AL-QURAN

AL-QURAN
bukan sekadar bacaan berpahala,..

Nasehatnya...

Nasehatnya...
Mudahan mendapat Keredhaan Ilahi...

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .
seumpama setitik air di tengah lautan

Rabu, 21 Julai 2010

Hubungi Allah dengan Istighfar dan Taubat..

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Pengertian taubat menurut syara' ialah kembali kepada Allah swt dengan berpegang teguh kepada kewajipan yang diwajibkan kepada hambaNya. Meninggalkan laranganNya atau beralih dari setiap perbuatan yang dibenci kepada yang disenangi.

Orang yang bertaubat amat beruntung kerana kembali menjalankan perintah Allah dan menjauhkan larangannya. Inilah hakikat taubat sehingga Allah memberi kejayaan dan pahala kepada sesiapa yang mentaati hakikat ini. FirmanNya “ Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan ”. (an-Nuur: 31)

Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan segala dosa hambaNya yang mahu bertaubat.

FirmanNya lagi  “ Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54).

Manusia sebagai hamba Allah terbahagi kepada dua bahagian, pertama: Orang yang bertaubat dari kesalahannya dan kedua: Orang yang menzalimi dirinya sendiri. Dianggap orang yang menzalimi dirinya sendiri ialah orang yang tidak mahu bertaubat. Orang yang tidak mahu bertaubat seolah-olah tidak mengenali Tuhannya, tidak mengetahui hak-haknya yang diberikan oleh Allah kepadanya dan tidak melihat aib dirinya dan perbuatannya.

FirmanNya “ Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim ”. ( Al-Hujurat:11 )...Janganlah menzalimi Diri Sendiri.

Manusia perlu sedar bahawa Baginda Mulia Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam sendiri walaupun sebagai seorang Nabi dan RasulAlah, namun baginda disetiap hari sentiasa bertaubat sebagaimana sabda baginda:

“ Wahai sekalian manusia! Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, kerana demi Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari ”. ( Al Hadith )

Apabila bertaubat, bererti seseorang itu telah meninggalkan jalan orang yang sesat, terkutuk dan dimurkai Allah, kemudian kembali kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala dengan seluruh dimensi kesedaran di hatinya.

Sebenarnya Allah menyeru agar hambaNya sentiasa bersegera memohon keampunan dan bertaubat kepadaNya sebagaimana firmanNya: “ Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa ”. ( Ali-Imran: 133 ).

Dari mana datang timbunyal rasa menyesal ??.setelah Allah sedarkan samada dengan lintasan pada hati, atau musibah yg terjadi dll. PertunjukNya dan HidayahNya telah membuka hati, menyedarkan diri.

Lalu kita menyesali dan memohon keampunanNya, agar diiampuni..kan Allah itu Maha Pengampun.. dalam keadaan begitu, penyerahan kepada ALLAH adalah tertinggi dalam diri setiap hamba. Penyerahan mutlak ( bersungguh-sungguh ).

Selepas itu timbul dalam hati untuk sembahyang sunat taubah, beristighfar, berzikir...di atas IzinNya dan RahmatNya...

Kesedihan menimpa, sambil tunduk rasa malu dan berdosa, menangislah, serta berazamlah wahai anak Adam itu untuk tidak mengulangi lagi dosa yang sama di hari muka.

4:17. Allah hanya menerima taubat orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan menerima taubat mereka, dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
(Taubat hanya diterima daripada orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan)

4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, " Sesungguhnya sekarang saya bertaubat ", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya ( kafir ); bagi mereka, Kami menyediakan azab yang pedih....( Taubat tidak diterima)[/color ]

Alhamdulillah. Kemuncak pada suatu ujian ialah apabila setiap kita mendapat pengajaran dari ujianNya itu. Maka saksikanlah wahai setiap anak Adam, betapa Kasihnya ALLAH 'azza wajalla pada semuanya kita..

Mudahan belum terlambat lagi buat kita semua..wallahu'alam.

0 comments: