AL-QURAN

AL-QURAN
bukan sekadar bacaan berpahala,..

Nasehatnya...

Nasehatnya...
Mudahan mendapat Keredhaan Ilahi...

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .
seumpama setitik air di tengah lautan

Isnin, 10 Mei 2010

Tariqat dan Sufi



Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya...

MATLAMAT tetap sama.. cuma jalan berbeda.. apabila menapak ke alam / jalan kerohanian.. pelbagai tohmahan, dugaan dan ujian perlu dilalui.. bersyukurlah andainya kita tergolong dalam golongan itu..

bagi yang tidak berupaya / terbuka / tergerak akan dirinya bagi menjalani jalan kerohanian itu adalah tertaluq pada Izin, Rahmat dan Haq ALLAH jua.. tiadalah boleh org yang menjalani aliran tariqah dan haqiqat itu merendahkan orang lain.. kerana semakin jauh perjalanan semakin tunduk hati kita.. dan semakin kenal kita ALLAH yang MAHA segalaNya..

dan bagi org yang tidak menjalani perjalanan rohani itu tidak boleh juga menyangkal aliran tariqah dan haqiqat itu.. kerana ilmu itu dari ALLAH jua..

tiada hamba mengatur jalanNYA,... melainkan PenciptaNYA mengaturkanNYA..INGATLAH bahawa semua itu berada Di dalam PengetahuanNYA.

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA MENCIPTA SERTA MENGATUR SEGALA-GALANYA..

org yg mengikuti syariat shj berpegang kpd faham dgn amalnya...
org yg mengikuti tariqat sampai kpd hakikat berpegang dgn ilmu dan amalnya
org yg menjalani makrifah berpegang dgn yakin sebenar yakin akan rasaNya...

Untuk itu, menuntut ilmu agama adalah merupakan perkara yang menjadi kemestian bagi sesiapa sahaja, kerana dengan ilmu yang shohih sahajalah syariat dapat ditegakkan, dan dengan ilmu yang benar sahajalah thoriqat dapat diluruskan malahan dengan ilmu makrifat sahajalah hakikat dapat disempurnakan.

Imam Al-Ghazali dalam Kitab As-Sirrus Salikin berkata:

Ketahui olehmu bahawasanya tiada dapat kemenangan manusia itu di dalam akhirat melainkan dengan ILMU DAN AMAL yakni ibadat.

• Bermula ibadat dengan tiada Siddiq ( benar) tiada sah dan
• niat dengan tiada ikhlas akan jadi riya' dan...
• ikhlas dengan tiada siddiq adalah dusta lagi munafik...

Ketahui olehmu bahawasanya bagi tiap-tiap sesuatu itu tasawur ( terbuka / terdedah ) mencampuri akan dia oleh sesuatu yang lain. Maka apabila suci ia daripada suatu yang mencampuri; itu dinamakan KHOLIS { bersih } dan dinamakan perbuatan orang yang menyucikan itu IKHLAS seperti firman Allah dalam Surah An-Nah l: 66 yang bermaksud:

"Di antara tahi dan darah - didapati - susu yang bersih dan sedap ditelan oleh orang-orang yang meminum".

Sesungguhnya kebersihan susu itu bahawa tiada ada di dalamnya campuran dari darah dan tahi dan dari setiap apa yang mungkin bercampur dengan dia.

Maha Suci Allah yg Maha Bijaksana Mencipta serta Mengatur segala-galaNya

Abu Qasim al-Qusyairi berkata : Ikhlas merupakan suatu yang menjadikan Allah Yang Maha Benar adalah satu-satunya matlamat utama ketika berniat dalam melakukan ketaatan. Ikhlas juga merupakan kemahuannya dalam melakukan ketaatan bertujuan menghampirkan diri kepada Allah tanpa sesuatu yang lain daripada berbuat kerana makhluk, melakukan pekerjaan bagi mendapat pujian manusia, suka kepada pujian makhluk atau makna daripada setiap makna selain daripada menghampirkan diri kepada Allah.

Tidak dinafikan ada dikalangan sufi yg melebih-lebihkan peraturan syariat kerana menurut pertimbangannya sendiri, ada yg palsu, yg tidak memelihara akhlah dan adab, yg terpedaya dengan pelbagai pendayaan dan paling ketara yg sudah melewati batas Islam..bahawa org yg menempuh jln Allah itu amat sedikit sekali, yg mengakukan demikian banyaknya…

Saya ingin mengambil pendekatan secara begini dan berkongsi sedikit pengetahuan sesama kita dengan merenungi teka-teki yg di kemukakan oleh Imam Al- Ghazali dgn murid-muridnya suatu ketika..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya, lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
[/color]
Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Setiap org diperuntukan modal dari Allah baginya, dan ma’rifat itu adalah modal yg bernilai bagi org mukmin..kerana gambaran mukmin ialah mengaku Allah sebagai tuhan, Baginda Mulia Muhammad itu Nabi dan RasulAllah saw dan Islam sebagai agama..sebab ilmu-ilmu pengetahuan bersifat nisbi ( berubah-ubah ),..akan tetapi berfikir merupakan jalan untuk mengetahui lebih jauh dan dalam lagi dari apa yg di perolehi sekarang, seterus dan seterusnya.

Begitulah kiranya tidak perlu mengira golongan apakah ia, siapakah mereka..kerana setiap kali Allah berfirman sesuatu peraturan besar pada masa yang lalu , Ia diiringi dgn mengatakan" Demikian Sunnatullah, dan engkau tidak akan dapati Sunnatullah itu bertukar dan berpaling. " Maka siapa yang melanggar Sunnatullah, ia akan hancur sendiri....

Masa itu emas, di atas Rahmat Allah SWT, masa juga menjadi adil sesama manusia tanpa mengira siapa kita, jangan habiskan kecuali untuk sesuatu yang benar-benar bernilai...Mudahan Allah merahmati semua kita dalam era menuju Ketuhanan.

Pepatah arab ada mengatakan " manusia akan menjadi musuh kpd apa yang ia tidak tahu..".

Berbicara mengenai tariqat dan sufi..pasti tersentuh berkaitan Ketuhanan, ilmu, aqal, perjalanan keruhanian, Mursyid dsbgnya..namun dalam tidak kesedaran, kita juga seolah-olah terlupa yg kita sdg mempertikaikan akan Haq Allah dalam memilih para-hamba-hambaNya... sedarkah siapa yg berdosa selama ini ?? Mudahan Allah mengampuni kita.

Sebenarnya Allah berhak menyukai siapa saja, sesuka-Nya. Mengatur para kekasihNya berpenampilan seperti kehendakNya.

Alangkah sedihnya ..Kita sendirilah yang menciptakan penghalang, filter yang kita ' lebih-lebih ', sehingga jestru menutup kita dari jalan menuju ketuhanan, mencari kebenaran, dan seolah-olah menakut-nakutkan pula pada yg mahu berjinak-jinak dgn pengajian serta perjalanan keruhanian..

Tidak ada sesiapapun yang berani mempertikaikan kemuliaan Nabi Junjungan kita serta pewarisnya..dan dunia Tesawuf bukan sekitar disini sahaja..tidak ada siapapun pun yg mampu bersyarah seuka hati disini..Tulonglah mengerti...

Di atas keizinanNya dan RahmatNya.. bagi org-org yg telah dan akan memutuskan diri untuk mengingati Allah, dalam setiap keadaannya, hidupnya, masanya, dengan bersolat, membaca Al Quran, bertasbih, bertahlil, bertahmid, bertakbir, berselawat atas Nabi, ahli keluarganya dan para para sahabatnya,..mereka juga berpegang pada syariat dan haqiqat dgn sebenarnya, istiqamah atas jalan Nabi.. tidak semestinya seorang sufi yg mesti ada sheikh memimpinnya ??, melainkan mukmin seperti FirmanNya " Merekalah orang mu'min yang sebenarnya. Bagi mereka beberapa darjat disisi Tuhan dan juga ada ampunan-ampunan. "

Tidak dinafikan masih ada lagi yg menciptakan ' waham kesolehan ' sendiri. Waham, ilusi, yang jestru dapat menjauhkan kita dari gerbang-Nya. Kita telah tertipu oleh 'standard jaminan mutu kesolehan ' yang dibangun dunia ini.. sesuai dengan kriteria yang kita buat sendiri..ada yg tidak suka ditegur, tapi tidak ada seiapa pun yg akan marah andainya teguran dan kritikan itu diniatkan kerana Allah..Dia yang Maha Mencipta segalaNya..

Surah Saba` [ 34:20 ] Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman.

Nabi SAW bersabda, ”Allah berfirman, ”Aku senantiasa menurut sangka hamba-Ku kepada-Ku dan Aku senantiasa bersamanya ketika ia menyebut nama-Ku. Jika ia menyebut nama-Ku dalam hatinya, maka Aku menyebut pula dalam hati-Ku dan jika ia menyebut-Ku dalam majlis ramai, maka Aku menyebutnya dalam majlis ramai yang lebih baik. Jika ia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, maka Aku mendekatinya dengan berlari.” ( Bukhari, Muslim )..

Marilah kita ambil kesimpulan dari gerakan Nabi Muhammad turun naik ke Gua Hira' selama hampir lima tahun bertahannuth sebelum kenabiannya..dan buat mereka yg kenal pewarisnya dan ada mursyidnya sila bertanya ' apakah hasil dan rahsia yg diperolehi Nabi semasa dinobatkan untuk menjadi RasulAllah saw,.. selain dari di atas IzinNya dan RahmatNya turun malaikat Jibrail a.s. membawa Wahyu yang pertama " IQRA' " ( baca ).. Mudahan mendapat keredhaanNya..Amin.

Lagi kita pelajari, semakin banyak kita rasa kekurangan…ada yg suka menegur, tapi diri sendiri pantang ditegur.. disini tak ada siapapun yang mahu mencela ataupun melempar tuduhan berupa pendustaan terhadap para wali-wali Allah.. bukan topiknya, jgn salah faham..sebab itu di suruh ‘ baca ‘…tiada sindiran mahupun cemuhan melainkan kerana Allah jua.

kebanyakan manusia hari ini boleh membaca,.. tanpa menggunakan Aqal serta cahaya ilmu yg di kurniakan Allah, mustahil kita dapat membaca saat ini..yg akhirnya kehabisan modal dan terpaksa keluarkan hujah mahupun syarah dengan mengambil dari hasil penat lelah para wali-wali, perintis-perintis dahulu..semuga Allah merahmati mereka-mereka ini…

Setiap manusia tak sama perjalanan Nya..ada macam-macam, cap jari pun tak sama, Maha Hebat Allah.....apa-apa pun mohon pertunjuk dan taufiq dari Allah semoga kita semuanya berada dijalan yang lurus..manusia sentiasa diberi peringatan oleh Allah..tapi tak semua yang menyedari hakikat ini...melainkan diatas IzinNya mereka yang mendapat Rahmat dan kasih Sayang dari Allah..

Bidang yg tidak dapat diterokai oleh aqal masih mampu dijangkau oleh hati. Hati yang suci bersih mengeluarkan cahayanya yang dinamakan Nur Kalbu. Nur Kalbu menerangi aqal dan bersuluhkan cahaya Nur Kalbu ini, aqal dapat menyambung kembali perjalanan seterusnya..InsyAllah.

Perjalanan aqal yang diterangi oleh cahaya Nur Kalbu mampu menyingkap perkara-perkara yg ghaib dan beriman dengannya walaupun aqal manusia umum menafikannya.

Terdapat perbezaan yg besar antara aqal biasa dengan aqal yg diterangi oleh Nur dari Allah. Aqal biasa beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan dalil-dalil yg nyata dan logik. Aqal yg beserta Nur di atas IzinNya dan RahmatNya mampu menyelami di bawah atau di sebalik yg nyata iaitu menyingkap perkara ghaib, dan beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan pengalaman tentang perkara-perkara ghaib..

Pengetahuan yg terhasil dari cetusan atau tindakan nur ini dinamakan ilmu hakikat, ilmu ghaib, ilmu Rabbani atau ilmu laduni. Walau apa pun istilah yang digunakan, ia adalah pengetahuan tentang ketuhanan yg didapati dengan cara mengalami sendiri tentang hal-hal ketuhanan, bukan menurut perkataan orang lain, dan juga bukan menurut sangkaan kita sendiri…Berserah pada Allah jadinya…

Hatilah yg mengalami hal-hal tersebut dan pengalaman ini dinamakan pengalaman rasa, dzauk atau hakikat. Apa yang dialami oleh hati tidak dapat dilukiskan atau dibahasakan. Lukisan dan bahasa hanya sekadar menggerakkan pemahaman sedangkan hal yang sebenar jauh berbeza..dah berulang kali diterangkan…

Jika hal pengalaman hati dipegang pada lukisan dan bahasa ibarat, maka seseorang itu akan menjadi keliru. Jika lukisan dan simbol diiktikadkan sebagai hal ketuhanan maka yang demikian adalah kufur! Maka ‘ BACA ‘ lah…

Ikuti FirmanNya " Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu tidak mengetahui apa-apa, kemudian Allah memberi kamu pendengaran, dan penglihatan serta fikiran ( perasaan ), supaya kamu bersyukur" ( QS An Nahl : 78 ).

Semuga Allah memaafkan kita semua dan membimbing hati kita utk memahami ayat-ayatNya baik yg tertulis ( kauliyah ), mahupun ayat yg tidak tertulis ( kauniyah / ciptaan-Nya ) yang tersurat dan tersirat..Amin Ya Rabbal ‘alamin.

Kalau tak tahu bertanya..rasa dah tahu jgn sombong.., Kalau tak pandai belajarlah. Rasa dah pandai,..bukannya milik kita,..bersyukurlah dan insaflah saudara..

Mudahan dengan sedikit renungan dari Mutiara FirmanNya..dapat menyelesaikan persengkataan yg timbul sesama kita..InsyAllah.

" Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain [ karena ] boleh jadi mereka [ yang diolok-olok ] lebih baik dari mereka [ yang mengolok-olok ] dan jangan pula wanita-wanita [ mengolok-olok ] wanita-wanita lain [ karena ] boleh jadi wanita-wanita [ yang diperolok-olokkan ] lebih baik dari wanita [ yang mengolok-olok ] dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah [panggilan] yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ". ( QS AL HUJURAAT : 9-13 ).

Sepakat para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh mengatakan bahawa: “ Bertaubat dari segala dosa hukumnya wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan, kerana manusia selain nabi dan rasul tidak sunyi dari dosa ( tidak maksum )”.

dan..Allah paling cemburu terhadap makhluknya yang memakai 'pakaian' kesombongan...semuga memberi keinsafan kepada kita yang takutkan Allah, yang ingin keampunan-Nya, mengharapkan rahmat dari-Nya dan ingin menjadi generasi ahlus sunnah yang soleh dan yang bertakwa.

Mari kita renung sejenak dgn hal berikut,.. Imam Besar Al Ghazaly dalam Ihya'nya ada mengatakan: "Jika ilmu sudah sampai dihati, keadaan hati akan berubah, jika hati sudah berubah, perilaku anggota badan akan berubah. Perbuatan mengikuti keadaan ( hal ), keadaan mengikuti ilmu, dan ilmu mengikuti fikiran, oleh karena itu fikiran adalah awal dan kunci segala kebaikan, dan yang menyingkapkan keutamaan tafakkur. Fikiran lebih baik daripada dzikir, karena fikiran adalah dzikir plus ". ( Abu Hamid Al Ghazaly, Ihya' ulumuddin jilid IV hal. 389 )..

Untuk diketahui dan dijadikan panduan sesama kita khususnya yg baru menjinak-jinakkan diri menuju Ketuhanan..wajib berguru atau ada pembimbing yg berilmu dan ingatlah.. bahwa orang yang sampai kepada Allah adalah orang yang mampu menangkap ilham-ilham Allah dan itu tidak akan sama sekali bertentangan dengan perintah yang tertulis dalam Al Qur'an dan Al sunnah.

Tiap orang memiliki hijab berbeza-beza. Ada yang terhijab kerana harta, kedudukan ( pangkat / kuasa ), cinta yg berlebihan sesama makhluk dll..maka itu, hari ini, saat ini..

Untuk menjalani kaedah bertariqat, maka wajiblah berguru agar sampai tujuan menjadi sufi yg sejati..dan pada yg masih berjinak-jinak, jgn takut untuk menyerah diri pada Allah ..berlatihlah untuk banyak mengingati Allah, di mana pun dan bila pun..menjalankan yg fardhu dan sunnat, fahami keutamaan-Nya. Melihat, berbicara apa pun kaitkanlah selalu dengan Allah, indahkan Keagungan-Nya, jangan hanya kepada makhluk..berselawatlah pada Junjungan Besar RaslAllah saw, ahli keluarganya dan para -para Sahabatnya..dan juga pada semua kaum mslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat...

Kesombongan dan keangkuhan merupakan bukti keadaan jiwa masih terikat oleh pengaruh alam ciptaan..Ingatlah saudaraku..lagi kuat ingatan ( dzikir ) kpd Allah, semakin mantap dan kukuhlah perhubungan diantara Iblis dan nafsu...untuk menyesatkan kita.

Allah berfirman : Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku- ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang ( lebih ) tinggi ?

Iblis berkata : Aku lebih baik dari padanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.

Allah berfirman: maka keluarlah kamu dari syurga, sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atas kamu sampai hari pembalasan.

Iblis berkata: Ya Tuhanku … beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.

Allah berfirman: sesungguhnya kamu termasuk orang yang diberi tangguh. Sampai hari yang telah ditentukan waktunya (hari qiyamat)

Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau..aku akan menyesatkan mereka semua. Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis diantara mereka…. ( QS 38:75-83 ).

Orang-orang Mukmin/ makrifat mahupun sufi keberangkalian jumlahnya sangat sedikit. Mereka boleh datang dari pelbagai kalangan mana saja, tidak harus dari kalangan ulama'. Boleh jadi seorang pekebun, pegawai rendah/tinggi, pedagang, pelayan pejabat, dsb. Cirinya sangat ketara, hidup mereka sangat terjaga. Dipuji dicaci, ada duit tak dak duit sama saja bagi mereka. Ia tidak mempersoalkan kaya atau miskin, cantik atau tidak, sebab ia yakin bahawa semua ada dalam kekuasaan Allah. Semua mengandungi kebaikan yang akan mendekatkannya kepada Allah. Alangkah indahnya bila kita termasuk salah seorang dari mereka!

"Dan ikutilah orang-orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah 'muhtaduun' ( orang yang tetap diatas petunjuk )" ( Q.S. 36:21 )

Tujuan hidupnya manusia yg sempurna, sentiasa mengingatiNya, merinduiNya dan mencintaiNya..pastikan dlm keadaan bersyukur atas segala nikmat kurniaanNya, disamping mencari keredhaanNya..iaitu mencapai hidup dimana ruhaninya dapat berhubung terus dengan Allah azza wa jalla dalam keadaan kamalul yaqin tanpa perantaraan, benar dan merasa indah setiap detik dan saat...

Kerana manusia manapun juga tidak dapat hidup tanpa " Ruh ", dan Ruh ini tidak dapat hidup jika tidak mendapat sumber Izin dan RahmatNya dari Yang Maha Mencipta, Maha memiliki dan yang telah meniupkan Ruh itu sendiriNya..maka itu Allah berFirman bahawa Ruh adalah RahsiaNya.. ( QS Al Isra': 85 )..

Bila Ruh,niat dihati, aqal fikiran, pancaindera yg lima serta anggota jasad disatukan dengan syariat, itu namanya bersungguh-sungguh dan dalam bahasa perjalanan keruhanian diertikan dengan jemaah..

maka segala gerak gerinya serasa berada di bawah perhatian serta pengawasan Allah (Ihsan)..dan sememangnya setiap makhluk / manusia bergerak di bawah pengawasan Allah swt.. Firman Nya " Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk solat) dan (melihat pula) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ". ( Asy Syu'ara : 218-220 ).

walau bagaimanapun harapan kita agar sentiasa memohon Pertunjuk serta hidayah-Nya, agar terlindung dari menjadi golongan-golongan antaranya bersifat munafik..Kesufian sejati bukan hanya boleh di dapati dengan sekadar adanya seminar dan pena. Kesufian boleh di dapati hanya di atas IzinNya dan RahmatNya, iaitu berguru, berlatih, berusaha dengan berserah, zuhud dan sebenar benar yakin..InsyAllah.

Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk serta hidayahNya kepada kita semua.." Iyyaka na'budu wa iyya kanasta'iin "..

Kebanyakan org sufi sebelum menjadi Sufi ia telah faqih terlebih dahulu, bahkan menjadi Imam dlm pelbagai Ilmu Fiqh dan Ilmu Qalam..

Akan tetapi penujuan sufi sejati sampai ke bidang Tesawuf telah memberikan Ilmu pengetahuan yg lebih mendalam lagi, lebih jernih dan rasa dzawk kpd jiwa mereka..juga tambahan perasaan panca indera mereka kian menjadi lebih sempurna di atas IzinNya dan RahmatNya.

Seorang ulama' faqih yg besar, Syeikhul Islam Abu Zakaria Al Ansari pernah berkata " Apabila org faqih itu tidak mempunyai Ilmu mengenai hal ehwal kaum Sufi dan istilah istilah mereka, maka dia adalah seorang faqih yg kering ".

Kesedaran disini sebenarnya menyatakan betapa hubungan diantara Ahli Tesawuf dan Fiqh amat erat sekali, sehingga ada yg mengatakan siapa yg melakukan Tesawuf sebelum ia mengerti akan Syariat Islam dgn benar, maka ia menjadi zindiq; dan juga sesiapa yg mempelajari Syariat Islam sahaja tanpa melakukan Tesawuf, maka ia adalah fasik.

Kesimpulan pada hakikatnya , tidak akan ada perselisihan yg terbit antara Fuqaha' dan kaum sufi yang sejati.

Orang-orang sufi, ucapan-ucapan yg sentiasa keluar lebihnya sentiasa dahulukan Allah, indahkan KebesaranNya, memuji serta memuja KeAgungan Allah..Peringatan demi peringatan akan di sampaikan kpd saudara muslim tak kira dimana dan siapa kita..hendaknya janganlah berhenti sejenakpun dari mengingati dan menyebut Allah, bertasbih, serta selawat dsbgnya dlm hal dan waktu apa juga, sampai datang maut kpd kita..satu tugas dan rasa pertanggungjawaban bagi setiap jiwa sufi yg sejati..

Mereka terusan mengembara dalam kehidupan Ruhaninya mengetahui akan Kebesaran dan Kemuliaan Allah lebih banyak dari yg pernah diperolehinya.

satu dpd tujuan kita hari ini, berusaha mengembangkan dan menyebarkan pengetahuan-pengetahuan yg menyiarkan ilmu Tesawuf, supaya ilmu ini di fahami oleh manusia yg belum lagi mengenali betapa indahnya berada dialam ini. Tidak keterlaluan andainya di sarankan sesama kita dapat menggali kembali jiwa dan isi jiwa golongan-golongan kecil yg dpt mengalahkan golongan-golongan besar dengan IzinNya dan RahmatNya...

Sesungguhnya orang-orang diluar ( biasa ) tidak akan memahaminya, kerana alam mereka ( jiwa sufi yg sejati ) merasakan tidak ada apa yg dpt melalaikan mereka dari mengingati Allah, memuji dan memujaNya, rindu dan kasih hanya pada Dzat yang Maha Agung diatas segala-galanya..betapa Indah sekiranya kita tergolong dalam golongan ini, bukan sekadar bicara disini tetapi silalah memasukinya..

Hari ini, saat ini, ketahuilah bahawa orang yg menempuh sebenarnya di jalan Allah itu amat sedikit sekali, tetapi yg mengakukan demikian banyak..

Tariqat hanya jalan, yg jalannya hanya dua cara..cara Kenabian dan Kewalian..akhirnya tetap bertemu iaitu pada " ESA "

Demikianlah kurnia-kurnia Allah kpd para hamba pilihanNya yg tetap selalu ada dari masa ke masa, yg sangat sedikit org yg mengetahuinya kerana tidak pernah merasakannya..dan siapa yg menyimpan rahsia-rahsia hati, di atas IziNnya dan RahmatNya akan lahirlah baginya rahsia-rahsia Kurniaan Ilahi..mudahan mendapat KeredhaanNya..Amin.

wallahu'alam.

0 comments: