AL-QURAN

AL-QURAN
bukan sekadar bacaan berpahala,..

Nasehatnya...

Nasehatnya...
Mudahan mendapat Keredhaan Ilahi...

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .
seumpama setitik air di tengah lautan

Isnin, 10 Mei 2010

Allah s.w.t. campakkan ke dalam diri mereka...

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Mengenai perbezaannya aqal, hati, ruh dan Sirr, Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani ada menerangkan yang bermaksud:

"Aqal ialah ketua alam diri manusia. Aqal ialah kotak hati (qalb). Hati ialah kotak fu'ad (sanubari). Fu'ad ialah kotak ruh. Ruh ialah kotak sirr (padanya ada ikhlas)."

Oleh itu, setiap yang berikut, merupakan tempat mu'amalah batin seseorang manusia. Ia meningkat, peringkat demi peringkat, selaras dengan peningkatan tahap nafsu (diri) seseorang.

Apabila nafsu dipenuhi syahwat, maka, akal tidak lagi berperanan sebagai pemimpin diri seseorang, tetapi nafsu. Pada ketika ini, nafsu tersebut ialah nafs ammarah (yang menyuruh kepada kejahatan).

Apabila seseorang itu melawan daya syahwat dalam dirinya, dari menguasai nafs (diri) nya, maka, akal akan kembali memimpin dan pada saat itu, ia dikatakan sebagai nafs al-lawwamah.

Apabila seseorang itu mampu menjaga nafsnya dari pengaruh-pengaruh syahwat yang tesembunyi, dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah, maka pada ketika itu, mu'amalah batinnya terletak pada hatinya. Pada ketika ini, banyak bisikan-bisikan kebaikan dalam dirinya. Ia dikenali dengan nafs mulhamah...Di sini, bermulanya usaha seseorang untuk mencapai tahap muroqobah.

Apabila seseorang telah sampai ke ahwal fana', di mana dia merasai bahawa, tiada yang wujud melainkan Allah s.w.t., maka pada ketika itu, muamalahnya dengan Allah s.w.t. pada fu'ad (sanubari)nya. Ia dikenali dengan nafs mutma'innnah. Di sini juga bermulanya penghayatan terhadap hakikat muraqabah.

Apabila telah tetap tauhid khawas dalam dirinya, dari hal fana' kepada maqom fana', maka pada ketika itu, tempat mu'amalah batinnya dengan Tuhannya s.w.t. ialah pada ruhnya. Ia dikenali dengan nafs radhiah. Pada ketika ini, seseorang hamba antara penghujung muraqabah dan awal musyahadah.

Apabila meningkat tahap seseorang hamba kepada tahap baqa' atau jam'u jam'in, di mana, tauhid khawasul khawas telah menetap dalam dirinya, maka tempat mu'amalahnya dengan Allah s.w.t. ialah pada sirrnya di mana, di situlah letaknya ikhlas, dan di situlah dia menemui hadrah Allah s.w.t. tajalli dalam dirinya. Ia dipanggil nafs radhiah mardhiyah, takkala Allah s.w.t. menjemputnya ke hadrah-Nya dalam Musyahadah. Mereka inilah yang dikenali sebagai Al-Kummal ( orang-orang kamil ) di kalangan para Nabi a.s. dan khawas para wali Allah s.w.t.

Sememangnya penerangan sirr, ruh dan sebagainya, terdapat perbezaan dari sudut penerangan para arif billah. Apabila kita perhatikan huraian-huraian tentang maqam, ahwal, perbezaan sirr, qalb dan sebagainya, oleh para arif, kita dapati seolah-oleh terdapat perbezaan.

Tetapi, perbezaan tersebut bukanlah suatu perbezaan yang bersifat bertentangan antara satu sama lain, tetapi perbezaannya bersifat kepelbagaian jenis, yang lahir dari zauq-zauq yang Allah s.w.t. campakkan ke dalam diri mereka. Berbeza dari sudut lafdzi ( lafadz ) tetapi sama dari sudut maknawi bagi ahli zauqi yang merasai.

Apa yang penting, untuk memahami perbezaan yang halus antara hati, sirr dan sebagainya, ia memerlukan zauq dan perasaan. Adapun zauq timbul dari mu'amalah batin kita dengan Allah s.w.t., dalam mentahqiqkan Ubudiyah dalam diri. Bak kata Imam Al-Junaid, ilmu kami dibina atas zauq, bukan atas penulisan. Ilmu kami dipindahkan melalui ahwal, bukan maqal (perkataan)".

Bermula lafadz Qalbun atau hati dan lafadz Ruh dan lafadz Nafsu dan lafaz Aqal itu walaupun bersalah-salahan mafhumnya(maksudnya) tetapi bersamaan makna pada hakikatnya..

Kesimpulannya..Tidaklah bersalahan lafaz yang empat ini melainkan pada "Iktibar Makna" jua..wallahu'alam

ia tidak dtg dgn pakaian besi, tombak atau bola-bola api

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala ciptaan dan KurniaanNya..

Wajib ke atas kita membekalkan diri dgn Ilmu, kerana ilmu adalah punca kpd segala perbuatan dan beramal tanpa ilmu adalah sia-sia..bila nak belajar dan cari Ilmu dan buat amalan pastinya ada guru..cuma tak perlu taksub..itu sahaja..Ilmu Allah jadikan tak habis-habis sampai bilapun selagi belum qiyamat dan bukan hanya mesti ada pada sang guru murshid sahaja..pelbagai murshidnya...

tidak disebutkan bahawa ilmu itu ada yang bernafaskan Kristen, Hindu, Yahudi, Islam dll. Ilmu ya ilmu, sesuatu yang Universal. ini pandangan peribadi saya...

dan FirmanNya " Maka bertanyalah kepada orang yang pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui. ( An Nahl : 43). tak adapun di sebut hanya para Syeikh atau guru Murshid yang kita persepsi sendiri KeMurshidannya...dan bicara ini tidak sama sekali menolak akan pewaris Nabi dan sekelian para Ulama' / Murabbi atau sesiapa sahaja yg di anugerahi oleh Allah swt mempunyai Ilmu Keruhanian dan Syariat, selagi mana mengikut apa yg telah diwasiatkan oleh Baginda Mulia Junjungan Besar Nabi Muhammad saw..

Mari kita ambil perkataan dari Syeikh Ar Rifa'i ( dalam kitab Jalan Rohani halaman 73 ( Syeikh Sa'id Hawwa ).. Sebenarnya tujuan akhir para ulama dan para sufi adalah satu. Ini perlu di utarakan di sini, sebab beberapa ulama yg kurang faham selalu menghujat setiap orang dengan perkataan :" orang yg tidak memiliki Syeikh, maka syeikh nya adalah syaitan dsbnya, ungkapan ini di lontarkan oleh seorang sufi yg berpropaganda untuk Syeikhnya yg alim atau di lontarkan oleh sufi yg keliru, yg tidak tahu bagaimana seharusnya ia mendudukkan tesawuf pada tempat sebenarnya.. Sebenarnya orang yg tidak memiliki syeikh adalah orang yang lari dari pendidikan dan tidak mahu belajar langsung..manusia semacam ini lah yg bersyeikh pada syaitan..sedang yg berjalan atas dasar Ilmu pengetahuan, itu bererti imam dan syeikhnya adalah Ilmu dan syariat".

dan lagi ada yg mengatakan bahawa yg tidak bersandarkan kpd para Syeikhnya Murshid maka amalan,zikirnya tertolak atau mudah menjadi sesat.. dan menurut penafsiran Prof. Ali Ash Shabuni dalam kitabnya Shawatut Tafaasir, surat Al Kahfi : 17 hal 185, Yang dimaksudkan (Waliyam Mursyada ) bukanlah seorang Syeikh pembimbing, melainkan Allah swt sendiri, DiaLah yg memberi bimbingan rohani, DiaLah yg menyesatkan org kafir, DiaLah yg menunjukkan jalan yg lurus..Haqiqatnya DiaLah segala-galaNya.. Allah Maha Agung, Maha Dekat, Maha Besar, Maha Mengetahui segala-galaNya..

" YANG MENGAJAR ( MANUSIA ) DENGAN PERANTARAAN QALAM. DIA MENGAJARKAN MANUSIA APA YANG TIDAK DI KETAHUINYA " ( AL 'ALAQ : 4-5 ).

" ..BARANG SIAPA YANG DI BERI PERTUNJUK OLEH ALLAH,MAKA DIALAH YANG MENDAPAT PERTUNJUK. DAN BARANG SIAPA YANG DI SESATKANNYA, MAKA KAMU TIDAK AKAN MENDAPATKAN SEORANG PEMIMPIN PUN YANG DAPAT MEMBERI PERTUNJUK KEPADANYA " . ( AL KAHFI : 17 )

FirmanNya “ Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat ayat-ayat Allah bagi orang-orang yang beriman. Dari pada penciptaan kamu dan bintang-bintang yang melata yang tersebar ( di muka bumi ) terdapat ayat-ayat ( tanda-tanda ) kekuasaan Allah bagi kaum yang yakin, dan pada pergantian malam dan siang serta hujan yang diturunkan Allah dari langit sebagai rezeki lalu di hidupkan-Nya bumi sesudah matinya dengan air hujan itu, dan pada perkisaran angin terdapat pula ayat-ayat ( tanda-tanda ) kekuasaan Allah bagi mereka yang beraqal. Itulah ayat-ayat Allah, Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya, maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah ( kalam ) Allah dan ayat-ayat-Nya.” ( Al Jaatsiyah : 3-6 )..

...Sudah tentu siapapun yg beriman mahupun para syeikh atau Mursyid yg dapat menafikan Firman Allah ini..??

Hari ini sekiranya umum mengatakan itu baik, biarpun tidak benar, maka ia menjadi benar, walaupun umat semakin menderita. Suara jemaah itu asalnya bukan yg timbul dari munajat atau ilham Ruhaniah yg diperolehi / hasil dari dalam berkhalwat atau beribadat terusan pada Allah azza wa jalla..tetapi suara yg direncanakan suatu golongan yg khusus untuk kerjanya...

Hadirnya Baginga Mulia Junjungan Besar Nabi Muhammad saw di atas IzinNya dan RahmatNya ke Gua Hira' pada setiap Ramadhan selama hampir Lima tahun berturut-turut itu mengatakan kpd kita hari ini untuk mencari kebenaran jangan cari pada orang lain atau kebanyakan manusia. Akan tetapi cari didlm diri sendiri, gali didlm iman dan ibadat sendiri, dan untuk itu adakan hubungan maksima seikhlasnya dpt dilakukan dgn Tuhan Al Khaliq.

Hubungi Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui, mencari keredhaanNya, yakin sungguh-sungguh..InsyAllah Dia ( Allah ) akan memaqbulkan permintaan sekadar kesungguhan kita, jgn jadikan modal duniawi dan sebagainya..

Allah tidak akan menurunkan ( wahyu ) sepertimana dikurnia dan anugerahkan kpd Junjungan Besar di Gua Hira' kpd sesiapa pun sebagaimana Allah tidak akan melantik lagi Nabi ataupun Rasul setelah wafatnya Junjungan Mulia Muhammad saw..tetapi atas sifat ketekunan setiap hambanya yg diatas IzinNya dan RahmatNya jua berpeluang menemui Mursyid, pewaris Nabi, Syeikh, Murabbi dsbnya dan pada yg tidak berpeluang lagi untuk ke saat ini bertemu dgn mereka-mereka itu, maka sentiasa melatihkan diri mengingati Allah, memohon pertunjuk dan HidayahNya, berserah dsbnya yg tidak melanggar sebarang Syariat yg telah ditetapkan oleh agama Islam..dan hal-hal ini amat disukai Allah swt..Dia yang Maha Mengatur segala-galaNya.

Kekuatan keluarga Baginda sahaja tidak mencukupi termasuk ketaatan Jibrail as ( ada yg mengatakan sebagai Guru kpd Muhammad saw ) bagi membolehkan Beliau dinobatkan sebagai Rasul pilihan melainkan di Atas IzinNya dan RahmatNya..bermacam ujian serta dugaan dan rintangan telah Beliau terima..rupa-rupanya semua kejadian dan peristiwa tersebut telah dirancang dan direncanakan dari Yang Maha Mencipta segalaNya...

Beliau asyik dengan TuhanNya selama bertahannuts di Gua Hira'..andainya org yg tidak ada syeikh atau murshid,niat di hati ikhlas dan tetap asyik dengan Allah dan sentiasa bertaubat kepada Allah,.. bagaimana..?? Tidak ada mustahil bagi Allah..FirmanNya “ Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang mahu bertaubat dan orang-orang yang mahu membersihkan dirinya sendiri”. (Al-Baqarah, 2: 222)

Ilmu pengetahuan ( ma'rifat ) dlm kepercayaan org-org Sufi sejati adalah tersembunyi di dlm Ruh manusia, ia telah ada semula jadi yg diatas IzinNya dan RahmatNya..bukan yg dimasukkan kemudian...seperti kata Imam besar Ahmad bin Hambal " bukan ilmu dengan banyak belajar atau meriwayatkan, tetapi ilmu itu cahaya ( Nur ) yg dijatuhkan Allah didlm hati orang-orang yg mentaatiNya sampai Allah sendiri mencintai mereka..

Imam Al Ghazali juga suatu ketika sering menjalani latihan dgn berkhalwat sendirian, walaupun ada gurunya..renungkan berita jiwanya dlm kitab Bidayatul Hidayah ( permulaan Hidayah )..menggunakan kekuatan aqal dan tilikan, mencari serta menambah ilmu sehingga katanya " menulis diatas bekas hapusan tidaklah sama dgn menulis diatas kertas yg suci dan bersih...

Mohon maaf...Saya tidak begitu menerima dgn tajuk Topik ini..bukannya besar kepala atau ujub..tetapi ada bezanya walaupun tetap dalam satu tujuan..seperti adanya unsur tetapi tiada nash...

Saya pinjam perkataan dari Abu Yazid Al Bistami suatu ketika dahulu..mudahan Allah merahmatinya " Tuan Tuan mengambil ilmu dari ulama'-ulama' resmi, orang mati dari orang mati, manakala kami mengambil ilmu dari Yang Maha Hidup dan Tidak Mati..

Bukan setakat Iblis, jin juga dapat menjelma dgn pelbagai rupa dan bentuk..ia tidak dtg dgn pakaian besi, tombak atau bola-bola api..dia boleh menjelma dgn pakaian berserban dan sebagainya..

Apabila rasa keimanan seseorang itu yg sudah sampai ke kpd suatu darjat ta'abuddi yg fana pada Dzat Allah, ingatannya bersama-sama Allah, Ruhnya akan dpt memberikan ketentuan-ketentuan kpd jasadnya..

Pegangan sufi sejati yakin dan percaya bahawa Ruh lebih atas dan berkuasa di atas tubuh jasmani..kerana ia muqhlis, khabarkan pengalaman sendiri apabila sudah melaluinya.

Moga-moga bicara disini sentiasa diberkati oleh Allah Azza wa-Jalla dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca yang budiman.

Didlm dunia Tesawuf sebenarnya tidak ada permusuhan, berlumba-lumba utk menonjol dan mendptkan gelaran dsbgnya..malah akan menjauhi semua akhlaq yg tidak mulia.. Matlamat kita ialah keimanan dan ketaqwaan dan menentang kekufuran dan kesyirikan di dalam segenap aspek... Bertabligh itu luas pengertiannya dan ruang lingkupnya, Menulispun termasuk dalam kerja bertabligh selagi termasuk dalam suruhan dan menjauhi larangan Allah.

Wahai saudaraku sekelian, para pemBACA yg budiman..Sesungguhnya Allah menjadikan setiap sesuatu itu ukuran, dan setiap ukuran itu ada pula batasannya, pada batasan itu ada sebabnya, dan setiap sebab berkait dgn masa, dan pada setiap masa ada catatan, dan bagi setiap catatan perkara, dan setiap perkara pengertian, dan bagi setiap pengertian kebenaran, dan bagi setiap kebenaran haq, dan bagi setiap haq itulah Haqiqat, dan bagi setiap haqiqat itu ahli, dan bagi setiap ahli itu tanda....

Maka dlm dunia keruhanian itu di atas IzinNya dan RahmatNya, kita mampu mengenali yang haq atau yg bathil..jika seseorang memakai seluar pada bahagian badannya, dan memakai baju pada bahagian kakinya..mahukah kita mengikutnya..??, walaupun dia mengatakan dia sangat berilmu...??

Menagapa mesti diceritakan hanya perkara keburukan ( pukau ) dalam dunia keruhanian, berapa ramai org yg terpukau bukan dialam keruhanian..sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yg menarik dalam dunia keruhanian boleh di bentangkan.. memberi semangat yg jitu, menggalakan kpd yg baru berjinak-jinak dengan dunia tariqat, ..bukan menakut-nakutkan.

Bgitulah selain Nabi Musa di perintahkan bertemu dgn Khidir..banyaklah kaedah dalam Tariqat menjadikan ini sebagai salah satu buktinya yg jelas kita mesti berguru..dan ini memangnya benar, sebab ia diberitakan dlm Al Quran...begitu juga did lm Al Quran ada di beritakan mengenai Nabi-Nabi yg lain, contohnya Nabi Nuh, Ibrahim, Isa, Muhammad saw dll, siapakah Murshid mereka..dan bagaimana mereka ini mencari kebenaran pada masa itu..??

Tentulah berbeza , sekiranya kita di suruh ataupun sentiasa berdoa agar ditemukan Guru Mursyid, bebanding dgn org yg sentiasa takut dan berharap sungguh-sungguh merendahkan diri memohon doa ( contoh ).. “ Ya Allah, aku tiada daya upaya, demi jiwa dan Ruh ini dlm genggamanMu..berikan pertunjuk dan HidayahMu, mohon ajarilah aku Ya Allah untuk menyerahkan diri yg hina dan teramat miskin utk mengenaliMu, mengingatiMu, mencintaiMu dan bersama-samaMu setiap detik, untuk bersyukur dan redha di atas segala Ketentuan dan keputusan dariMu, juga sentiasa berselawat pada Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw”..

Dalam sebuah hadis baginda, Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w bersabda, Seorang mukmin yang perkasa adalah lebih baik dan disukai Allah daripada orang mukmin yang jasmaninya lemah. Maka, janganlah kamu biarkan kesempatanmu untuk mengerjakan amal yang membawa faedah bagimu dan minta tolonglah kepada-Nya (tawa’kal kepada-Nya ) serta janganlah kamu buat jasmani itu lemah. Apabila kamu mengalami suatu yang menimpamu, janganlah berkata, "Allahlah yang mentakdirkan begitu begini!" Tapi kerjakanlah seperti yang dikehendaki Allah, kalau tidak ingin pekerjaanmu seperti perbuatan syaitan."

Sesiapa yg menyerahkan diri kpd Allah dengan berusaha sungguh-sungguh,sabar dan yakinlah.. maka Allah yg akan menguruskannya..samada memberikan jodoh dan pertemuan, rezeki..bertemu dgn Ulama’.. pewaris Nabi, Murshid, Sheikh, Murabbi dsbgnya ..semua itu diatas Kehendak serta KudratNya...Allah yg Maha Mengetahui..

Nabi SAW bersabda; "Allah menyediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh, apa yang belum kelihatan oleh mata dan didengar oleh telinga dan juga tidak timbul dalam hati manusia untuk menghayatinya." – HR Riwayat Bukhari.

Ketahuilah, bahwa sesunguhnya kelurusan ajaran Nabi Ibrahim adalah beribadah kepada Allah secara ikhlas dalam melaksanakan ibadah kepada-Nya. Allah berfirman [artinya]:
" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku. (Adz-Dzariyaat: 56)

Solat, ibadat, hidup dan matiku hanya padaMu YaAllah..Silalah ” Baca “ ..wahai sekelian saudaraku, mudahan bicara disini mendapat Keredhaan Ilahi..Amin

Mudahan Allah sentiasa memberi Taufik dan HidayahNya..Amin

Tariqat dan Sufi



Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya...

MATLAMAT tetap sama.. cuma jalan berbeda.. apabila menapak ke alam / jalan kerohanian.. pelbagai tohmahan, dugaan dan ujian perlu dilalui.. bersyukurlah andainya kita tergolong dalam golongan itu..

bagi yang tidak berupaya / terbuka / tergerak akan dirinya bagi menjalani jalan kerohanian itu adalah tertaluq pada Izin, Rahmat dan Haq ALLAH jua.. tiadalah boleh org yang menjalani aliran tariqah dan haqiqat itu merendahkan orang lain.. kerana semakin jauh perjalanan semakin tunduk hati kita.. dan semakin kenal kita ALLAH yang MAHA segalaNya..

dan bagi org yang tidak menjalani perjalanan rohani itu tidak boleh juga menyangkal aliran tariqah dan haqiqat itu.. kerana ilmu itu dari ALLAH jua..

tiada hamba mengatur jalanNYA,... melainkan PenciptaNYA mengaturkanNYA..INGATLAH bahawa semua itu berada Di dalam PengetahuanNYA.

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA MENCIPTA SERTA MENGATUR SEGALA-GALANYA..

org yg mengikuti syariat shj berpegang kpd faham dgn amalnya...
org yg mengikuti tariqat sampai kpd hakikat berpegang dgn ilmu dan amalnya
org yg menjalani makrifah berpegang dgn yakin sebenar yakin akan rasaNya...

Untuk itu, menuntut ilmu agama adalah merupakan perkara yang menjadi kemestian bagi sesiapa sahaja, kerana dengan ilmu yang shohih sahajalah syariat dapat ditegakkan, dan dengan ilmu yang benar sahajalah thoriqat dapat diluruskan malahan dengan ilmu makrifat sahajalah hakikat dapat disempurnakan.

Imam Al-Ghazali dalam Kitab As-Sirrus Salikin berkata:

Ketahui olehmu bahawasanya tiada dapat kemenangan manusia itu di dalam akhirat melainkan dengan ILMU DAN AMAL yakni ibadat.

• Bermula ibadat dengan tiada Siddiq ( benar) tiada sah dan
• niat dengan tiada ikhlas akan jadi riya' dan...
• ikhlas dengan tiada siddiq adalah dusta lagi munafik...

Ketahui olehmu bahawasanya bagi tiap-tiap sesuatu itu tasawur ( terbuka / terdedah ) mencampuri akan dia oleh sesuatu yang lain. Maka apabila suci ia daripada suatu yang mencampuri; itu dinamakan KHOLIS { bersih } dan dinamakan perbuatan orang yang menyucikan itu IKHLAS seperti firman Allah dalam Surah An-Nah l: 66 yang bermaksud:

"Di antara tahi dan darah - didapati - susu yang bersih dan sedap ditelan oleh orang-orang yang meminum".

Sesungguhnya kebersihan susu itu bahawa tiada ada di dalamnya campuran dari darah dan tahi dan dari setiap apa yang mungkin bercampur dengan dia.

Maha Suci Allah yg Maha Bijaksana Mencipta serta Mengatur segala-galaNya

Abu Qasim al-Qusyairi berkata : Ikhlas merupakan suatu yang menjadikan Allah Yang Maha Benar adalah satu-satunya matlamat utama ketika berniat dalam melakukan ketaatan. Ikhlas juga merupakan kemahuannya dalam melakukan ketaatan bertujuan menghampirkan diri kepada Allah tanpa sesuatu yang lain daripada berbuat kerana makhluk, melakukan pekerjaan bagi mendapat pujian manusia, suka kepada pujian makhluk atau makna daripada setiap makna selain daripada menghampirkan diri kepada Allah.

Tidak dinafikan ada dikalangan sufi yg melebih-lebihkan peraturan syariat kerana menurut pertimbangannya sendiri, ada yg palsu, yg tidak memelihara akhlah dan adab, yg terpedaya dengan pelbagai pendayaan dan paling ketara yg sudah melewati batas Islam..bahawa org yg menempuh jln Allah itu amat sedikit sekali, yg mengakukan demikian banyaknya…

Saya ingin mengambil pendekatan secara begini dan berkongsi sedikit pengetahuan sesama kita dengan merenungi teka-teki yg di kemukakan oleh Imam Al- Ghazali dgn murid-muridnya suatu ketika..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya, lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
[/color]
Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Setiap org diperuntukan modal dari Allah baginya, dan ma’rifat itu adalah modal yg bernilai bagi org mukmin..kerana gambaran mukmin ialah mengaku Allah sebagai tuhan, Baginda Mulia Muhammad itu Nabi dan RasulAllah saw dan Islam sebagai agama..sebab ilmu-ilmu pengetahuan bersifat nisbi ( berubah-ubah ),..akan tetapi berfikir merupakan jalan untuk mengetahui lebih jauh dan dalam lagi dari apa yg di perolehi sekarang, seterus dan seterusnya.

Begitulah kiranya tidak perlu mengira golongan apakah ia, siapakah mereka..kerana setiap kali Allah berfirman sesuatu peraturan besar pada masa yang lalu , Ia diiringi dgn mengatakan" Demikian Sunnatullah, dan engkau tidak akan dapati Sunnatullah itu bertukar dan berpaling. " Maka siapa yang melanggar Sunnatullah, ia akan hancur sendiri....

Masa itu emas, di atas Rahmat Allah SWT, masa juga menjadi adil sesama manusia tanpa mengira siapa kita, jangan habiskan kecuali untuk sesuatu yang benar-benar bernilai...Mudahan Allah merahmati semua kita dalam era menuju Ketuhanan.

Pepatah arab ada mengatakan " manusia akan menjadi musuh kpd apa yang ia tidak tahu..".

Berbicara mengenai tariqat dan sufi..pasti tersentuh berkaitan Ketuhanan, ilmu, aqal, perjalanan keruhanian, Mursyid dsbgnya..namun dalam tidak kesedaran, kita juga seolah-olah terlupa yg kita sdg mempertikaikan akan Haq Allah dalam memilih para-hamba-hambaNya... sedarkah siapa yg berdosa selama ini ?? Mudahan Allah mengampuni kita.

Sebenarnya Allah berhak menyukai siapa saja, sesuka-Nya. Mengatur para kekasihNya berpenampilan seperti kehendakNya.

Alangkah sedihnya ..Kita sendirilah yang menciptakan penghalang, filter yang kita ' lebih-lebih ', sehingga jestru menutup kita dari jalan menuju ketuhanan, mencari kebenaran, dan seolah-olah menakut-nakutkan pula pada yg mahu berjinak-jinak dgn pengajian serta perjalanan keruhanian..

Tidak ada sesiapapun yang berani mempertikaikan kemuliaan Nabi Junjungan kita serta pewarisnya..dan dunia Tesawuf bukan sekitar disini sahaja..tidak ada siapapun pun yg mampu bersyarah seuka hati disini..Tulonglah mengerti...

Di atas keizinanNya dan RahmatNya.. bagi org-org yg telah dan akan memutuskan diri untuk mengingati Allah, dalam setiap keadaannya, hidupnya, masanya, dengan bersolat, membaca Al Quran, bertasbih, bertahlil, bertahmid, bertakbir, berselawat atas Nabi, ahli keluarganya dan para para sahabatnya,..mereka juga berpegang pada syariat dan haqiqat dgn sebenarnya, istiqamah atas jalan Nabi.. tidak semestinya seorang sufi yg mesti ada sheikh memimpinnya ??, melainkan mukmin seperti FirmanNya " Merekalah orang mu'min yang sebenarnya. Bagi mereka beberapa darjat disisi Tuhan dan juga ada ampunan-ampunan. "

Tidak dinafikan masih ada lagi yg menciptakan ' waham kesolehan ' sendiri. Waham, ilusi, yang jestru dapat menjauhkan kita dari gerbang-Nya. Kita telah tertipu oleh 'standard jaminan mutu kesolehan ' yang dibangun dunia ini.. sesuai dengan kriteria yang kita buat sendiri..ada yg tidak suka ditegur, tapi tidak ada seiapa pun yg akan marah andainya teguran dan kritikan itu diniatkan kerana Allah..Dia yang Maha Mencipta segalaNya..

Surah Saba` [ 34:20 ] Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman.

Nabi SAW bersabda, ”Allah berfirman, ”Aku senantiasa menurut sangka hamba-Ku kepada-Ku dan Aku senantiasa bersamanya ketika ia menyebut nama-Ku. Jika ia menyebut nama-Ku dalam hatinya, maka Aku menyebut pula dalam hati-Ku dan jika ia menyebut-Ku dalam majlis ramai, maka Aku menyebutnya dalam majlis ramai yang lebih baik. Jika ia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, maka Aku mendekatinya dengan berlari.” ( Bukhari, Muslim )..

Marilah kita ambil kesimpulan dari gerakan Nabi Muhammad turun naik ke Gua Hira' selama hampir lima tahun bertahannuth sebelum kenabiannya..dan buat mereka yg kenal pewarisnya dan ada mursyidnya sila bertanya ' apakah hasil dan rahsia yg diperolehi Nabi semasa dinobatkan untuk menjadi RasulAllah saw,.. selain dari di atas IzinNya dan RahmatNya turun malaikat Jibrail a.s. membawa Wahyu yang pertama " IQRA' " ( baca ).. Mudahan mendapat keredhaanNya..Amin.

Lagi kita pelajari, semakin banyak kita rasa kekurangan…ada yg suka menegur, tapi diri sendiri pantang ditegur.. disini tak ada siapapun yang mahu mencela ataupun melempar tuduhan berupa pendustaan terhadap para wali-wali Allah.. bukan topiknya, jgn salah faham..sebab itu di suruh ‘ baca ‘…tiada sindiran mahupun cemuhan melainkan kerana Allah jua.

kebanyakan manusia hari ini boleh membaca,.. tanpa menggunakan Aqal serta cahaya ilmu yg di kurniakan Allah, mustahil kita dapat membaca saat ini..yg akhirnya kehabisan modal dan terpaksa keluarkan hujah mahupun syarah dengan mengambil dari hasil penat lelah para wali-wali, perintis-perintis dahulu..semuga Allah merahmati mereka-mereka ini…

Setiap manusia tak sama perjalanan Nya..ada macam-macam, cap jari pun tak sama, Maha Hebat Allah.....apa-apa pun mohon pertunjuk dan taufiq dari Allah semoga kita semuanya berada dijalan yang lurus..manusia sentiasa diberi peringatan oleh Allah..tapi tak semua yang menyedari hakikat ini...melainkan diatas IzinNya mereka yang mendapat Rahmat dan kasih Sayang dari Allah..

Bidang yg tidak dapat diterokai oleh aqal masih mampu dijangkau oleh hati. Hati yang suci bersih mengeluarkan cahayanya yang dinamakan Nur Kalbu. Nur Kalbu menerangi aqal dan bersuluhkan cahaya Nur Kalbu ini, aqal dapat menyambung kembali perjalanan seterusnya..InsyAllah.

Perjalanan aqal yang diterangi oleh cahaya Nur Kalbu mampu menyingkap perkara-perkara yg ghaib dan beriman dengannya walaupun aqal manusia umum menafikannya.

Terdapat perbezaan yg besar antara aqal biasa dengan aqal yg diterangi oleh Nur dari Allah. Aqal biasa beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan dalil-dalil yg nyata dan logik. Aqal yg beserta Nur di atas IzinNya dan RahmatNya mampu menyelami di bawah atau di sebalik yg nyata iaitu menyingkap perkara ghaib, dan beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan pengalaman tentang perkara-perkara ghaib..

Pengetahuan yg terhasil dari cetusan atau tindakan nur ini dinamakan ilmu hakikat, ilmu ghaib, ilmu Rabbani atau ilmu laduni. Walau apa pun istilah yang digunakan, ia adalah pengetahuan tentang ketuhanan yg didapati dengan cara mengalami sendiri tentang hal-hal ketuhanan, bukan menurut perkataan orang lain, dan juga bukan menurut sangkaan kita sendiri…Berserah pada Allah jadinya…

Hatilah yg mengalami hal-hal tersebut dan pengalaman ini dinamakan pengalaman rasa, dzauk atau hakikat. Apa yang dialami oleh hati tidak dapat dilukiskan atau dibahasakan. Lukisan dan bahasa hanya sekadar menggerakkan pemahaman sedangkan hal yang sebenar jauh berbeza..dah berulang kali diterangkan…

Jika hal pengalaman hati dipegang pada lukisan dan bahasa ibarat, maka seseorang itu akan menjadi keliru. Jika lukisan dan simbol diiktikadkan sebagai hal ketuhanan maka yang demikian adalah kufur! Maka ‘ BACA ‘ lah…

Ikuti FirmanNya " Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu tidak mengetahui apa-apa, kemudian Allah memberi kamu pendengaran, dan penglihatan serta fikiran ( perasaan ), supaya kamu bersyukur" ( QS An Nahl : 78 ).

Semuga Allah memaafkan kita semua dan membimbing hati kita utk memahami ayat-ayatNya baik yg tertulis ( kauliyah ), mahupun ayat yg tidak tertulis ( kauniyah / ciptaan-Nya ) yang tersurat dan tersirat..Amin Ya Rabbal ‘alamin.

Kalau tak tahu bertanya..rasa dah tahu jgn sombong.., Kalau tak pandai belajarlah. Rasa dah pandai,..bukannya milik kita,..bersyukurlah dan insaflah saudara..

Mudahan dengan sedikit renungan dari Mutiara FirmanNya..dapat menyelesaikan persengkataan yg timbul sesama kita..InsyAllah.

" Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain [ karena ] boleh jadi mereka [ yang diolok-olok ] lebih baik dari mereka [ yang mengolok-olok ] dan jangan pula wanita-wanita [ mengolok-olok ] wanita-wanita lain [ karena ] boleh jadi wanita-wanita [ yang diperolok-olokkan ] lebih baik dari wanita [ yang mengolok-olok ] dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah [panggilan] yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ". ( QS AL HUJURAAT : 9-13 ).

Sepakat para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh mengatakan bahawa: “ Bertaubat dari segala dosa hukumnya wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan, kerana manusia selain nabi dan rasul tidak sunyi dari dosa ( tidak maksum )”.

dan..Allah paling cemburu terhadap makhluknya yang memakai 'pakaian' kesombongan...semuga memberi keinsafan kepada kita yang takutkan Allah, yang ingin keampunan-Nya, mengharapkan rahmat dari-Nya dan ingin menjadi generasi ahlus sunnah yang soleh dan yang bertakwa.

Mari kita renung sejenak dgn hal berikut,.. Imam Besar Al Ghazaly dalam Ihya'nya ada mengatakan: "Jika ilmu sudah sampai dihati, keadaan hati akan berubah, jika hati sudah berubah, perilaku anggota badan akan berubah. Perbuatan mengikuti keadaan ( hal ), keadaan mengikuti ilmu, dan ilmu mengikuti fikiran, oleh karena itu fikiran adalah awal dan kunci segala kebaikan, dan yang menyingkapkan keutamaan tafakkur. Fikiran lebih baik daripada dzikir, karena fikiran adalah dzikir plus ". ( Abu Hamid Al Ghazaly, Ihya' ulumuddin jilid IV hal. 389 )..

Untuk diketahui dan dijadikan panduan sesama kita khususnya yg baru menjinak-jinakkan diri menuju Ketuhanan..wajib berguru atau ada pembimbing yg berilmu dan ingatlah.. bahwa orang yang sampai kepada Allah adalah orang yang mampu menangkap ilham-ilham Allah dan itu tidak akan sama sekali bertentangan dengan perintah yang tertulis dalam Al Qur'an dan Al sunnah.

Tiap orang memiliki hijab berbeza-beza. Ada yang terhijab kerana harta, kedudukan ( pangkat / kuasa ), cinta yg berlebihan sesama makhluk dll..maka itu, hari ini, saat ini..

Untuk menjalani kaedah bertariqat, maka wajiblah berguru agar sampai tujuan menjadi sufi yg sejati..dan pada yg masih berjinak-jinak, jgn takut untuk menyerah diri pada Allah ..berlatihlah untuk banyak mengingati Allah, di mana pun dan bila pun..menjalankan yg fardhu dan sunnat, fahami keutamaan-Nya. Melihat, berbicara apa pun kaitkanlah selalu dengan Allah, indahkan Keagungan-Nya, jangan hanya kepada makhluk..berselawatlah pada Junjungan Besar RaslAllah saw, ahli keluarganya dan para -para Sahabatnya..dan juga pada semua kaum mslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat...

Kesombongan dan keangkuhan merupakan bukti keadaan jiwa masih terikat oleh pengaruh alam ciptaan..Ingatlah saudaraku..lagi kuat ingatan ( dzikir ) kpd Allah, semakin mantap dan kukuhlah perhubungan diantara Iblis dan nafsu...untuk menyesatkan kita.

Allah berfirman : Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku- ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang ( lebih ) tinggi ?

Iblis berkata : Aku lebih baik dari padanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.

Allah berfirman: maka keluarlah kamu dari syurga, sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atas kamu sampai hari pembalasan.

Iblis berkata: Ya Tuhanku … beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.

Allah berfirman: sesungguhnya kamu termasuk orang yang diberi tangguh. Sampai hari yang telah ditentukan waktunya (hari qiyamat)

Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau..aku akan menyesatkan mereka semua. Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis diantara mereka…. ( QS 38:75-83 ).

Orang-orang Mukmin/ makrifat mahupun sufi keberangkalian jumlahnya sangat sedikit. Mereka boleh datang dari pelbagai kalangan mana saja, tidak harus dari kalangan ulama'. Boleh jadi seorang pekebun, pegawai rendah/tinggi, pedagang, pelayan pejabat, dsb. Cirinya sangat ketara, hidup mereka sangat terjaga. Dipuji dicaci, ada duit tak dak duit sama saja bagi mereka. Ia tidak mempersoalkan kaya atau miskin, cantik atau tidak, sebab ia yakin bahawa semua ada dalam kekuasaan Allah. Semua mengandungi kebaikan yang akan mendekatkannya kepada Allah. Alangkah indahnya bila kita termasuk salah seorang dari mereka!

"Dan ikutilah orang-orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah 'muhtaduun' ( orang yang tetap diatas petunjuk )" ( Q.S. 36:21 )

Tujuan hidupnya manusia yg sempurna, sentiasa mengingatiNya, merinduiNya dan mencintaiNya..pastikan dlm keadaan bersyukur atas segala nikmat kurniaanNya, disamping mencari keredhaanNya..iaitu mencapai hidup dimana ruhaninya dapat berhubung terus dengan Allah azza wa jalla dalam keadaan kamalul yaqin tanpa perantaraan, benar dan merasa indah setiap detik dan saat...

Kerana manusia manapun juga tidak dapat hidup tanpa " Ruh ", dan Ruh ini tidak dapat hidup jika tidak mendapat sumber Izin dan RahmatNya dari Yang Maha Mencipta, Maha memiliki dan yang telah meniupkan Ruh itu sendiriNya..maka itu Allah berFirman bahawa Ruh adalah RahsiaNya.. ( QS Al Isra': 85 )..

Bila Ruh,niat dihati, aqal fikiran, pancaindera yg lima serta anggota jasad disatukan dengan syariat, itu namanya bersungguh-sungguh dan dalam bahasa perjalanan keruhanian diertikan dengan jemaah..

maka segala gerak gerinya serasa berada di bawah perhatian serta pengawasan Allah (Ihsan)..dan sememangnya setiap makhluk / manusia bergerak di bawah pengawasan Allah swt.. Firman Nya " Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk solat) dan (melihat pula) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ". ( Asy Syu'ara : 218-220 ).

walau bagaimanapun harapan kita agar sentiasa memohon Pertunjuk serta hidayah-Nya, agar terlindung dari menjadi golongan-golongan antaranya bersifat munafik..Kesufian sejati bukan hanya boleh di dapati dengan sekadar adanya seminar dan pena. Kesufian boleh di dapati hanya di atas IzinNya dan RahmatNya, iaitu berguru, berlatih, berusaha dengan berserah, zuhud dan sebenar benar yakin..InsyAllah.

Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk serta hidayahNya kepada kita semua.." Iyyaka na'budu wa iyya kanasta'iin "..

Kebanyakan org sufi sebelum menjadi Sufi ia telah faqih terlebih dahulu, bahkan menjadi Imam dlm pelbagai Ilmu Fiqh dan Ilmu Qalam..

Akan tetapi penujuan sufi sejati sampai ke bidang Tesawuf telah memberikan Ilmu pengetahuan yg lebih mendalam lagi, lebih jernih dan rasa dzawk kpd jiwa mereka..juga tambahan perasaan panca indera mereka kian menjadi lebih sempurna di atas IzinNya dan RahmatNya.

Seorang ulama' faqih yg besar, Syeikhul Islam Abu Zakaria Al Ansari pernah berkata " Apabila org faqih itu tidak mempunyai Ilmu mengenai hal ehwal kaum Sufi dan istilah istilah mereka, maka dia adalah seorang faqih yg kering ".

Kesedaran disini sebenarnya menyatakan betapa hubungan diantara Ahli Tesawuf dan Fiqh amat erat sekali, sehingga ada yg mengatakan siapa yg melakukan Tesawuf sebelum ia mengerti akan Syariat Islam dgn benar, maka ia menjadi zindiq; dan juga sesiapa yg mempelajari Syariat Islam sahaja tanpa melakukan Tesawuf, maka ia adalah fasik.

Kesimpulan pada hakikatnya , tidak akan ada perselisihan yg terbit antara Fuqaha' dan kaum sufi yang sejati.

Orang-orang sufi, ucapan-ucapan yg sentiasa keluar lebihnya sentiasa dahulukan Allah, indahkan KebesaranNya, memuji serta memuja KeAgungan Allah..Peringatan demi peringatan akan di sampaikan kpd saudara muslim tak kira dimana dan siapa kita..hendaknya janganlah berhenti sejenakpun dari mengingati dan menyebut Allah, bertasbih, serta selawat dsbgnya dlm hal dan waktu apa juga, sampai datang maut kpd kita..satu tugas dan rasa pertanggungjawaban bagi setiap jiwa sufi yg sejati..

Mereka terusan mengembara dalam kehidupan Ruhaninya mengetahui akan Kebesaran dan Kemuliaan Allah lebih banyak dari yg pernah diperolehinya.

satu dpd tujuan kita hari ini, berusaha mengembangkan dan menyebarkan pengetahuan-pengetahuan yg menyiarkan ilmu Tesawuf, supaya ilmu ini di fahami oleh manusia yg belum lagi mengenali betapa indahnya berada dialam ini. Tidak keterlaluan andainya di sarankan sesama kita dapat menggali kembali jiwa dan isi jiwa golongan-golongan kecil yg dpt mengalahkan golongan-golongan besar dengan IzinNya dan RahmatNya...

Sesungguhnya orang-orang diluar ( biasa ) tidak akan memahaminya, kerana alam mereka ( jiwa sufi yg sejati ) merasakan tidak ada apa yg dpt melalaikan mereka dari mengingati Allah, memuji dan memujaNya, rindu dan kasih hanya pada Dzat yang Maha Agung diatas segala-galanya..betapa Indah sekiranya kita tergolong dalam golongan ini, bukan sekadar bicara disini tetapi silalah memasukinya..

Hari ini, saat ini, ketahuilah bahawa orang yg menempuh sebenarnya di jalan Allah itu amat sedikit sekali, tetapi yg mengakukan demikian banyak..

Tariqat hanya jalan, yg jalannya hanya dua cara..cara Kenabian dan Kewalian..akhirnya tetap bertemu iaitu pada " ESA "

Demikianlah kurnia-kurnia Allah kpd para hamba pilihanNya yg tetap selalu ada dari masa ke masa, yg sangat sedikit org yg mengetahuinya kerana tidak pernah merasakannya..dan siapa yg menyimpan rahsia-rahsia hati, di atas IziNnya dan RahmatNya akan lahirlah baginya rahsia-rahsia Kurniaan Ilahi..mudahan mendapat KeredhaanNya..Amin.

wallahu'alam.

Muraqabah

Di atas IzinNya dan RahmatNya.Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya...

Syukran ustadz al-Banjari..begitu bermakna..teruskan dalam bicara mengindahkan Dzat Maha Agung, Maha Mengetahui segala-galanya.

sedikit renungan, mudahan mendapat keredhaanNya...mengapa diadakan " MURAQABAH "..?? tentunya ialah supaya dapat Ittishal..apa pula maksud ittishal itu.?? Di atas IzinNya dan RahmatNya itulah berhubungan dengan Tuhan...itulah puncaknya kelazatan, kepuasan

Sebenarnya metode yang se akan sama juga yang di gunakan oleh ajaran Taoisme, Buddha dan sehinggakan bukan sedikit orang-orang atheis sekarang ini mampu melakukan latihan konsentrasi kpd benda, titik, pembayangan wajah guru, mantra-mantra khusus yang luar biasa tanpa harus beragamapun..kaedah sama keberangkalian tak serupa...berlainan pegangan kepercayaan agama..

Didalam kaedah yoga, ada juga disebut cakra, moksa dan sebagai mantra Krishna dan mesti diterima dari seorang guru kerohanian yang dapat memberi tunjuk ajar dalam garis panduan dari turun temurun dari sri Krishna sendiri agar mantra itu manjur ( dlm istilah tareqat sebagai guru Mursyid dan memiliki sanad atau silsilah langsung dari Rasul ) Hanya dari dan kurnia dari seorang guru kerohanian yg memiliki kualiti spt itu...seseorang dpt bebas dari peredaran dan kelahiran dan juga kematian.. rujukan " sri srimad ac bhaktivedanta swami prabhupada".

Alhamdulillah syukur yang di atas limpah kurniaNya Ilmu dari Engkau Ya Allah memberi pengertian iaitu bermulanya dari satu titik lalu mencorakkan huruf dan huruf-huruf itu adalah rumus yang pada asal dan mulanya tidak memiliki erti dan maksudnya apa-apa, sehingga kemudian dengan izinMu tersusun menjadi sebuah kata dan lagi susunan kata di olah menjadi pula sebuah kalimat (Ilmu) dan dari sebuah kalimat itu terkandungnya sebuah pengertian (mesti faham) ...dan seterusnya pengertian itu sebenarnya bukanlah sebuah kalimatpun ( mesti nampak ), dan untuk (merasa) jangan lagi pandang dan tilik pada titik tersebut tapi teruskan pada di sebalik titik itu.. Luasnya dan dalamnya Ilmu di dalam Ilmu dari Allah tidak terhingga..Ya Allah, Ya Allah, Allah, Allah Muhammad RasulAllah.....

Firman Allah swt " Iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ) ; Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. " ( QS Ali Imran : 191 )..dan yakinlah sepenuh hati...

Pandang pada satu lukisan, janganlah kita terpedaya dan terjebak pada gambar dan warnanya yang ada pada kain kanvas ataupun kertas, tetapi pandanglah sebelum adanya gambar,potret dan warna itu..itulah makrifat..Mahasuci Allah... mudahan kita diberi Pertunjuknya dan HidayahNya.

Asnaf-asnaf para pencinta keruhanian ( ahli ma'rifat )..

FirmanNya " Setiap kami melainkan mempunyai kedudukannya yang tertentu. " ( As-Shaffat : 164 )..

Para arif itu tergolong kepada beberapa asnaf, caranya berlainan dan tingkatan maqamnya pun tidak sama..diatas IzinNya dan RahmatNya..

- diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn kudratNya, lalu dia merasa takut kepadaNya..

- diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn kelebihanNya, lalu dia menyangka baik terhadapNya..

- diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn muraqabah, lalu dia merasa yaqin kpd kebenaranNya..

- diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn kebesaranNya, lalu dia merasa bimbang terhadapNya..

- diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn kifayahNya, lalu dia menunjukkan kefakiran kepadaNya..

- diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn sifat keesaanNya, lalu dia bergantung kpd sifat kesucianNya..

- diantara mereka ada yg mengenal Allah dgn sifat ketuhananNya, lalu dia berpegang kpd pertalian ( perhubungan ) dirinya dgn Allah..

Al-Junaid pernah berkata; bilakah boleh kesampaian siapa yg tidak ada serupanya atau tidak ada samanya dgn siapa yg punyai serupa dan sama, ini adalah suatu dugaan yg luar biasa, kecuali jika diperlembutkan oleh Tuhan yang Maha Pelembut dgn cara tidak ada bantuan, tidak ada waham, tidak ada liputan, kecuali dgn isyarat keyaqinan dan hakiqat keimanan semata..

Maka bila Allah mahu memberikan sesuatu ilmu kpd hambaNya, maka yg demikian itu akan berlaku tanpa perlu bantuan sesiapapun, tidak ada waham yg akan menggangguinya dan tidak ada liputan apa pun, hanya dgn tercetusnya keyakinan didlm hati, lalu diteguhkan dgn keimanan yg semakin hari semakin bertambah..

Mulakanlah dgn berusaha sungguh-sungguh menunaikan yg fardhu agar lebih sempurna, kemudian ikutkanlah dgn sunnat-sunnat nawafil sekadar yg termampu..InsyAllah dari situlah kita akan mencapai apa yg selama ini kita mencarinya, mudahan kita akan sampai kepadaNya dgn selamat, dan sebagaimana yg diredhai Allah dan RasulNya..

Banyak manusia terpaksa diajar dan dibimbing oleh yg berilmu, guru mursyid dsbgnya untuk mengenal Tuhan. Diberikan kpdnya ilmu, amalan tertentu beserta dalil-dalil, contoh-contoh yg logika demi utk membuktikan kebenaran segala sifat-sifat Allah itu. Maka dari situlah sidia meningkat setangga demi setangga sampai kekemuncaknya. Ada yg sampai cepat, ada yg lambat, dan ada yg tidak kesampaian..semuanya diatas IzinNya dan RahmatNya.

Namun ada juga manusia yg lain yg diberikan Allah Taufik dan hidayahNya utk mengenal Allah secara mendadak, atau didorong oleh sebab sesuatu hal dan peristiwa yg terus membenam dan mengelubungi kebatinannya ( bashirah ), maka pengenalannya kpd Allah menerusi bashirah yg di atas IzinNya dan RahmatNya..tidak perlu lagi kpd proses dan seperti sistem anak-anak disekolah...keseluruhan hidupnya utk berkhidmat kpd Allah, dan semua yg ada didlm pemikirannya ialah Allah, dpd Allah, kpd Allah, dgn Allah, disisi Allah dan seterusnya dan seterusnya, dan tidak ada yg selainNya.

Firman Allah " Di antara mereka ada yang menganiaya dirinya, dan diantara mereka ada yang pertengahan ( sederhana ) dan diantara mereka ada yang cepat menuju kepada kebaikan dengan izin Allah. " ( Fathir : 32 ).

Pernah suatu ketika, Rabi'ahtul Al-Adawiyah bertanya hal ini kpd Zin-Nun, muga Allah merahmati keduanya, tanya Rabi'ah..Bagaimana engkau mengenali Allah..??

Zin-Nun terus menjawab, Dia telah mengurniakan sifat malu, dan mengelubungiku dengan sifat Muraqabah ( mawas diri ), maka setiap kali aku ingin mendatangi maksiat, aku teringat kepada Allah, lalu aku merasa malu kepadaNya..

Kosongkanlah ( hatimu ) dpd ingatan kpd kedua-dua rumah ( dunia dan akhirat ), dan bermesra-mesralah saja kepada Tuhan semesta alam...

Abu Uthman Said ibn Ismail al Hiri r.a. pernah berkata " Hendaklah kamu berdamping dgn Allah dgn adab yg indah, sentiasa merasakan kehebatanNya dan muraqabah kepadaNya ( sentiasa merasakan pengawasan Allah ). Hendaklah kamu berdamping dengan RasulAllah saw dgn mengikut Sunnahnya dan melazimi ilmu yg dzahir ( syariat ). Hendaklah kamu berdamping dgn para wali Allah dgn menghormatinya dan berkhidmat kpdnya. Hendaklah kamu berdamping dgn ahli keluarga dgn akhlaq yg baik, berdamping dgn saudara dgn sentiasa memberikan khabar gembira selagi ia tidak menjadi dosa dan berdamping dgn orang jahil dgn doa dan kasih sayang kpd mereka ".

Ibnu Qayyim al Jauziyyah Madarij al Salikin Jld 2 H: 353.

" Man lam yadzawq lam yadri " siapa yang tak rasa tak tahu....wallau'alam.

Kebenaran Islam- Sufism vs Freemason

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Abu Yazid al-Bustami pernah berkata " Allahuakbar itu bermaksud, Allah itu Maha Besar untuk di qiaskan dengan manusia atau Maha Besar untuk diqiaskan dengan yang lain dan Maha Besar untuk difahami serta di rasai oleh pancaindera kita."

Dengan kaedah kemajuan sains dan teknologi masa kini, puak-puak ini sudahpun sampai ke bulan, manakala kita masih lagi di bumi ini..hairan ??..

Demi Kebesaran dan Kekuasaan Allah telahpun memperjalankan hambanya Baginda Mulia RasulAllah saw terus ketempat yang lebih tinggi dari bulan ( peristiwa Israk dan Mikraj ).., puak-puak ini tahu dan maklum akan kehebatan serta kebesaran Allah..tetapi mereka tetap tidak mahu beriman..

Zaman dahulu lagi puak-puak kufar ini telah di rakamkan dgn peristiwa tukang-tukang sihir zaman firaun cuba melawan kekuasaan Allah bagi menentang Nabi Allah Musa a.s..dan mereka tetap kecundang, ringkasnya,..begitulah sifat iblis laknatullah tidak akan berputus asa dan tetap akan menghasut, mencari jalan demi menyesatkan manusia dari mengingati Allah..

Tanggungjawab bagi mengatasi penemuan dari puak ini, bukan hanya terletak kpd para-para Sufism sahaja, malah kita semua yg mengaku beriman dan bertaqwa kepada Allah supaya mengingatkan kita , sekadar tahu sahaja tetapi tidak mengenalNya. Kenal tetapi tidak mengindahkanNya..malah Allah tidak dirasakan dekat dihatinya..

Tidak ada rasa kekhuatiran, ketakutan, malah lebih bersedia dan berani andainya kita mengenali Allah, supaya kita mampu merasakan KeMahaanNya dalam setiap jengkal dan langkah kita, dan dekatiNya..supaya di Atas IzinNya dan RahmatNya berkenan hadir dan menghadirkan KeKuasaanNya..

Gunakan sebaik-baiknya apa yg telah di anugerahkan Ilahi buat kita Muslimin, muslimat, mukminin dan mukminat agar kita kita sentiasa berada di bawah perlindungan dan RahmatNya dalam naungan Rahman dan RahimNya semasa hayat di kandung badan di alam ini sampai di akhirat nanti…FirmanNya dalam Surah Al Baqarah : 152 , “ Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat ( pula ) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaku, dan janganlah kamu mengingkari ( nikmat ) Ku “.

Kita perlu membuktikan sifat kehambaan kita dengan menundukkan diri, menghujamkan lutut seraya bersujud dan di samping berusaha kita menyerahkan diri untuk di aturNya..begitulah jadi hamba abdi yg sejati yg percaya dan yaqin dengan Kebesaran Allah sesungguhnya.

Untuk itu mulai bertanyakan dalam diri kita sendiri, hari demi hari, kerana keimanan bukan hanya terletak pada bahasan dan ucapan serta keyakinan dalam hati,..malah lebih dari itu sampai pembuktian realiti dalam bentuk perasaan dan pengalaman..

Sehebat manapun Freemason atau sewaktu dengannya..iho semuanya dalam gengamanNya..di TanganNya Maha berkuasa di atas segala-gala kehendak terjadi..Dia lah Allah, pemilik segala kejadian masa dahulu, kini dan masa hadapan, yang menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan isi diantara keduanya..( As Sajjadah : 4 ).

Kenali Allah, dekatiNya, IngatNya sentiasa di mana-mana dalam apa jua keadaan kita, InsyAllah…

Firman Allah “ Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Mahakuat dan Maha perkasa. “ ( Al Hajj : 74 ).

Apabila seseorang yg alim, beriman dan bertaqwa berusaha menyambung malam dan siang dgn tafakur akan Kebesaran serta KeAgungan Allah swt, mengenai kehidupan didunia dan akhirat,..adalah ibarat seorang yg terjaga..ada perbezaan diantara cara pentafakuran dlm teologi keagamaan di atas dunia ini.

Menerawang jauh menembusi dari alam ciptaan menuju kpd Penciptanya..juga di sebut Al Ibrah, merenung jauh dan dalam disertai zikir dan bertasbih ( syuhud )..kepada objek yg tidak terjangkau iaitu Allah..prosesnya dpt dilakukan baik sambil berdiri, duduk mahupun berbaring...

wallahu'alam

Sabtu, 8 Mei 2010

Ciri-ciri kewalian

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita bagi segala nikmat kurniaanNya...Allah Dzat Yang Maha Agung, Dzat Yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

Pernah suatu ketika Syeikh Abu'l Hasan Asy Syadzili berkata " Orang yang menunjukkan dunia sahaja kepada mu, dia menipumu. Orang yang menunjukkan perbuatannya kpdmu, dia akan membuatmu letih berpanjangan, tetapi andainya ada orang yang menunjukkan Kebesaran serta Kesempurnaan Allah, dialah yang akan menasihatimu...

Banyaklah sudah istilah mahupun pengertian mengenai ciri-ciri kewalian..dzahirnya termaktub..Salah satu rahsia yg Allah sembunyikan walayah ( kewalian ) dalam / atas hamba-hambanya...bathinnya setiap zaman pasti ada dan terus ada...hilang ia tanda akhir zamanlah kita.

Baginda Mulia RasulAllah saw sudahpun berpesan, jgn tinggalkan ia....sungguh indah Al Quran, bukan hanya untuk satu bangsa, malah satu dunia takluknya, Mustahil FirmanNya hanya tertakluk pada tersurat dalam sebuah kitab mengandungi 6,236 ayat, 114 surah..?? semakin kita teliti dan renungi, di atas iIzinNya dan RahmatNya semakin kita menemui rahsia-rahsia FirmanNya..

Di situ ada Rasul, Nabi, malaikat, para siddiqin, para syahid, solehin, iblis laknatullah, Jin dan syaitan, manusia, alam diri, alam nyata, alam lahut, malakut, jabarut, syurga dan neraka, Iman, Islam dan Ihsan serta segala-galanya..itulah pedoman kita.

FirmanNya “ Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat ayat-ayat Allah bagi orang-orang yang beriman. Dari pada penciptaan kamu dan bintang-bintang yang melata yang tersebar ( di muka bumi ) terdapat ayat-ayat ( tanda-tanda ) kekuasaan Allah bagi kaum yang yakin, dan pada pergantian malam dan siang serta hujan yang diturunkan Allah dari langit sebagai rezeki lalu di hidupkan-Nya bumisesudah matinya dengan air hujan itu, dan pada perkisaran angin terdapat pula ayat-ayat ( tanda-tanda ) kekuasaan Allah bagi mereka yang beraqal. Itulah ayat-ayat Allah, Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya, maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah ( kalam ) Allah dan ayat-ayat-Nya.” ( Al Jaatsiyah : 3-6 )..

Di sini ada pengertian dan pemahaman, setiap ayat mampu di fahami berbeza oleh individu yang berbeza, di setiap kurun waktu ( zaman ) tertentu..Pengertian dan pemahaman ketikanya berubah berdasarkan ilmu, pengalaman serta budaya..tentu sahaja tidak dengan mengubah lafadz Al Quran..

Biarkan lafadz itu bercerita , mengungkapkan kebenaran Firman-firman-Nya kepada sesiapa saja yang mahu membacanya dan pengertiannya termaktub dalam intuisi yang di atas IzinNya dan RahmatNya turun melalui jiwanya...menghilangkah ia..??