitun yang bukan dari timur dan tidak ( juga ) dai barat. Minyaknya hampir menerangi sekalipun tidak di sentuh api. Cahaya di atas cahaya. Allah memberi petunjukkepada cahaya-Nya kepada siapa yang di kehendaki-Nya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu " ( An Nuur : 35 )...
Dengan berbekal sedikit ilmu Ketuhanan, memasrahkan diri, yaqin dan redha KetentuanNya...menggantungkan jiwa dgn segenap syari'at yg telah ditentukan, mudahan mendapatkan cahaya keimanan yang lebih dalam dan sunyi..Cahaya itu bersemayam di dalam hati orang-orang yang terpilih dan dikehendakiNya, tidak ada guru murshid, tidak ada murid di sini..
Imam Ghazali dalam menamakan pengertian ini sebagai pengertian " awwali ". Dari mana pengertian-pengertian tersebut di perolehi, sebagaimana ucapan beliau " Fikiran menjadi sehat dan berkeseimbangan kembali dgn aman serta yakin dapat menerima kembali segala pengertian-pengertian awwali dari aqal itu. Semua itu terjadi tidak dengan mengatur alasan atau menyusun keterangan, melainkan dengan Nur ( cahaya ) yang di pancarkan Allah swt ke dalam batin dari Ilmu ma'rifat " ( dalam buku Pembebasan dari kesesatan, halaman 10)..
Dengan cahaya itu Allah menunjuki jalan ruhani kita utk mendengar, melihat, merasa secara nyata..Di atas IzinNya dan RahmatNya Allah yang akan menghantar jiwa kita meluncur, melayang menemui-Nya..dengan cahayaNya juga kita mampu membezakan di antara haq dan bathil, Iblis dan syaitan..seperti firmanNya " Wahai orang-orang yang beriman jika kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan bagimu furqan ( pembeda ) "( Surah Al Anfaal : 29 )..
Firman Allah lagi " .Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan bagimu jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan ( keperluan ) nya" ( At Thalaaq : 2-3 )
Bukan seorang " Guru Murshid " yang memberi cahaya tersebut..perhatikan Baginda Mulia RasulAllah saw sendiri mengaku sebagai manusia biasa dan jgnlah mengAgungkan dirinya spt kaum Nasrani mengAgungkan Nabi Isa as ?? sebenarnya betapa tinggi akhlaq dan bersih hatinya, namun bukan berarti melihat pernyataan Beliau sebagai manusia biasa, Ia adalah RasulAllah saw yang akan membuka syafa'atnya di hari Qiamat nanti..
Dunia Tesawuf telah koyak rabak sehingga ke saat ini, sehingga keberadaan Allah di salah erti, mengklaimkan jalan menuju kpdnya begitu payah dan sukar ??... ( teramat sedih sekali )..
Keyakinan seseorang itu akan mudah lepas dan selalu dalam keraguan apabila selama ini kita seolah-olah dipaksa untuk terus bersetuju ataupun percaya terhadap sesuatu keyakinan, tanpa pernah memikirkan dan memahami mengapa kita harus meyakininya...
Pandangan peribadi, apabila kita membicara bab ini, sudah semestinya ada satu tanda pengertian rasa yang saling berkait rapat di antara kalimat tersebut itulah Ilmu....ada persoalan dan ada jawapannya..tetapi dalam dunia kerohanian ( spiritual Islam ) adakalanya banyak persoalan tak terjawab, maka itulah kita wajib mencari Ilmu ,... dan pada yg bergelar guru.. tidak usah sampai mentaksubkan..
wallahu'alam
di karang oleh intizhar at 8:45 PTG 0 comments
Pintu laluan iblis dalam hati manusia...
Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dgn segala nikmat kurniaanNya..
Ingat si Iblis juga menyebut nama Allah mengaku Kekuasaan Allah dan tahu Kebesaran Dzat Maha Agung lagi Suci, namun tidak mematuhi perintah Allah, walaupun ia berkomunikasi dan memohon kekuatan untuk kepentingan nafsunya, serta di kabulkan permintaannya ( QS As Shaad : 71 - 88 )..
Iblis laknatullah itu mampu meresap ke dlm fikiran, melalui aliran urat saraf dan darah, menembusi ruang dan waktu..mereka tidak pernah jemu menghasut, menyesatkan kita,.. meskipun kita juga tidak pernah putus asa dan tetap berusaha menangkis, lawan tetap lawan, namun gagal dan kecundang jua akhirnya..kesedaran ini telah di perakui yang makhluk ini bukanlah tandingan kita..walaupun anggapan kita yg tipu dayanya si iblis adalah sangat lemah..
Iblis dan juga kuncu-kuncunya juga sebenarnya sdg berkhidmat kpd Allah, tetapi perkhidmatan mereka ini hanya untuk satu tujuan iaitu menyesatkan kita umat manusia yang sebaik-baik kejadian, tetapi kebanyakkan kita lupa dan lalai yg kita punyai satu peluang lagi yang di atas IzinNya dan RahmatNya iaitu " kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka" ( Al Shaad : 83 )...
Ikhlas itu di mana ??..Ilmu di dalam Ilmu dan Ikhlas di dalam Ikhlas..hanya Allah yg Maha Mengetahui..wallahu'alam.
di karang oleh intizhar at 8:37 PTG 0 comments
Wasiat dari Luqmanul Hakim buat anak-anaknya..
Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala ciptaan kurniaanNya..
Ada tiga asas agama ; aqidah, syariah dan akhlak menjadi teras enam wasiat dari Luqmanul Hakim buat anak-anaknya sebagaimana tercatat di dalam Al-Quran, Surah Luqman : 13 - 19.
1) Meninggalkan serta menjauhi perbuatan syirik kepada Allah ( ayat 13 )..agar dpt mendidik anak-anak dgn teras aqidah iaitu Tauhid kepada Allah swt, Luqman juga berpesan dan memperingatkan anaknya supaya tidak melakukan syirik kpd Allah swt, dan sentiasa membersihkan diri dpd sebarang kerosakan dan kesesatan yg berpunca dpd syirik..
2) Berbuat baik pada Ibu bapa ( ayat 14-15 )..mendidik anak-anak untuk sentiasa berbuat baik terhadap ibu bapanya. Walau bagaimanapun, jika kedua ibu bapanya mengajak atau memaksa anak bersubahat dan melakukan syirik ataupun perbuatan yg di tegah oleh agama, ia tidak wajib di patuhi..ini menunjukkan bahawa agama Islam lebih mementingkan hubungan aqidah berbanding hubungan kekeluargaan dan keturunan..
3) Setiap amal perbuatan akan di beri balasan oleh Allah swt ( ayat 16 )..memberi tarbiyah serta menanamkam dalam diri anak-anak akan keyakinan bahawa setiap amal perbuatan walaupun sebesar zarrah, sama ada baik atau buruk, berlaku secara terang mahupun tersembunyi, tetap akan di hitung dan di beri balasan yg setimpal oleh Allah swt..
4) Mendirikan solat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dpd kemungkaran serta sentiasa bersifat sabar ( ayat 17 )..mendidik anak-anak mendirikan serta menunaikan solat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran serta bersabar sekiranya ditimpa bencana dan erti kesusahan..
5) Menjauhi sifat sombong dan bangga diri ( ayat 18 )..mendidik anak-anak supaya tidak bersifat sombong dan bangga diri serta menggalakkan supaya sentiasa bersifat tawaddu' yang boleh melahirkan keutuhan dalam erti persaudaraan..
6) Bersederhana ( ayat 19 )..mendidik anak-anak supaya sentiasa bersikap kesederhanaan, salah satu dpd sifat terpuji di dalam Islam. Termasuk dalam tuntutan bersederhana ini ialah menjaga dan melembutkan suara yg sudah tentunya menyerlahkan lagi kesopanan seseorang muslim..
wallahu'alam.
di karang oleh intizhar at 8:35 PTG 0 comments