AL-QURAN

AL-QURAN
bukan sekadar bacaan berpahala,..

Nasehatnya...

Nasehatnya...
Mudahan mendapat Keredhaan Ilahi...

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .
seumpama setitik air di tengah lautan

Rabu, 21 Julai 2010

Renungi peranan ciptaanNya...

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Mengenai perbezaannya aqal, hati, ruh dan Sirr, Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani ada menerangkan yang bermaksud:

"Aqal ialah ketua alam diri manusia. Aqal ialah kotak hati (qalb). Hati ialah kotak fu'ad (sanubari). Fu'ad ialah kotak ruh. Ruh ialah kotak sirr (padanya ada ikhlas)."

Oleh itu, setiap yang berikut, merupakan tempat mu'amalah batin seseorang manusia. Ia meningkat, peringkat demi peringkat, selaras dengan peningkatan tahap nafsu (diri) seseorang.

Apabila nafsu dipenuhi syahwat, maka, akal tidak lagi berperanan sebagai pemimpin diri seseorang, tetapi nafsu. Pada ketika ini, nafsu tersebut ialah nafs ammarah (yang menyuruh kepada kejahatan).

Apabila seseorang itu melawan daya syahwat dalam dirinya, dari menguasai nafs (diri) nya, maka, akal akan kembali memimpin dan pada saat itu, ia dikatakan sebagai nafs al-lawwamah.

Apabila seseorang itu mampu menjaga nafsnya dari pengaruh-pengaruh syahwat yang tesembunyi, dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah, maka pada ketika itu, mu'amalah batinnya terletak pada hatinya. Pada ketika ini, banyak bisikan-bisikan kebaikan dalam dirinya. Ia dikenali dengan nafs mulhamah...Di sini, bermulanya usaha seseorang untuk mencapai tahap muroqobah.

Apabila seseorang telah sampai ke ahwal fana', di mana dia merasai bahawa, tiada yang wujud melainkan Allah s.w.t., maka pada ketika itu, muamalahnya dengan Allah s.w.t. pada fu'ad (sanubari)nya. Ia dikenali dengan nafs mutma'innnah. Di sini juga bermulanya penghayatan terhadap hakikat muraqabah.

Apabila telah tetap tauhid khawas dalam dirinya, dari hal fana' kepada maqom fana', maka pada ketika itu, tempat mu'amalah batinnya dengan Tuhannya s.w.t. ialah pada ruhnya. Ia dikenali dengan nafs radhiah. Pada ketika ini, seseorang hamba antara penghujung muraqabah dan awal musyahadah.

Apabila meningkat tahap seseorang hamba kepada tahap baqa' atau jam'u jam'in, di mana, tauhid khawasul khawas telah menetap dalam dirinya, maka tempat mu'amalahnya dengan Allah s.w.t. ialah pada sirrnya di mana, di situlah letaknya ikhlas, dan di situlah dia menemui hadrah Allah s.w.t. tajalli dalam dirinya. Ia dipanggil nafs radhiah mardhiyah, takkala Allah s.w.t. menjemputnya ke hadrah-Nya dalam Musyahadah. Mereka inilah yang dikenali sebagai Al-Kummal ( orang-orang kamil ) di kalangan para Nabi a.s. dan khawas para wali Allah s.w.t.

Sememangnya penerangan sirr, ruh dan sebagainya, terdapat perbezaan dari sudut penerangan para arif billah. Apabila kita perhatikan huraian-huraian tentang maqam, ahwal, perbezaan sirr, qalb dan sebagainya, oleh para arif, kita dapati seolah-oleh terdapat perbezaan.

Tetapi, perbezaan tersebut bukanlah suatu perbezaan yang bersifat bertentangan antara satu sama lain, tetapi perbezaannya bersifat kepelbagaian jenis, yang lahir dari zauq-zauq yang Allah s.w.t. campakkan ke dalam diri mereka. Berbeza dari sudut lafdzi ( lafadz ) tetapi sama dari sudut maknawi bagi ahli zauqi yang merasai.

Apa yang penting, untuk memahami perbezaan yang halus antara hati, sirr dan sebagainya, ia memerlukan zauq dan perasaan. Adapun zauq timbul dari mu'amalah batin kita dengan Allah s.w.t., dalam mentahqiqkan Ubudiyah dalam diri. Bak kata Imam Al-Junaid, ilmu kami dibina atas zauq, bukan atas penulisan. Ilmu kami dipindahkan melalui ahwal, bukan maqal (perkataan)".

Bermula lafadz Qalbun atau hati dan lafadz Ruh dan lafadz Nafsu dan lafaz Aqal itu walaupun bersalah-salahan mafhumnya(maksudnya) tetapi bersamaan makna pada hakikatnya..

Kesimpulannya

Tidaklah bersalahan lafaz yang empat ini melainkan pada "Iktibar Makna" jua..wallahu'alam

0 comments: