AL-QURAN

AL-QURAN
bukan sekadar bacaan berpahala,..

Nasehatnya...

Nasehatnya...
Mudahan mendapat Keredhaan Ilahi...

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .

ilmu yang dianugerahkan, dan milikNya .
seumpama setitik air di tengah lautan

Isnin, 10 Mei 2010

Kebenaran Islam- Sufism vs Freemason

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Abu Yazid al-Bustami pernah berkata " Allahuakbar itu bermaksud, Allah itu Maha Besar untuk di qiaskan dengan manusia atau Maha Besar untuk diqiaskan dengan yang lain dan Maha Besar untuk difahami serta di rasai oleh pancaindera kita."

Dengan kaedah kemajuan sains dan teknologi masa kini, puak-puak ini sudahpun sampai ke bulan, manakala kita masih lagi di bumi ini..hairan ??..

Demi Kebesaran dan Kekuasaan Allah telahpun memperjalankan hambanya Baginda Mulia RasulAllah saw terus ketempat yang lebih tinggi dari bulan ( peristiwa Israk dan Mikraj ).., puak-puak ini tahu dan maklum akan kehebatan serta kebesaran Allah..tetapi mereka tetap tidak mahu beriman..

Zaman dahulu lagi puak-puak kufar ini telah di rakamkan dgn peristiwa tukang-tukang sihir zaman firaun cuba melawan kekuasaan Allah bagi menentang Nabi Allah Musa a.s..dan mereka tetap kecundang, ringkasnya,..begitulah sifat iblis laknatullah tidak akan berputus asa dan tetap akan menghasut, mencari jalan demi menyesatkan manusia dari mengingati Allah..

Tanggungjawab bagi mengatasi penemuan dari puak ini, bukan hanya terletak kpd para-para Sufism sahaja, malah kita semua yg mengaku beriman dan bertaqwa kepada Allah supaya mengingatkan kita , sekadar tahu sahaja tetapi tidak mengenalNya. Kenal tetapi tidak mengindahkanNya..malah Allah tidak dirasakan dekat dihatinya..

Tidak ada rasa kekhuatiran, ketakutan, malah lebih bersedia dan berani andainya kita mengenali Allah, supaya kita mampu merasakan KeMahaanNya dalam setiap jengkal dan langkah kita, dan dekatiNya..supaya di Atas IzinNya dan RahmatNya berkenan hadir dan menghadirkan KeKuasaanNya..

Gunakan sebaik-baiknya apa yg telah di anugerahkan Ilahi buat kita Muslimin, muslimat, mukminin dan mukminat agar kita kita sentiasa berada di bawah perlindungan dan RahmatNya dalam naungan Rahman dan RahimNya semasa hayat di kandung badan di alam ini sampai di akhirat nanti…FirmanNya dalam Surah Al Baqarah : 152 , “ Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat ( pula ) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaku, dan janganlah kamu mengingkari ( nikmat ) Ku “.

Kita perlu membuktikan sifat kehambaan kita dengan menundukkan diri, menghujamkan lutut seraya bersujud dan di samping berusaha kita menyerahkan diri untuk di aturNya..begitulah jadi hamba abdi yg sejati yg percaya dan yaqin dengan Kebesaran Allah sesungguhnya.

Untuk itu mulai bertanyakan dalam diri kita sendiri, hari demi hari, kerana keimanan bukan hanya terletak pada bahasan dan ucapan serta keyakinan dalam hati,..malah lebih dari itu sampai pembuktian realiti dalam bentuk perasaan dan pengalaman..

Sehebat manapun Freemason atau sewaktu dengannya..iho semuanya dalam gengamanNya..di TanganNya Maha berkuasa di atas segala-gala kehendak terjadi..Dia lah Allah, pemilik segala kejadian masa dahulu, kini dan masa hadapan, yang menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan isi diantara keduanya..( As Sajjadah : 4 ).

Kenali Allah, dekatiNya, IngatNya sentiasa di mana-mana dalam apa jua keadaan kita, InsyAllah…

Firman Allah “ Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Mahakuat dan Maha perkasa. “ ( Al Hajj : 74 ).

Apabila seseorang yg alim, beriman dan bertaqwa berusaha menyambung malam dan siang dgn tafakur akan Kebesaran serta KeAgungan Allah swt, mengenai kehidupan didunia dan akhirat,..adalah ibarat seorang yg terjaga..ada perbezaan diantara cara pentafakuran dlm teologi keagamaan di atas dunia ini.

Menerawang jauh menembusi dari alam ciptaan menuju kpd Penciptanya..juga di sebut Al Ibrah, merenung jauh dan dalam disertai zikir dan bertasbih ( syuhud )..kepada objek yg tidak terjangkau iaitu Allah..prosesnya dpt dilakukan baik sambil berdiri, duduk mahupun berbaring...

wallahu'alam

Sabtu, 8 Mei 2010

Ciri-ciri kewalian

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita bagi segala nikmat kurniaanNya...Allah Dzat Yang Maha Agung, Dzat Yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

Pernah suatu ketika Syeikh Abu'l Hasan Asy Syadzili berkata " Orang yang menunjukkan dunia sahaja kepada mu, dia menipumu. Orang yang menunjukkan perbuatannya kpdmu, dia akan membuatmu letih berpanjangan, tetapi andainya ada orang yang menunjukkan Kebesaran serta Kesempurnaan Allah, dialah yang akan menasihatimu...

Banyaklah sudah istilah mahupun pengertian mengenai ciri-ciri kewalian..dzahirnya termaktub..Salah satu rahsia yg Allah sembunyikan walayah ( kewalian ) dalam / atas hamba-hambanya...bathinnya setiap zaman pasti ada dan terus ada...hilang ia tanda akhir zamanlah kita.

Baginda Mulia RasulAllah saw sudahpun berpesan, jgn tinggalkan ia....sungguh indah Al Quran, bukan hanya untuk satu bangsa, malah satu dunia takluknya, Mustahil FirmanNya hanya tertakluk pada tersurat dalam sebuah kitab mengandungi 6,236 ayat, 114 surah..?? semakin kita teliti dan renungi, di atas iIzinNya dan RahmatNya semakin kita menemui rahsia-rahsia FirmanNya..

Di situ ada Rasul, Nabi, malaikat, para siddiqin, para syahid, solehin, iblis laknatullah, Jin dan syaitan, manusia, alam diri, alam nyata, alam lahut, malakut, jabarut, syurga dan neraka, Iman, Islam dan Ihsan serta segala-galanya..itulah pedoman kita.

FirmanNya “ Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat ayat-ayat Allah bagi orang-orang yang beriman. Dari pada penciptaan kamu dan bintang-bintang yang melata yang tersebar ( di muka bumi ) terdapat ayat-ayat ( tanda-tanda ) kekuasaan Allah bagi kaum yang yakin, dan pada pergantian malam dan siang serta hujan yang diturunkan Allah dari langit sebagai rezeki lalu di hidupkan-Nya bumisesudah matinya dengan air hujan itu, dan pada perkisaran angin terdapat pula ayat-ayat ( tanda-tanda ) kekuasaan Allah bagi mereka yang beraqal. Itulah ayat-ayat Allah, Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya, maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah ( kalam ) Allah dan ayat-ayat-Nya.” ( Al Jaatsiyah : 3-6 )..

Di sini ada pengertian dan pemahaman, setiap ayat mampu di fahami berbeza oleh individu yang berbeza, di setiap kurun waktu ( zaman ) tertentu..Pengertian dan pemahaman ketikanya berubah berdasarkan ilmu, pengalaman serta budaya..tentu sahaja tidak dengan mengubah lafadz Al Quran..

Biarkan lafadz itu bercerita , mengungkapkan kebenaran Firman-firman-Nya kepada sesiapa saja yang mahu membacanya dan pengertiannya termaktub dalam intuisi yang di atas IzinNya dan RahmatNya turun melalui jiwanya...menghilangkah ia..??

Rabu, 24 Februari 2010

Ada empat jenis golongan manusia...

Di atas IzinNya dan RahmatNya...Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Ada Empat jenis golongan manusia...

- Tidak ada lidah dan hati, telah terkunci pendengaran, penglihatan dan mata hati...golongan seperti ini tidak pernah mahu memikirkan Kebesaran Ilahi, tidak pernah mensyukuri nikmat serta RahmatNya..

- Adanya lidah tetapi masih tidak punya hati... golongan yang mencari imbuhan dan ganjaran, hipokrit, munafik dsbnya..mereka bijak berbicara, mengajak manusia lain menuju kpa Allah, tetapi mereka sendiri lari dpd Allah. Mereka membenci kemaksiatan, dlm masa yg sama mereka bergelumang dgn maksiat.

- Ada hati tetapi tidak punyai lidah..Kebanyakkannya bertaqwa, beriman, mendapat pertunjuk dan hidayah dari-Nya, berusaha menjadi soleh diantara hamba-hambaNya, sentiasa bersyukur dlm semua keadaan, redha, menyeru pada kebajikan dan kebaikan dan sentiasa taat dan sabar..khusuk dan tawadduk..

- Ada hati dan ada lidah..mereka kebanyakkannya pencinta keruhanian, mengembara di alam spiritual samada bersendirian mahupun perkumpulan..Allah jadikan lidah dan hati mereka menjadi gedung ilmu yang amat bernilai, memiliki ilmu-ilmu ketuhanan..Di atas izinNya dan RahmatNya Allah akan menaburkan rezeki ilmu dan membuka rahsia-rahsia Nya yg tidak semua orang memilikinya. Hati dan lidah mereka sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan..terusan rasa kerinduan, dan kecintaan.. SubhanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaha Ilallah, Allahu akhbar
Tidak ada maqam yg lebih dari itu melainkan para keNabian.

Kata Syeikh Abdul Qadir Al –Jailani di dlm sebuah kitabnya Futuuhul Ghaib ( Menyingkap keghaiban ):

“ Telah daku bahagikan manusia itu kpd empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu membuat pilihan serta memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah swt membimbing kita menuju kpd apa yg di kasihiNya dan diredhaiNya dalam dunia dan akhirat kelak “.

Wallahu’alam.

Pengertian Syuhud dalam ma'rifat...

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya...

Jauh sudah kita berjalan dan terus berjalan..banyak sudah pengetahuan serta pengalaman kita rasai...Khususnya buat pencinta keruhanian dalam menuju ketuhanan, samada yang berguru ataupun tidak, mungkinkah ada disini yang sudi menzahirkannya dengan pengertian " Syuhud " di dalam Ma'rifatullah...silakan.

Saat ini saya di khabarkan ada beberapa teman yg sudi menemani perjalanan ini..

Sedikit perenungan dari kalian, jadikan pedoman dan bermakna buat yg mahu berjalan dan terus berjalan..namun..sayang, tak begitu ramai yang berusaha sungguh -sungguh menuju ketuhanan..

Beruntunglah mereka yang dibimbing dan ditunjukki dengan liku-liku jalan yang sering rebah dan bangun dalam perjalanannya menuju kehampiran dengan Allah, dengan pengalaman dan pengajaran yang penuh dengan hikmat dan keindahan ini.

Syuhud dan Musyahadah..saling berkaitan antara istilah dengan pengertian. Musyahadah erti nya Menyaksikan Yang bersangkutan dengan Syuhud. Erti Syuhud itu tilik iaitu pandangan Mata Hati..

Kita tidak mampu melihat terus matahari, melainkan menggunakan cermin gelap dan sbgnya.. dengan kehendak tuhan sudah semestinya tiada mustahil bagi-Nya... akan tetapi kehendak manusia terbatas adanya.....

Bilakah masanya kita bersyuhud / Musyahadah..?? adakah semasa pengalaman perjalanan keruhanian bertemu dgn beberapa alam yg rendah, halusinasi, kekuatan alam, kekuatan jin dan syaitan? Alam ini semuanya masih lagi termasuk dunia syahwat..
Ertinya, setiap apa yg boleh dan mampu kita persepsikan dalam dunia perjalan keruhanian menuju ketuhanan ini, kedudukannya adalah sama sahaja dgn qasat mata ini, kerana semua itu adalah ciptaan-Nya jua...sedangkan yg kita tuju adalah sesuatu yg tidak mampu kita persepsikan oleh fikiran dan perasaan.

Memang benar, walaupun Malaikat di jadikan dari cahaya, namun semasa mi’rajnya Baginda Mulia, Jibrail berhenti seketika tanpa IzinNya dan RahmatNya, melainkan memberi laluan kpd Baginda Mulia RasulAllah saw terus ke Sidratul Muntaha bertemu-Nya...

Islam juga dihadirkan untuk meluruskan persepsi tentang Tuhan ( Tauhid )..

Tilik yg satu kpd yg banyak, tilik yg banyak kembali pda yg satu..mudahan Allah membimbing kita, dan..

.. ( ada suatu cerita ikan itu dah mati ( di jadikan bekalan makanan ) dan dihidupkan kembali semasa perjalanan Nabi Allah Musa as bersama muridnya Yusya bin Nun demi mengikiut perintah Ilahi untuk menpelajari Ilmu ( Al Kahfi : 70 - 82 ) ..penerangan ilmiah yg mesti di hayati..

Ya Allah Maha memberi Pertunjuk, Hidayah dan Maha Mengetahui segala sesuatu....erti perjalanan demi perjalanan yg di paparkan di sini bukan bermaksud perjalanan biasa, tetapi perjalanan keruhanian..istilah salik, wasil dsbgnya..saya juga tidak berniat mengajar .. mengajak anda untuk memasuki dunia perjalanan keruhanian ini, tetapi yang cuma mahu berkongsi pengalaman bukan sekadar bicara tetapi dengan melalui perenungan (Iqra') " YANG MENGAJAR ( MANUSIA ) DENGAN PERANTARAAN QALAM. DIA MENGAJARKAN MANUSIA APA YANG TIDAK DI KETAHUINYA" (AL 'ALAQ : 4-5 ).

dan melalui pentafakuran (Pengembaraan Nurani) merasai akan " Ihsan " Firman Nya " Yang melihat kamu ketika kamu berdiri ( untuk solat ) dan ( melihat pula ) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ". ( Asy Syu'ara : 218-220 ).

..yang terus dan sungguh-sungguh yakin di atas janji Nya Allah Firman Allah swt " Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya. ( QS Al Insyiqaaq : 6)..serta permohonan do'a serta penyerahan.

Firman Allah SWT " Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sunnguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. ( Iaitu ) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui TuhanNya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya". ( AL Baqarah : 45-46 ).

" Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdo'alah kepadaNya dengan rasa takut ( tidak akan di terima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik ". ( QS Al A'raaf : 54 - 56 )

Banyak perjalanan keruhanian sering mengaitkan perumpamaan Nabi Musa as pengsan..ketika saat Allah mentajallikan ( DzatNya ) / menampakkan wujud Diri-Nya..

seperti FirmanNya " Dan tatkala Musa datang ( untuk munajat ) dengan Kami, pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman ( langsung ) kepadanya. Berkatalah Musa: ' Tuhanku, nampakkanlah ( diri Engkau ) kepadaku. Agar aku dapat melihat kepada Engkau'. Tuhan berfirman : ' Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi melihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya ( sebagaimana sedia kala ) nescaya kamu dapat melihat-Ku.' Tatkala Tuhannya nampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan, maka setelah Musa sedar kembali dia berkata: ' Maha Suci Engkau, dan aku bertaubat kepada kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.." ( Al A'raaf : 143 ).

Yang menarik bagi peristiwa ini di antara munajat kepada pertemuan secara nyata ( langsung ) Nabi Musa as ini di hubungkan dgn pembahasan mengenai keadaan " kefanaan " manusia dan alam...apakah sekadar itu sahajakah yg dapat kita pelajari, mengamati, mengkaji dan merasai..??

Mari kita berjalan di alam keruhanian...Bukit Tursina masih ada lagi sekarang ini..dan SETELAH SEDAR KEMBALI ( memasuki realiti dirinya sebagai manusia dan alam ) lalu dia berkata " Subhanaka tubtu ilaiika wa anna awwalul mu'minin " Maha suci Engkau dan aku orang yg pertama-tama beriman"....

Tiada satupun manusia yang mampu mengantar Ruh manusia lain menuju ke Hadrat Allah 'azza wajalla. Segala-galanya milik Allah SWT.

Manusia tidak boleh melihat akan Dzat, tetapi menyaksikan ( Musyahadah ) / syuhud atas Kebesaran Dzat itupun di atas IzinNya dan RahmatNya..
andaikata orang yg pengsan, dia pastinya ( kebingungan ) tidak akan tahu apa sebenarnya yg terjadi semasa ia keadaan pengsan..tetapi Nabi Musa sedar dalam pengsan ( kefanaan )..Nabi Musa telah bermusyahadah dengan Allah swt dgn matahatinya ( basirah ) pandangan batinnya terlalu asyik dengan Allah swt.

Syeikh Ahmad bin 'Athaillah, didlm Al Hikam mengatakan " Tiada sesuatu benda yang menghijab engkau dari Allah, tetapi yg menhijab engkau adalah persangkaanmu tentang adanya sesuatu di samping Allah, sebab segala sesuatu selain dari Allah itu pada haqiqatnya tidak maujud ( tidak ada ), sebab yang wajib ada hanya Allah, sedang yg lainnya terserah kpd belas kasihan Allah untuk di adakan atau ditiadakan.

AlHaq iaitu Allah SWT, tiada terhijab oleh sesuatu apapun, sebab tidak mungkin adanya sesuatu yang dapat menghijab Allah Ta'ala,sebaliknya manusialah yang terhijab sehingga tidak dapat melihat adanya Allah. sebab sekiranya ada sesuatu yang menghijab Allah,bererti itu dapat menutupi Allah, dan andaikata ada tertutup bagi Allah, bererti Wujud Allah dapat terkurung, dan sesuatu yang mengurung itu dapat menguasai yang di kurung, padahal Allah Yang Maha Berkuasa di atas semua makhlukNya dan Dia " Laisa Kamathlihi Syai'un" bersalahan bagi segala yang baharu...

dan kesinambungan syuhud kita nanti..dengan hanya berserah diri kepada Allah sahaja, dan di atas IzinNya dan RahmatNya maka kita akan perolehi Pertunjuk dan HidayahNya..yang selama ini kita hanya menyangka ( zhan ), bahawa kasih sayang dan Kehebatan Allah itu mampu kita rasakan..sebenarnya itu hanya anggapan dan perasaan kita, bukan keadaan sebenar-benarnya, kerana rasa manusia itu terlalu kerdil untuk menggambarkan kenyataan kasih sayang Allah..FirmanNya " Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu tidak mengetahui apa-apa, kemudian Allah memberi kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta fikiran (perasaan), supaya kamu bersyukur" ( QS An Nahl:78)...

Kita hanyalah saksi ( syahid ) atas pekerjaan Allah Yang Maha Sempurna..dan kita juga hanya diam terpaku dalam Kesibukan Allah ( Af'alullah )..Allah yang mengajar kita, Allah yang mengatur serta mencipta segala-galaNya... .

Ilmu di dalam Ilmu dan Ikhlas di dalam Ikhlas..hanya Allah yg Maha Mengetahui..Amin. Wallahu'alam.

Dialog cinta dan redha....

Dialog cinta dan redha ini terungkap sebelum Beliau menerima arahan dari Gabenur itu untuk menyembelihnya...

Hajjaj - Bagaimana aqidahmu sebagai pengikut RasulAllah ?
Sa’id - Beliau adalah Nabi pembawa Rahmat dan Rasul Allah yang telah duiutus ke seluruh alam dengan membawa ajaran nasehat yang paling sempurna.
Hajjaj - Bagaimana pendapatmu mengenai kekhalifahan ?
Sa’id - Itu bukan urusanku, setiap orang tahu tanggungjawabnya masing-masing.
Hajjaj - Apakah aku termasuk orang yg baik atau buruk?
Sa’id - Bagaimana aku mengetahui apa yg aku tidak tahu?
Hajjaj - Siapakah di antara mereka yg kamu sukai?
Sa’id - Orang yg paling di redhai Allah.
Hajjaj - Siapakah yg paling di redhai oleh Allah?
Sa’id - Allah sahaja Maha Mengetahui, Dia memegang hati manusia, dan mempunyai seluruh rahsia.
Hajjaj - Pada hari qiamat, aku termasuk golongan manusia bagaimana?
Sa’id - Aku tidak tahu perkara yg ghaib.
Hajjaj - Kamu tidak jujur padaku?
Sa’id - Aku juga tidak berbohong padamu.
Hajjaj - Mengapakah kamu tidak pernah ketawa ?
Sa’id - Kita akan di bangkit pada hari qiamat, setiap hari kita berada dlm fitnah dunia.
Hajjaj - Aku sekarang akan membunuh ( menyembelih ) kamu?
Sa’id - Penyebab kematianku sudahpun tertulis sejak dahulu.
Hajjaj - Aku lebih dicintai Allah dpd kamu?
Sa’id - Aku tidak mahu mendahului Allah, dan Allah Maha Mengetahui hal-hal yg ghaib.
Hajjaj - Kamu termasuk golongan penentang dan pembakang yg melawan kerajaan ini?
Sa’id - Aku tidak mahu terpisah dari jemaah, aku tidak menyukai fitnah dan apa yang telah di takdirkan. Aku redha dan tidak menolaknya.

Kemudian Hajjaj mengarahkan pengawalnya untuk mengambil sebahagian dari hartanya termasuklah emas,, perak dll, dan meletakkan nya harta tersebut dihadapan Sa’id.

Sa’id - Ini adalah harta yg baik jika kamu tunaikan syarat-syaratnya.
Hajjaj - Wahai penentang, khabarkan padaku apakah syarat-syaratnya?
Sa’id - Tukarkan ataupun belilah sesuatu dgn harta ini, yg dapat menyelamatkan kamu di hari qiamat nanti.
Hajjaj - Apakah yg kami kumpulkan sekarang tidak berguna?
Sa’id - Tentu kamu lah yg tahu kegunaannya.
Hajjaj - Apakah perkara atau benda yg kamu suka?
Sa’id - Apa yg disukai Allah, itulah yg aku suka.
Hajjaj - Binasalah kamu yg suka memecah belahkan kaum muslimin.
Sa’id – Kebinasaan hanya bagi orang yg telah di jauhi dari syurga Allah dan akan dilemparkan kedlm neraka-Nya.
Hajjaj - Katakan lah kpdku bagaimana caranya aku harus membunuhmu?
Sa’id - Terserah, ikut saja cara kemahuan yg kamu suka.
Hajjaj - Masih ada peluang..mohon ampun padaku?
Sa’id - Ampunan milik Allah, ampunan darimu tidak bermenfaat sedikitpun.
Hajjaj - ( Sambil berteriak )..memerintah pengawalnya ( algojonya )..Bunuh dia..bunuh dia.

Sambil di bawa keluar oleh algojo ( pengawal yg bengis dan kejam )..wajah Sa’id kelihatan begitu tenang dan tersenyum sehinggakan menarik perhatian Hajjaj..

Hajjaj - Mengapa saat kematianmu hampir tiba, kamu masih tersenyum?
Sa’id - Aku bersyukur pada Allah, aku mengagumi keputusanNya, aku tersenyum merasa kasih sayangNya padaku, memilih aku..Hebat dan AgungNya Allah.
Hajjaj - Serunya..Algojo sekarang penggal dan sembelihlah lehernya..orang yg memecah belahkan kaum muslimin ini.
Sa’id - Izinkan aku bersolat dua rakaat..
Hajjaj - Ia pun memberi peluang buat kali terakhir kpd Sa’id.

Selesai memberi salam, Sa’id pun membaca ayat dari Surah Al An’am: 79..bermaksud “ Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kpd Allah swt yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukan termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah.”

Hajjaj - Palingkan wajahnya dari qiblat, arahkan wajahnya ke qiblat org-org Nasrani kerana dia telah memecah belahkan kaum muslimin dan telah menimbulkan perselisihan di antara mereka..

Maka wajah Sa’id dipalingkan dari arah qiblat..sambil itu, Sa’id sempat lagi membaca sepotong ayat dari Surah Al Baqarah : 115..bermaksud “ Kemana pun kamu palingkan wajahmu, di situ akan menemui Allah “..

Hajjaj – “ Telungkupkan wajahnya ke tanah! Kita bertanggungjawab atas perbuatannya yg terlihat “.
Sa’id - ( yang begitu tenang ) sempat lagi membaca..” Darinya ( tanah ) Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan dan darinya Kami akan mengeluarkan pada waktu lain ( Thaaha: 55 )..

Hajjaj – Bunuh dia sekarang..penggal lehernya sekarang..
Sa’id – “ Aku bersaksi atas perbuatan ini. Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu utusan Allah..wahai Hajjaj, Ingatlah!! Jika nanti pada hari qiamat aku berjumpa dgnmu, aku akan menuntutmu. “

Setelah itu hukuman pancung sampai mati pun dijalankan, dan Sa’id pun mati syahid kerana begitu teguh keyakinan dan pendirian istiqamahnya dalam mempertahankan cinta hanya kepada Allah swt.

wallahu'alam.

Jumaat, 19 Februari 2010

Kewajipan menuntut ilmu Fiqh, Tauhid dan Tesawuf

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita bagi segala nikmat kurniaanNya...

Allah Dzat Yang Maha Agung, Dzat Yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

Di dlm hidupnya makhluq yg bernama manusia akan di nilai ataupun kebanyakkannya melakukan setiap perilaku peribadatan mahupun amalan kerana nilai..menyebut mengenai pengertian “ nilai “ disini mudah buat kita memahami...sesuai dgn hadith Nabi:

“ Sesungguhnya segala perbuatan itu di sertai niat. Dan seseorang diganjarkan sesuai dengan niatnya.” ( HR. Buqhari Muslim ).

Dlm hadith tersebut jelas dan nyata, setiap perilaku mempunyai dasar tujuan ( niat ), dan jika niat itu masih bersifat relatif, maka nilai tersebut akan tergantung kpd dasar yg di guna pakai ataupun halatuju perilaku tersebut.

Setiap perilaku dlm peraturan samada bersolat, dzikir dll.. agama Islam sangat menekankan orientasi niat yg jujur benar berpaksikan “ Lillahi Ta’ala “... Niat yang ikhlas adalah semata-mata mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Lafadz niat yang masyhur di kalangan para ahli sufi ialah " Illahi anta maqsudi waridhaka matlubi ", maksudnya " Tuhanku, tiada lain yang ku maksudkan, dan keredhaan Engkaulah yang ku cari."

Apa yang berlaku, ramai di kalangan penuntut Tasauf telah subahat dalam mencari keredhaanNya. Mereka inginkan kelebihan dalam bentuk maqam seperti menjadi para auliya', Sultan Auliya', penghubung dengan Imam Mahadi, setiausaha wali-wali, khalifah, syeikh, karamah, kasyaf, firasat, perubatan, bersahabat dengan auliya' yang ghaib, dengan Jin, malaikat dan sebagainya. Justeru itu mereka mencari dan menilai kehebatan dan kebenaran Guru berdasarkan hal-hal tersebut.

Disinilah ( pada permulaannya ) sudah rosak, apabila permulaannya tidak betul ia akan berakhir dengan natijah yang tidak betul. Niat-niat yang seperti itu tidak lain adalah niat mencari keduniaan. Ia tidak lari dari perasaan inginkan kemasyhuran atau dimuliakan oleh manusia. Apabila niatnya bersubahat dengan hal-hal dunia, ia tidak akan mendapat natijah yang benar. Apabila ia berzikir, zikirnya tidak akan membentuk sifat hati yang mulia sehingga tersingkap hatinya dengan rahsia Tuhan, ia terhijab dengan nafsu kebodohannya dengan nilai yang rendah dalam kaca mata para 'ArifbiLlah.

Biasanya para murid yang mempunyai perasaan seperti ini berada dalam martabat nafsu ammarah, lawammah dan malhamah. Apabila niat ingin mencari , mendapatkan hasil serta ganjaran yg terurat mahupun tersirat, mereka sebenarnya telah membuka pintu laluan mudah kepada syaitan untuk masuk ke dalam jiwanya sehinggalah ia membawa pengamal zikir tersebut kepada penyelewengan tanpa disedari.

Di sinilah peranan-peranan para Sheikh Mursyid, guru-guru yang haq wajib menutup pintu tipu daya syaitan yang ada pada muridnya yg terjebak dengan alam –alam halusinasi, dsbnya.. tidak menunjuk atau menceritakan kelebihan apa-apa yang dikurniakan Tuhan, serta melarang hal ini dibicarakan kerana bimbang tercedera hati para muridnya dalam menuju KeTuhanannya.

Tegas sekali, dlm Islam mewajibkan “ niat “ di dahulukan kerana Allah,... sebagai tanggungjawab penghambaan kepada Khaliq-nya.

Telah berkata Ibnu 'Athaillah, " Barangsiapa yang ingin manusia mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, dia tidak ikhlas dalam menuju pada Allah SWT."

Wallahu’alam.

Selasa, 9 Februari 2010

Keliru,..adakah ini yang dinamakan ma'rifatullah..

Di atas IzinNya dan RahmatNya ..Alhamdulillah syukur kita dgn segala nikmat kurniaanNya..

Syukran, begitu hendaknya kita sentiasa berbicara terusan mengenai hal-hal Ketuhanan...

sedikit perkongsian buat renungan bersama..secara umum.

Sempurna makrifah pada kaedah usuluddin ialah apabila seseorang itu dapat membezakan antara Qadim dan Muhaddas ( Allah dan hamba ).selagi seseorang tidak dapat membezakan dirinya dengan Allah dikhuatiri dia akan mensyirikkan Allah pada sifat yang tidak layak bagi Allah.

Sempurna makrifah pada kaedah fiqih ialah apabila seseorang itu mampu menetapkan hukum-hukum dalam Islam dan dengan pengetahuan itu dapat dia beramal dengan khusyuk dan tawadduk, tertib sesuai dengan syarat dan rukun dalam peribadatan.

Sempurna makrifah pada perjalanan keruhanian ( tesawuf ) ialah apabila seseorang mengenal Allah dengan ilmu, mata hatinya sehingga tidak terhijab baginya pandangan zahir kepada yang bathin dan pandangan bathin kepada yang zahir...

Mari kita merenung akan FirmanNya " Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapatkan keberuntungan " ( Al Maidah : 35 )..

Jelaslah bahawa, makrifatullah ialah matlamat utama di sebalik ubudiyah ( pengabdian ) kita kepada Allah s.w.t., dan ianya juga merupakan matlamat kehidupan kita seluruhnya.

Tanpa makrifatullah ( mengenal Allah s.w.t.), manusia sememangnya kehilangan suatu sumber kebahagiaan tertinggi dalam kehidupannya, iaitu cinta Allah s.w.t.

Di dalam agama islam. telah menggariskan beberapa laluan untuk mencapai makrifatullah, yang mana ianya terkandung dalam metodologi tarbiah para sufi itu sendiri. Para mursyid yang sudah mencapai darjat Arif Billah akan menjadi pembimbing-pembimbing para murid yang ikhlas, jujur, yakin, berserah diri untuk mengenal Allah s.w.t. dan seterusnya beradab di Hadrah-Nya.

Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani menegaskan bahawa, jalan menuju makrifatullah ada banyak, sebanyak makhluk di alam ini. Allah s.w.t. mampu memberi Makrifatullah kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa sebarang usaha dari si hamba tersebut...Siapa yang Maha memberi petunjuk..Allah, dan " Allah mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk " ( Al Qhashash : 56 )..

Namun, Allah s.w.t. meletakkan konsep sebab-musabbab serta perumpamaan sebagai sunnatullah dalam alam ini, dan menjadikan Makrifatullah merupakan suatu harta yang paling bernilai bagi para hamba-Nya. Maka, setiap yang bernilai, perlulah bersusah-payah untuk mendapatkannya, supaya kita menghargainya..seperti firmanNya " Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya " ( QS Al Insyiqaaq :6).

Namun, dapat diringkaskan bahawa, di antara jalan yang paling utama ialah, dengan MUJAHADAH AN-NAFS ( melawan hawa nafsu )... dan semoga Allah s.w.t. membantu kita dalam usaha tersebut.

Ma'rifatullah, kesedaran secara umum... fikiran dan perasaan tidak akan mampu menggambarkan ( memberikan persepsi ) atas keadaan haqikat kecuali kita mampu " memfanakan " diri dan alam semesta maka wajah Dzat yang ada . Karena rasa dan fikiran bukanlah sebuah ukuran untuk memberikan perbandingan yang amat luas dan tak terhingga, kasih sayang Allah tidak bisa di uraikan oleh keutuhan rasa manusia.

Selama ini kita hanya mengira atau menyangka ( dzhan ) bahwa kasih sayang dan kehebatan Allah itu mampu kita rasakan gengan IzinNya dan RahmatNya Itu hanyalah anggapan bukan keadaan yang sebenarnya. Karena rasa manusia itu terlalu kecil untuk menggambarkan kenyataan kasih sayang Allah..

Mungkin ada yang tahu dan keberangkalian juga masih ada yang belum mengerti..namun ma'rifat pada sifat-sifat nya sahaja bukan tujuan akhir perjalanannya, malah ia baru mencapai gerbang pertama dlm mengerti perlaksanaan Addiin yang haqiqi...

Pintu utama untuk mengemis pertolongan Allah s.w.t., dalam membantu diri kita dlm melawan hawa nafsu ialah,penyerahan, merendahkan diri di hadapan Allah s.w.t., serta jujur dalam menginginkan cinta Allah s.w.t.

Sheikh Al-Habib Ali mengatakan bahawa, jalan pintas untuk mendapat Futuhat ( pembukaan hati untuk menghirup Makrifatullah ) ialah kejujuran kita di hadapan Allah s.w.t.

Ingatlah wahai saudara dan sahabatku, bahawa kejujuran dan merasa rendah diri ( hati ) kita di hadapan Allah s.w.t. merupakan muqoddimah terbaik dalam mencapai redha Allah s.w.t., di samping membuktikan kejujuran kita dengan melawan hawa nafsu dengan berpegang teguh kepada syariat yg sedia ada.

Orang yang bermujahadah pada jalan Allah s.w.t dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir, menyucikan hati, maka di atas IzinNya dan RahmatNya memberi petunjuk dan menunjukkan jalan dengan memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu dan reda dengan segala keputusan Allah s.w.t.

Dia dibawa hampir dengan pintu gerbang makrifat dan hanya Allah s.w.t sahaja yang menentukan apakah orang tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.

“Dia lah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi (malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan dan sebagainya) dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.“ (Surah Al-Fath: Ayat 4)

Kita di sini sebenarnya mahu berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu pengetahuan yg ada mudahan mendapat keredhaanNya...

Dalam perjalanan ini, pastinya kita menemui dgn tingkatan-tingkatan ilmiah dalam beberapa kategori seperti

Mubtadi ( masih baru dan segar dalam berusaha mempelajarinya ),
Mutawassit ( golongan pertengahan dalam berilmu dan beramal ), dan
Muntahi ( peningkatan dari golongan pertengahan)...begitu juga dgn ribuan rujukan kitab-kitab, buku, risalah sama seperti kategori yg tiga itu...

Supaya tidak menjadi keliru lagi, InsyAllah hari ini, hari depan dan sampai akhir hayat..mengerti ma'rifatullah itu sebenarnya termaktub di dlm " aqidah Tauhid " yg mana wajib datangnya dari Wahyu Ilahi ( Al-Quran ) dan Sunnahnya...

Kebanyakkan kita terlupa, tertinggal dgn sejarah penerimaan pengajaran para-para Nabi, perintis dahulu dpd kita, para-para Imam, org-org alim, guru dan sbgnya, mereka ini menerima kefahaman terlebih dahulu baru mengerti, kesedaran... lantas membicarakan sesebuah ilmu itu khususnya dalam pengertian dan bukan sekadar istilahnya ( " ma'rifat " )...

Kefahaman, pengertian dan kesedaran ini adalah sebuah fenomena yg kukuh, unik dan sederhana. Selama ini konsep kebanyakkan kita sudah menjadi terbalik !! hari ini kita belajar sebuah " pengertian dan kesedaran " hanya dari definasi, uraian, penjelasan tanpa melalui pengalaman..jauh perjalanan luas pengetahuan dan pengalaman..

akhirnya kita tetap juga tidak mengerti..mahu meneroka dan berjalan di alam diri..?? atau alam dunia ini...??

Harapan buat diri ini dan kalian semua..agar menjadi kita manusia yg sentiasa bersyukur seterusnya dan tidak berhenti di pertengahan mahupun persimpangan jalan dalam usaha yg bersungguh-sungguh dan yakin dgn kesempurnaan yakin bagi mencari dan mendekati serta ma'rifatullah..

Inilah yg di maksudkan naluri beragamanya kita..Sebaik-baik kejadianNya, kelebihan dan kelemahan di ciptaNya, tetap dalam keadilanNya.

FirmanNya " Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.."( Al Baqarah : 165 )

Ma'rifatullah..di atas IzinNya dan RahmatNya, jadilah insan dalam apa jua keadaan dan masa...sentiasa mentaqdiskan dan memuliakan Penciptanya...

Sekiranya kita perhatikan dalam sebuah aliran Agama ( teologi ), sebenarnya mereka mengajarkan sesuatu yang benar, namun kebenarannya tersebut di lihat dari satu sisi. Aliran Orang fiqih berada dlm kebenaran hukum positif yang berpandukan pada Al Quran dan Hadith, Aliran orang Tesawuf juga berada di dalam kebenaran ruhani yang berdalilkan Al Quran dan juga Hadith, bahasa-bahasa yang di ungkapkan bahasa rasa (dzauqi) yang mungkin tidak di fahami dan mengerti oleh kaum Fiqh.

namun kita tidak mampu berbicara sekaligus dalam satu dimensi, akan tetapi harus kita melihat dan mengamati dalam satu sisi dengan sempurna, bukan malah di adu ataupun berbalah untuk menentukan pihak mana yang paling benar..

Kesimpulannya atas pemerhatian apabila berbeza pada wilayahnya tidak perlu di pertentangkan kerana ia mempunyai tugas yang saling mendukung dan saling membenarkan.

Akan tetapi perlu diingatkan, ia juga menjadi pemicu terbentuknya sebuah aliran rasionalis dan spiritualis, membias menjadi pertentangan yang tidak pernah kunjung ketemu hujungnya.

Firman Allah SWT " Katakanlah " Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-ngadakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui". (QS Al A'raaf: 33).

bersyukur dgn apa yg ada walaupun sebenarnya tak ada punya apa-apa...wallahu'alam.