AL-QURAN

AL-QURAN
bukan sekadar bacaan berpahala,..

Nasehatnya...

Nasehatnya...
Mudahan mendapat Keredhaan Ilahi...

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .
seumpama setitik air di tengah lautan

Rabu, 21 Julai 2010

Menjadi bahaya pada yg tidak " BACA "...

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala ciptaan dan KurniaanNya..

Semuga penerangan-penerangan ini nanti dan apa yg diutarakan itu menjadi satu panduan buat pencinta keruhanian..dan ini pula satu sisi pandangan buat renungan.

Wajib ke atas kita membekalkan diri dgn Ilmu, kerana ilmu adalah punca kpd segala perbuatan dan beramal tanpa ilmu adalah sia-sia..bila nak belajar dan cari Ilmu dan buat amalan pastinya ada guru..cuma tak perlu taksub..itu sahaja..Ilmu Allah jadikan tak habis-habis sampai bilapun selagi belum qiyamat dan bukan hanya mesti ada pada sang guru murshid sahaja..pelbagai murshidnya...

tidak disebutkan bahwa ilmu itu ada yang bernafaskan Kristen, Hindu, Yahudi, Islam dll. Ilmu ya ilmu, sesuatu yang Universal.

dan FirmanNya " Maka bertanyalah kepada orang yang pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui. ( An Nahl : 43). tak adapun di sebut hanya para Syeikh atau guru Murshid yang kita persepsi sendiri KeMurshidannya...dan bicara ini tidak sama sekali menolak akan pewaris Nabi dan sekelian para Ulama' / Murabbi atau sesiapa sahaja yg di anugerahi oleh Allah swt mempunyai Ilmu Keruhanian dan Syariat, selagi mana mengikut apa yg telah diwasiatkan oleh Baginda Mulia Junjungan Besar Nabi Muhammad saw..

Mari kita ambil perkataan dari Syeikh Ar Rifa'i ( dalam kitab Jalan Rohani halaman 73 ( Syeikh Sa'id Hawwa ).. Sebenarnya tujuan akhir para ulama dan para sufi adalah satu. Ini perlu di utarakan di sini, sebab beberapa ulama yg kurang faham selalu menghujat setiap orang dengan perkataan :" orang yg tidak memiliki Syeikh, maka syeikh nya adalah syaitan dsbnya, ungkapan ini di lontarkan oleh seorang sufi yg berpropaganda untuk Syeikhnya yg alim atau di lontarkan oleh sufi yg keliru, yg tidak tahu bagaimana seharusnya ia mendudukkan tesawuf pada tempat sebenarnya.. Sebenarnya orang yg tidak memiliki syeikh adalah orang yang lari dari pendidikan dan tidak mahu belajar langsung..manusia semacam ini lah yg bersyeikh pada syaitan..sedang yg berjalan atas dasar Ilmu pengetahuan, itu bererti imam dan syeikhnya adalah Ilmu dan syariat".

dan lagi ada yg mengatakan bahawa yg tidak bersandarkan kpd para Syeikhnya Murshid maka amalan,zikirnya tertolak atau mudah menjadi sesat.. dan menurut penafsiran Prof. Ali Ash Shabuni dalam kitabnya Shawatut Tafaasir, surat Al Kahfi : 17 hal 185, Yang dimaksudkan (Waliyam Mursyada ) bukanlah seorang Syeikh pembimbing, melainkan Allah swt sendiri, DiaLah yg memberi bimbingan rohani, DiaLah yg menyesatkan org kafir, DiaLah yg menunjukkan jalan yg lurus..Haqiqatnya DiaLah segala-galaNya.. Allah Maha Agung, Maha Dekat, Maha Besar, Maha Mengetahui segala-galaNya..

" YANG MENGAJAR ( MANUSIA ) DENGAN PERANTARAAN QALAM. DIA MENGAJARKAN MANUSIA APA YANG TIDAK DI KETAHUINYA " ( AL 'ALAQ : 4-5 ).

" BARANG SIAPA YANG DI BERI PERTUNJUK OLEH ALLAH,MAKA DIALAH YANG MENDAPAT PERTUNJUK. DAN BARANG SIAPA YANG DI SESATKANNYA, MAKA KAMU TIDAK AKAN MENDAPATKAN SEORANG PEMIMPIN PUN YANG DAPAT MEMBERI PERTUNJUK KEPADANYA " . ( AL KAHFI : 17 )

FirmanNya “ Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat ayat-ayat Allah bagi orang-orang yang beriman. Dari pada penciptaan kamu dan bintang-bintang yang melata yang tersebar ( di muka bumi ) terdapat ayat-ayat ( tanda-tanda ) kekuasaan Allah bagi kaum yang yakin, dan pada pergantian malam dan siang serta hujan yang diturunkan Allah dari langit sebagai rezeki lalu di hidupkan-Nya bumi sesudah matinya dengan air hujan itu, dan pada perkisaran angin terdapat pula ayat-ayat ( tanda-tanda ) kekuasaan Allah bagi mereka yang beraqal. Itulah ayat-ayat Allah, Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya, maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah ( kalam ) Allah dan ayat-ayat-Nya.” ( Al Jaatsiyah : 3-6 )..





Hari ini sekiranya umum mengatakan itu baik, biarpun tidak benar, maka ia menjadi benar, walaupun umat semakin menderita. Suara jemaah itu asalnya bukan yg timbul dari munajat atau ilham Ruhaniah yg diperolehi / hasil dari dalam berkhalwat atau beribadat terusan pada Allah azza wa jalla..tetapi suara yg di rencanakan suatu golongan yg khusus untuk kerjanya...

Hadirnya Baginda Mulia Junjungan Besar Nabi Muhammad saw di atas IzinNya dan RahmatNya ke Gua Hira' pada setiap Ramadhan selama hampir Lima tahun berturut-turut itu mengatakan kpd kita hari ini untuk mencari kebenaran jangan cari pada orang lain atau kebanyakan manusia. Akan tetapi cari didlm diri sendiri, gali didlm iman dan ibadat sendiri, dan untuk itu adakan hubungan maksima seikhlasnya dpt dilakukan dgn Tuhan Al Khaliq.

Mulakan saat ini, hubungi dan berkomunikasi dengan Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui, mencari keredhaanNya, yakin sungguh-sungguh..InsyAllah Dia ( Allah ) akan memaqbulkan permintaan sekadar kesungguhan kita, jgn jadikan modal duniawi dan sebagainya..

Allah tidak akan menurunkan ( wahyu ) sepertimana dikurnia dan anugerahkan kpd Junjungan Besar di Gua Hira' kpd sesiapa pun sebagaimana Allah tidak akan melantik lagi Nabi ataupun Rasul setelah wafatnya Junjungan Mulia Muhammad saw..tetapi atas sifat ketekunan setiap hambanya yg diatas IzinNya dan RahmatNya jua berpeluang menemui Mursyid, pewaris Nabi, Syeikh, Murabbi dsbnya dan pada yg tidak berpeluang lagi untuk ke saat ini bertemu dgn mereka-mereka itu, maka sentiasa melatihkan diri mengingati Allah, memohon pertunjuk dan HidayahNya, berserah dsbnya yg tidak melanggar sebarang Syariat yg telah ditetapkan oleh agama Islam..dan hal-hal ini amat disukai Allah swt..Dia yang Maha Mengatur segala-galaNya.

Kekuatan keluarga Baginda sahaja tidak mencukupi termasuk ketaatan Jibrail as ( ada yg mengatakan sebagai Guru kpd Muhammad saw ) bagi membolehkan Beliau dinobatkan sebagai Rasul pilihan melainkan di Atas IzinNya dan RahmatNya..bermacam ujian serta dugaan dan rintangan telah Beliau terima..rupa-rupanya semua kejadian dan peristiwa tersebut telah dirancang dan direncanakan dari Yang Maha Mencipta segalaNya...

Beliau asyik dengan TuhanNya selama bertahannuts di Gua Hira'..andainya org yg tidak ada syeikh atau murshid,niat di hati ikhlas dan tetap asyik dengan Allah dan sentiasa bertaubat kepada Allah,.. bagaimana..?? Tidak ada mustahil bagi Allah..FirmanNya “ Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang mahu bertaubat dan orang-orang yang mahu membersihkan dirinya sendiri”. (Al-Baqarah : 222)..

Ilmu pengetahuan ( ma'rifat ) dlm kepercayaan org-org Sufi sejati adalah tersembunyi di dlm Ruh manusia, ia telah ada semula jadi yg diatas IzinNya dan RahmatNya..bukan yg dimasukkan kemudian...seperti kata Imam besar Ahmad bin Hambal " bukan ilmu dengan banyak belajar atau meriwayatkan, tetapi ilmu itu cahaya ( Nur ) yg dijatuhkan Allah didlm hati orang-orang yg mentaatiNya sampai Allah sendiri mencintai mereka..

Imam Al Ghazali juga suatu ketika sering menjalani latihan dgn berkhalwat sendirian, walaupun ada gurunya..renungkan berita jiwanya dlm kitab Bidayatul Hidayah ( permulaan Hidayah )..menggunakan kekuatan aqal dan tilikan, mencari serta menambah ilmu sehingga katanya " menulis diatas bekas hapusan tidaklah sama dgn menulis diatas kertas yg suci dan bersih...

Bukannya rasa besar kepala atau merasa 'ujub..tetapi ada bezanya walaupun tetap dalam satu tujuan..seperti adanya unsur tetapi tiada nash...??

Saya pinjam perkataan dari Abu Yazid Al Bistami suatu ketika dahulu..mudahan Allah merahmatinya " Tuan Tuan mengambil ilmu dari ulama'-ulama' resmi, orang mati dari orang mati, manakala kami mengambil ilmu dari Yang Maha Hidup dan Tidak Mati "..

Bukan setakat Iblis, jin juga dapat menjelma dgn pelbagai rupa dan bentuk..ia tidak dtg dgn pakaian besi, tombak atau bola-bola api..dia boleh menjelma dgn pakaian berserban dan sebagainya..

Apabila rasa keimanan seseorang itu yg sudah sampai ke kpd suatu darjat ta'abuddi yg fana pada Dzat Allah, ingatannya bersama-sama Allah, Ruhnya, di atas IzinNya dan RahmatNya akan dpt memberikan ketentuan-ketentuan kpd jasadnya..

Pegangan sufi sejati yakin dan percaya bahawa Ruh lebih atas dan berkuasa di atas tubuh jasmani..kerana ia muqhlis, khabarkan pengalaman sendiri apabila sudah melaluinya..

Didlm dunia Tesawuf sebenarnya tidak ada permusuhan bagi yg mahu mendahului dan mentauhidkan Allah swt, dan bukannya berlumba-lumba utk menonjol dan mendptkan gelaran dsbgnya..malah akan menjauhi semua akhlaq yg tidak mulia.. Matlamat kita ialah keimanan dan ketaqwaan dan menentang kekufuran dan kesyirikan di dalam segenap aspek... Bertabligh itu luas pengertiannya dan ruang lingkupnya, Menulispun termasuk dalam kerja bertabligh selagi termasuk dalam suruhan dan menjauhi larangan Allah.

Wahai saudaraku sekelian, para pem'BACA' yg budiman..Sesungguhnya Allah menjadikan setiap sesuatu itu ukuran, dan setiap ukuran itu ada pula batasannya, pada batasan itu ada sebabnya, dan setiap sebab berkait dgn masa, dan pada setiap masa ada catatan, dan bagi setiap catatan perkara, dan setiap perkara pengertian, dan bagi setiap pengertian kebenaran, dan bagi setiap kebenaran haq, dan bagi setiap haq itulah Haqiqat, dan bagi setiap haqiqat itu ahli, dan bagi setiap ahli itu tanda....

Maka dlm dunia keruhanian itu di atas IzinNya dan RahmatNya, kita mampu mengenali yang haq atau yg bathil..jika seseorang memakai seluar pada bahagian badannya, dan memakai baju pada bahagian kakinya..mahukah kita mengikutnya..??, walaupun dia mengatakan dia sangat berilmu...??

Mengapa mesti diceritakan hanya perkara keburukan yg terdapat dalam dunia keruhanian, berapa ramai org yg terpedaya serta terperangkap bukan di alam keruhanian..sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yg menarik dalam dunia keruhanian boleh di bentangkan.. memberi semangat yg jitu, menggalakan kpd yg baru berjinak-jinak dengan dunia tariqat, ..bukannya menakut-nakutkan.

Begitulah selain Nabi Musa di perintahkan bertemu dgn Khidir..banyaklah kaedah dalam Tariqat menjadikan ini sebagai salah satu buktinya yg jelas kita mesti berguru..dan ini memangnya benar, sebab ia diberitakan dlm Al Quran...begitu juga didlm Al Quran ada di beritakan mengenai Nabi-Nabi yg lain, contohnya Nabi Nuh, Ibrahim, Isa, Muhammad saw dll, siapakah Murshid mereka..dan bagaimana mereka ini mencari kebenaran pada masa itu..??

Tentulah berbeza , sekiranya kita di suruh ataupun sentiasa berdoa agar ditemukan Guru Mursyid, bebanding dgn org yg sentiasa takut dan berharap sungguh-sungguh merendahkan diri memohon doa ( contoh ).. “ Ya Allah, aku tiada daya upaya, demi jiwa dan Ruh ini dlm genggamanMu..berikan pertunjuk dan HidayahMu, mohon ajarilah aku Ya Allah untuk menyerahkan diri yg hina dan teramat miskin utk mengenaliMu, mengingatiMu, mencintaiMu dan bersama-samaMu setiap detik, untuk bersyukur dan redha di atas segala Ketentuan dan keputusan dariMu, juga sentiasa berselawat pada Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw”..

Dalam sebuah hadis baginda, Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w bersabda, Seorang mukmin yang perkasa adalah lebih baik dan disukai Allah daripada orang mukmin yang jasmaninya lemah. Maka, janganlah kamu biarkan kesempatanmu untuk mengerjakan amal yang membawa faedah bagimu dan minta tolonglah kepada-Nya (tawa’kal kepada-Nya ) serta janganlah kamu buat jasmani itu lemah. Apabila kamu mengalami suatu yang menimpamu, janganlah berkata, "Allahlah yang mentakdirkan begitu begini!" Tapi kerjakanlah seperti yang dikehendaki Allah, kalau tidak ingin pekerjaanmu seperti perbuatan syaitan."

Sesiapa yg menyerahkan diri kpd Allah dengan berusaha sungguh-sungguh,sabar dan yakinlah.. maka Allah yg akan menguruskannya..samada memberikan jodoh dan pertemuan, rezeki..bertemu dgn Ulama’.. pewaris Nabi, Murshid, Sheikh, Murabbi dsbgnya ..semua itu diatas Kehendak serta KudratNya...Allah yg Maha Mengetahui..

Nabi SAW bersabda; "Allah menyediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh, apa yang belum kelihatan oleh mata dan didengar oleh telinga dan juga tidak timbul dalam hati manusia untuk menghayatinya." – HR Riwayat Bukhari.

Ketahuilah, bahwa sesunguhnya kelurusan ajaran Nabi Ibrahim adalah beribadah kepada Allah secara ikhlas dalam melaksanakan ibadah kepada-Nya. Allah berfirman [artinya]:

" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku. (Adz-Dzariyaat: 56)

Solat, ibadat, hidup dan matiku hanya padaMu YaAllah..Silalah Baca ..wahai sekelian saudaraku, mudahan bicara disini mendapat Keredhaan Ilahi. Amin...

Moga-moga bicara disini sentiasa diberkati oleh Allah Azza wa-Jalla dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca yang budiman.

Mudahan Allah sentiasa memberi Taufik dan HidayahNya..Amin, wallhu'alam.

Renungi peranan ciptaanNya...

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Mengenai perbezaannya aqal, hati, ruh dan Sirr, Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani ada menerangkan yang bermaksud:

"Aqal ialah ketua alam diri manusia. Aqal ialah kotak hati (qalb). Hati ialah kotak fu'ad (sanubari). Fu'ad ialah kotak ruh. Ruh ialah kotak sirr (padanya ada ikhlas)."

Oleh itu, setiap yang berikut, merupakan tempat mu'amalah batin seseorang manusia. Ia meningkat, peringkat demi peringkat, selaras dengan peningkatan tahap nafsu (diri) seseorang.

Apabila nafsu dipenuhi syahwat, maka, akal tidak lagi berperanan sebagai pemimpin diri seseorang, tetapi nafsu. Pada ketika ini, nafsu tersebut ialah nafs ammarah (yang menyuruh kepada kejahatan).

Apabila seseorang itu melawan daya syahwat dalam dirinya, dari menguasai nafs (diri) nya, maka, akal akan kembali memimpin dan pada saat itu, ia dikatakan sebagai nafs al-lawwamah.

Apabila seseorang itu mampu menjaga nafsnya dari pengaruh-pengaruh syahwat yang tesembunyi, dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah, maka pada ketika itu, mu'amalah batinnya terletak pada hatinya. Pada ketika ini, banyak bisikan-bisikan kebaikan dalam dirinya. Ia dikenali dengan nafs mulhamah...Di sini, bermulanya usaha seseorang untuk mencapai tahap muroqobah.

Apabila seseorang telah sampai ke ahwal fana', di mana dia merasai bahawa, tiada yang wujud melainkan Allah s.w.t., maka pada ketika itu, muamalahnya dengan Allah s.w.t. pada fu'ad (sanubari)nya. Ia dikenali dengan nafs mutma'innnah. Di sini juga bermulanya penghayatan terhadap hakikat muraqabah.

Apabila telah tetap tauhid khawas dalam dirinya, dari hal fana' kepada maqom fana', maka pada ketika itu, tempat mu'amalah batinnya dengan Tuhannya s.w.t. ialah pada ruhnya. Ia dikenali dengan nafs radhiah. Pada ketika ini, seseorang hamba antara penghujung muraqabah dan awal musyahadah.

Apabila meningkat tahap seseorang hamba kepada tahap baqa' atau jam'u jam'in, di mana, tauhid khawasul khawas telah menetap dalam dirinya, maka tempat mu'amalahnya dengan Allah s.w.t. ialah pada sirrnya di mana, di situlah letaknya ikhlas, dan di situlah dia menemui hadrah Allah s.w.t. tajalli dalam dirinya. Ia dipanggil nafs radhiah mardhiyah, takkala Allah s.w.t. menjemputnya ke hadrah-Nya dalam Musyahadah. Mereka inilah yang dikenali sebagai Al-Kummal ( orang-orang kamil ) di kalangan para Nabi a.s. dan khawas para wali Allah s.w.t.

Sememangnya penerangan sirr, ruh dan sebagainya, terdapat perbezaan dari sudut penerangan para arif billah. Apabila kita perhatikan huraian-huraian tentang maqam, ahwal, perbezaan sirr, qalb dan sebagainya, oleh para arif, kita dapati seolah-oleh terdapat perbezaan.

Tetapi, perbezaan tersebut bukanlah suatu perbezaan yang bersifat bertentangan antara satu sama lain, tetapi perbezaannya bersifat kepelbagaian jenis, yang lahir dari zauq-zauq yang Allah s.w.t. campakkan ke dalam diri mereka. Berbeza dari sudut lafdzi ( lafadz ) tetapi sama dari sudut maknawi bagi ahli zauqi yang merasai.

Apa yang penting, untuk memahami perbezaan yang halus antara hati, sirr dan sebagainya, ia memerlukan zauq dan perasaan. Adapun zauq timbul dari mu'amalah batin kita dengan Allah s.w.t., dalam mentahqiqkan Ubudiyah dalam diri. Bak kata Imam Al-Junaid, ilmu kami dibina atas zauq, bukan atas penulisan. Ilmu kami dipindahkan melalui ahwal, bukan maqal (perkataan)".

Bermula lafadz Qalbun atau hati dan lafadz Ruh dan lafadz Nafsu dan lafaz Aqal itu walaupun bersalah-salahan mafhumnya(maksudnya) tetapi bersamaan makna pada hakikatnya..

Kesimpulannya

Tidaklah bersalahan lafaz yang empat ini melainkan pada "Iktibar Makna" jua..wallahu'alam

Al Fatehah..semoga Allah mencucuri Rahmat keatas ruhnya.Amin Ya Rabbal 'alamin.




Ashaari Muhammad meninggal dunia
13/05/2010 5:08pm

IPOH 13 Mei - Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad telah meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di sini. - Utusan


Di Atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat PenciptaanNya..

" Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun " dan Al Fatehah..semoga Allah mencucuri Rahmat keatas ruhnya.Amin Ya Rabbal 'alamin.

Hubungi Allah dengan Istighfar dan Taubat..

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Pengertian taubat menurut syara' ialah kembali kepada Allah swt dengan berpegang teguh kepada kewajipan yang diwajibkan kepada hambaNya. Meninggalkan laranganNya atau beralih dari setiap perbuatan yang dibenci kepada yang disenangi.

Orang yang bertaubat amat beruntung kerana kembali menjalankan perintah Allah dan menjauhkan larangannya. Inilah hakikat taubat sehingga Allah memberi kejayaan dan pahala kepada sesiapa yang mentaati hakikat ini. FirmanNya “ Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan ”. (an-Nuur: 31)

Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan segala dosa hambaNya yang mahu bertaubat.

FirmanNya lagi  “ Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54).

Manusia sebagai hamba Allah terbahagi kepada dua bahagian, pertama: Orang yang bertaubat dari kesalahannya dan kedua: Orang yang menzalimi dirinya sendiri. Dianggap orang yang menzalimi dirinya sendiri ialah orang yang tidak mahu bertaubat. Orang yang tidak mahu bertaubat seolah-olah tidak mengenali Tuhannya, tidak mengetahui hak-haknya yang diberikan oleh Allah kepadanya dan tidak melihat aib dirinya dan perbuatannya.

FirmanNya “ Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim ”. ( Al-Hujurat:11 )...Janganlah menzalimi Diri Sendiri.

Manusia perlu sedar bahawa Baginda Mulia Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam sendiri walaupun sebagai seorang Nabi dan RasulAlah, namun baginda disetiap hari sentiasa bertaubat sebagaimana sabda baginda:

“ Wahai sekalian manusia! Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, kerana demi Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari ”. ( Al Hadith )

Apabila bertaubat, bererti seseorang itu telah meninggalkan jalan orang yang sesat, terkutuk dan dimurkai Allah, kemudian kembali kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala dengan seluruh dimensi kesedaran di hatinya.

Sebenarnya Allah menyeru agar hambaNya sentiasa bersegera memohon keampunan dan bertaubat kepadaNya sebagaimana firmanNya: “ Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa ”. ( Ali-Imran: 133 ).

Dari mana datang timbunyal rasa menyesal ??.setelah Allah sedarkan samada dengan lintasan pada hati, atau musibah yg terjadi dll. PertunjukNya dan HidayahNya telah membuka hati, menyedarkan diri.

Lalu kita menyesali dan memohon keampunanNya, agar diiampuni..kan Allah itu Maha Pengampun.. dalam keadaan begitu, penyerahan kepada ALLAH adalah tertinggi dalam diri setiap hamba. Penyerahan mutlak ( bersungguh-sungguh ).

Selepas itu timbul dalam hati untuk sembahyang sunat taubah, beristighfar, berzikir...di atas IzinNya dan RahmatNya...

Kesedihan menimpa, sambil tunduk rasa malu dan berdosa, menangislah, serta berazamlah wahai anak Adam itu untuk tidak mengulangi lagi dosa yang sama di hari muka.

4:17. Allah hanya menerima taubat orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan menerima taubat mereka, dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
(Taubat hanya diterima daripada orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan)

4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, " Sesungguhnya sekarang saya bertaubat ", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya ( kafir ); bagi mereka, Kami menyediakan azab yang pedih....( Taubat tidak diterima)[/color ]

Alhamdulillah. Kemuncak pada suatu ujian ialah apabila setiap kita mendapat pengajaran dari ujianNya itu. Maka saksikanlah wahai setiap anak Adam, betapa Kasihnya ALLAH 'azza wajalla pada semuanya kita..

Mudahan belum terlambat lagi buat kita semua..wallahu'alam.